Setelah lama tak update entri pasal gunung,terasa rindu pulak.Just nak share dengan anda semua list gunung yang tertinggi di Malaysia je.Kali ni saya bagi senarai 5 gunung yang tertinggi aje.Pada entri lain nanti saya update pasal gunung yang tertinggi kat semenanjung Malaysia pula,tahukah anda bahawa
kelima-lima gunung tersebut terletak di Timur Malaysia iaitu di
kepulauan Borneo? Terdapat 2 negeri yang terletak di situ iaitu negeri
Sabah & Sarawak Keadaan muka
bumi yang berbukit bukau di kepulauan Borneo menyebabkan 2 negeri
tersebut mempunyai jumlah gunung yang banyak dan tinggi berbanding
gunung-gunung yang ada di Semenanjung Malaysia. 5 buah gunung tersebut
ialah Gunung Kinabalu (Sabah), Gunung Trusmadi (Sabah), Gunung
Tambuyukon (Sabah), Gunung Murud (Sarawak) dan Gunung Mulu (Sarawak).
Gunung Kinabalu
Gunung
ini merupakan gunung yang tertinggi di Malaysia dan juga ke-5 tertinggi
di Asia Tenggara. Gunung ini yang terletak di Sabah mempunyai
ketinggian 4,095 meter dari paras laut. Namun ada yang berpendapat
bahawa Gunung Kinabalu adalah yang tertinggi di Asia tenggara sekiranya
faktor persempadanan geologi diambil kira. Bagi penduduk Sabah, Gunung
Kinabalu adalah menjadi lambang kemegahan bagi mereka dan dapat
memberikan semangat bersatu padu rakyat Sabah. Banyak kisah-kisah
misteri yang dikaitkan dengan gunung ini antaranya penduduk setempat
beranggapan bahawa roh-roh orang yang sudah meninggal dunia akan
bersemadi di Gunung Kinabalu.
Gunung Trusmadi
Gunung
ini pula adalah yang ke-2 tertinggi di Malaysia dan terletak di Daerah
Tambunan, Sabah. Walaupun ketinggiannya hanya 2,642 meter dari paras
laut, namun tahap kesukaran pendakian untuk gunung ini adalah lebih
sukar berbanding Gunung Kinabalu. Ini kerana gunung ini belum sepenuhnya
diterokai dan masih kekurangan kemudahan untuk mendaki. Namun bagi para
pendaki, meraka beranggapan bahawa gunung ini menjadi syurga bagi
penggemar sukan pendakian kerana gunung ini mempunyai flora & fauna
yang menarik dan jarang ditemui di gunung-gunung lain. Gunung Kinabalu
dapat dilihat dengan lebih jelas jika berada di puncak Gunung Trusmadi
Gunung Tambuyukon
Gunung
Tambuyukon berketinggian 2,579 meter dari paras laut terletak di Sabah.
Gunung ini juga seperti Gunung Trusmadi yang terkenal dengan keindahan
muka buminya yang asli. Terdapat banyak flora di gunung ini yang sesuai
untuk dijadikan bahan perubatan.
Gunung Murud
Gunung
yang terletak di Sarawak bumi kenyalang ini merupakan gunung yang
tertinggi di Sarawak dan yang ke-3 di Malaysia. Ketinggian Gunung ini
adalah 2,438 meter dari paras laut. Gunung ini mempunyai keindahan alam
semula jadi yang menarik. Pendakian pertama yang telah direkodkan untuk
gunung ini adalah oleh peneroka dari Sweden yang juga merupakan pakar
alam sekitar iaitu Dr. Eric Mjoberg pada tahun 1922. Beliau kemudiannya
menjadi penyelia muzium Sarawak pada masa itu.
Gunung Mulu
Gunung
ini merupakan gunung ke-5 tertinggi di Malaysia selepas Gunung Murud
iaitu berketinggian 2,371 dari paras laut. Gunung ini terletak di
bahagian Miri dan Limbang, Negeri Sarawak. Gunung ini berdekatan dengan
Gunung Api dan Gunung Benarat dengan masing-masingnya berketinggian
1,750 dan 1,585 dari paras laut. Gunung ini berada di Taman Negara Mulu
yang terkenal dengan gua-guanya yang menarik. Salah satunya ialah Gua
Rusa yang merupakan gua terbesar di dunia. Untuk pendakian pula, Gunung
Mulu mempunyai tahap kesukaran pendakian yang tinggi. Oleh itu,
peralatan pendakian yang lengkap adalah amat diperlukan.
Itulah
dia 5 buah gunung yang tertinggi di Malaysia. Sememangnya kita bertuah
kerana hidup di Negara yang kaya dengan keindahan alam semula jadi.
Negara kita yang mempunyai flora & fauna yang pelbagai spesis dan
jarang ditemui di tempat-tempat lain. Setiap ciptaanNya mempunyai fungsi
yang berbeza.
Firman Allah yang bermaksud:
Dan
Kami telah menjadikan di bumi ini gunung-gunung yang kukuh supaya bumi
itu (tidak) guncang bersama mereka, dan telah kami jadikan pula di
bumi ini jalan-jalan yang lurus agar mereka mendapat petunjuk. (Surat
al-Anbiya: 32)
kenapa bukan Gunung Tambuyukon yang ke-3 tertinggi di Malaysia? mengikut rekod yang konyatakan diatas macam gunung tambuyukon yang tertinggi....atau saya silap?
ReplyDeleteSetjju dengan komentar pertama!
ReplyDelete