Monday, June 24, 2013

PULAU REDANG - PERCUTIAN HARI 1

Salam Semua rakan Blog,

Entri kali ini aku kisahkan pasal perjalanan dari Seremban group aku ke PUlau Redang.
Aku pecahkan mengikut perenggan agar korang mudah baca catatan aku ni ya..

PRA-PERJALANAN

Jam 9.30malam pada 14 June 2013 bas bertolak ke Kuala terengganu.Dalam briefing aku bersama group sebelum ini,telah dijelaskan bila dan dimana diorang harus menunggu Bas di terminal 1,seremban..Aku harap dorang akan mengikut info yang dah aku bagi seminggu sebelum perjalanan.

Aku amat mengharapkan segalanya berjalan dengan lancar seperti dirancang,tapi kita ni manusia hanya mampu merancang ya tak?TUHAN yang menentukan semua yang kita rancang samada berjaya atau tak.
Tapi nampaknya semua yang dirancang berjalan dengan elok sekali..

Jam 9.20malam semua anggota group aku telah berada di Terminal 1,seremban..So,cuma bas aje yang kitorang tunggu sekarang ni..Masih lum kelihatan bas SP bumi di platform 42..
Dalam hati berkata,jangan la lewat bas ni ( sebab aku dah deal ngan pakcik driver van yang akan bawa aku ngan group ke jeti Merang ) kalau tak nanti susah pulak pakcik tu menunggu aku.
Mengikut kata pakcik van tu,Bas SP Bumi akan sampai ke Kuala Terengganu pada jam 5.30 pagi (15 June 2013 )
Tak berapa lama muncul kelibat bas yang dinantikan,Jam 9.30 malam aku dan group dapat naik bas,maknanya "step" pertama dah berjaya..
Kami nantikan perjalanan yang dijangka pada jam 9.45malam,namun meleset sebab ada pulak masalah lain yang wujud.( seorang suri rumah tiketnya dah terkoyak,so driver bas tu tak bagi dia naik ) drama lelehan airmata je kat 30minit..Adoyyyyaiii
Namun atas kebijaksanaan driver bas tu tadi dapatlah si suri rumah tu teruskan perjalanan balik kampung nya malam tu..Bas kami bertolak dari terminal 1 jam 10 malam..
Aku tengok Wan dah melabuhkan tirainya..hehehe (awal tul mamat sorang ni belayar) yang lain-lain masih lagi berbual..
Harap segalanya lancar dan selamat..Amin
Jam 4.30 pagi aku dah sampai Kuala Terengganu (awalnya)sebab bas ni tak berhenti dimana-mana untuk ambil penumpang..Pasal tu cepat kot>>Aku berborak dengan orang sebelah..
Apa nak buat awal sampai ni?Aku call pakcik Van tu,katakan yang group aku dah sampai Kuala Terengganu (sebab dia ade pesan agar call dia bila dah sampai) tu yang aku tunaikan janji..cewahhh
Sambil menunggu pakcik tu kitorang pun layan la minum pagi kat kedai yang penuh dengan lelaki kat Stesen Bas tu
Pasni aku akan sambung pasal cerita dihari pertama ya..bye


PULAU REDANG - PERSIAPAN

Assalamualaikum Rakan pembaca Blog.

Dalam entri yang lepas aku ceritakan Bas apa yang kitorang nak naik tuk ke Kuala Terengganu ya tak..Aku dah buat perbincangan ngan Wan pasal transport ni.
Aku tekankan keselesaan dalam perjalanan tu nanti,Bukannya apa.
So dari survey yang aku buat,kitorang decide nak naik SP Bumi Ekspress tuk ke Kuala Terengganu.
Mulanya aku cam pelik gak..al-maklum la tak pernah dengar nama SP Bumi ni..Survey di internet rupanya company bas ni dah beroperasi lebih 30tahun..Baru tinggi keyakinan aku nak naik bas ni..
Bukan apa,faktor keselamatan pun aku kena ambil kira jugak ( baca diakhbar,banyak kes kemalangan Bas Ekspress)
Aku tak nak naik Transnasional sebab bas ke KT takde yang Double Decker..Kalau naik Double Decker ni luas sikit ruang kakinya..Maklumlah nak tempoh perjalanan yang jauh dan panjang ya tak (8jam)?

ni tiket Bas SP Bumi yang aku dah beli ( pergi-balik )

Sekarang ni semua dah siap untuk aku punya perjalanan,cuma aku dan group kena buat preparation je lagi.Tak sabar nak ke pulau Redang pun ada gak ni,
First Time nak ke sana,so excited la kan..Orang kata antara yang best Pulau Redang ni,tak tau betul ke tak ( kena pergi baru tau )
Nanti kan entri berikutnya pasal Pulau Redang ni ya..Bye

Thursday, June 13, 2013

PULAU REDANG - DEPOSIT

Salam Hormat Rakan2 Blogger,

Kali ni aku sambung cerita pasal deposit plak,
Group aku kali ni 7 orang je ( 2 lelaki / 5 perempuan )
Jadi aku booking 1 standard room ( ni aku ngan kawan aku Wan akan tinggal )
yang perempuan aku ambil 1 Deluxe room ( yang ini boleh isi 5 orang )
Aku terpaksa budgetkan kewangan groupa ku sebab atas dasar kewangan yang nipis..hahaha alasan ya tak
Dah tau nak berjalan kumpul la duit ya tak?
Setelah aku ngan Wan deal dengan Kak Zaleha (Redang Mutiara) maka kami buat keputusan untuk LOCK booking group  kita orang dengan bayar 40% deposit.
Aku bank in je ke akaun Maybank Kak Zaleha tu,senang ya tak?
So,aku kena cari tiket Bas dari Seremban ke Kuala Terengganu je lagi.
Nak booking sekarang rasanya awal lagi,mungkin dah nak hampir pergi baru aku beli tiket bas tu la.
Nak naik bas apa ya?dari survey aku hanya Transnasional dan SP Bumi je yang ada kat Seremban ni untuk ke Kuala Terengganu.
SP BUMI - ni bas yang aku cadang nak booking untuk ke Kuala Terengganu.

Tunggu je la bas mana yang akan aku booking-next presentation..Bye dulu

PULAU REDANG - PERANCANGAN AWAL

Salam Hormat rakan2 Blogger,
Ni nak cerita la sikit kat sini,pasal Trip nak ke Pulau Redang ni..

Kawan aku datang kat aku dalam keadaan tersenggeh-senggeh,aku jadi hairan pulak kat mamat yang bernama Saiful ni.Aku dah dapat agak mesti ada benda yang di nak dari aku ni.Maklum la siapa tak kenal dengan saiful ni,terkenal dengan sifat "menggecek" **...betul ke ayat aku ni...**

Aku biarkan je dia datang dekat dengan aku,saja aku tanya dia free ke?tak de kerja ke?apa katanya "dah siap semuanya".Pastu tiba-tiba je dia bertanya kat aku,abg tak ada buat trip pergi mana2 ke?maklumlah dia orang kenal aku sebagai BRO yang suka makan angin,aritu baru balik dari panjat Gunung Kinabalu.Aku jawab tak ada planning lagi.

Apa lagi dengan semangatnya dia ajak aku ke Pulau Redang,katanya best kat sana.Jom la bang kita pergi ramai2..Biar saya cari orang yang nak pergi katanya.Aku "ON" aja...

Dari situ bermulalah perancangan aku,cari package,cari transport nak kesana,macam2 la aku deal..Akhirnya dapat gak package..3H2M

Aku cuba Mutiara Redang Resort pada pengalaman pertama aku ni,Harap sukses la ya..

Tuesday, June 11, 2013

Train & bus travel in Cambodia | Bangkok to Angkor Wat & Phnom Penh, HCMC to Phnom Penh

Train & bus travel in Cambodia | Bangkok to Angkor Wat & Phnom Penh, HCMC to Phnom Penh

Ni antara link yang aku jumpa kat website,aku rasa berguna gak info dia kat sini.
Aku jadikan sebagai rujukan aku je info2 begini,Thanks for all info BRO

Thursday, January 10, 2013

PENDAKIAN GUNUNG KINABALU ( 01 - 04 DECEMBER 2012 )

Ketibaan di terminal 2 Kota Kinabalu Airport pada jam 10.30 pagi pada 01 Disember 2012


 Kelihatan peniaga-peniaga barangan eloktronik mencari pelanggan.


Berlatarbelakangkan PASAR FILIPINA
First day sampai group kami bermalam di "DREAM WORLD RESORT"Kundasang yang berlatarbelakangkan Gunung Kinabalu.

Tengok tu!!Awan menyelubungi puncak tertinggi di Asia Tenggara.
Berserta udara yang amat dingin dan nyaman,sungguh mendamaikan bagi kami para pendaki.

Bersiap sedia untuk ke "Kinabalu Park",apapun beg kita akan disimpan di Kinabalu Park dengan caj RM10 bagi sebuah beg.

Pemandangan dari pelantar Kinabalu Park.

Ni view pintu gerbang Kinabalu Park.
Group kami bersedia untuk memulakan pendakian pada pagi 02 Disember 2012,jam 0900.
Pendaki termuda berumur 4 tahun dan pendaki tertua berumur 50tahun.

Starting Point di "TIMPOHON GATE".
Setiap pendaki perlu melakukan Check in di kaunter Timpohon beserta permit mendaki,jika tidak mereka tidak membenarkan sebarang pendakian terhadap individu yang gagal menunjukan permit mendaki.

Sesi taklimat pendakian oleh ketua Guide(malim gunung).
Mereka juga PORTER yang akan pendaki upah untuk membawa beg hingga ke Laban Rata dengan caj RM8/kg.
Garson waterfall ini berada paling hampir dengan Timpohon Gate.
Jadi bermulalah pendakian kami pagi itu dengan 19 orang pendaki.

Laluan berbatu di awal pendakian,hati-hati jika diwaktu hujan.

Baru 0.5km tapi dah berada pada ketinggian 1935m.

Amacam?tangga dah ada cuma perlu panjat je.

Singnboard kilometer berada disepanjang laluan mendaki,cumanya pada jarak 1km atau lebih disediakan signboard tersebut.
Mudah bagi para pendaki mengetahui kedudukan laluan mereka.

pada jarak 1.5km ketinggian nya dah mencecah 2164m dari aras laut.
















Friday, October 26, 2012

5 GUNUNG TERTINGGI DI MALAYSIA



                                                        
 
Setelah lama tak update entri pasal gunung,terasa rindu pulak.Just nak share dengan anda semua list gunung yang tertinggi di Malaysia je.Kali ni saya bagi senarai 5 gunung yang tertinggi aje.Pada entri lain nanti saya update pasal gunung yang tertinggi kat semenanjung Malaysia pula,tahukah anda bahawa kelima-lima gunung tersebut terletak di Timur Malaysia iaitu di kepulauan Borneo? Terdapat 2 negeri yang terletak di situ iaitu negeri Sabah & Sarawak Keadaan muka bumi yang berbukit bukau di kepulauan Borneo menyebabkan 2 negeri tersebut mempunyai jumlah gunung yang banyak dan tinggi berbanding gunung-gunung yang ada di Semenanjung Malaysia. 5 buah gunung tersebut ialah Gunung Kinabalu (Sabah), Gunung Trusmadi (Sabah), Gunung Tambuyukon (Sabah), Gunung Murud (Sarawak) dan Gunung Mulu (Sarawak). 


Gunung Kinabalu



Gunung ini merupakan gunung yang tertinggi di Malaysia dan juga ke-5 tertinggi di Asia Tenggara. Gunung ini yang terletak di Sabah mempunyai ketinggian 4,095 meter dari paras laut. Namun ada yang berpendapat bahawa Gunung Kinabalu adalah yang tertinggi di Asia tenggara sekiranya faktor persempadanan geologi diambil kira. Bagi penduduk Sabah, Gunung Kinabalu adalah menjadi lambang kemegahan bagi mereka dan dapat memberikan semangat bersatu padu rakyat Sabah. Banyak kisah-kisah misteri yang dikaitkan dengan gunung ini antaranya penduduk setempat beranggapan bahawa roh-roh orang yang sudah meninggal dunia akan bersemadi di Gunung Kinabalu.

Gunung Trusmadi

Gunung ini pula adalah yang ke-2 tertinggi di Malaysia dan terletak di Daerah Tambunan, Sabah. Walaupun ketinggiannya hanya 2,642 meter dari paras laut, namun tahap kesukaran pendakian untuk gunung ini adalah lebih sukar berbanding Gunung Kinabalu. Ini kerana gunung ini belum sepenuhnya diterokai dan masih kekurangan kemudahan untuk mendaki. Namun bagi para pendaki, meraka beranggapan bahawa gunung ini menjadi syurga bagi penggemar sukan pendakian kerana gunung ini mempunyai flora & fauna yang menarik dan jarang ditemui di gunung-gunung lain. Gunung Kinabalu dapat dilihat dengan lebih jelas jika berada di puncak Gunung Trusmadi


Gunung Tambuyukon
 
Gunung Tambuyukon berketinggian 2,579 meter dari paras laut terletak di Sabah. Gunung ini juga seperti Gunung Trusmadi yang terkenal dengan keindahan muka buminya yang asli. Terdapat banyak flora di gunung ini yang sesuai untuk dijadikan bahan perubatan.


Gunung Murud

Gunung yang terletak di Sarawak bumi kenyalang ini merupakan gunung yang tertinggi di Sarawak dan yang ke-3 di Malaysia. Ketinggian Gunung ini adalah 2,438 meter dari paras laut. Gunung ini mempunyai keindahan alam semula jadi yang menarik. Pendakian pertama yang telah direkodkan untuk gunung ini adalah oleh peneroka dari Sweden yang juga merupakan pakar alam sekitar iaitu Dr. Eric Mjoberg pada tahun 1922. Beliau kemudiannya menjadi penyelia muzium Sarawak pada masa itu.


Gunung Mulu

                                               
       
                                                Gunung Mulu National 3 Malaysia Gunung Mulu National Park  

Gunung ini merupakan gunung ke-5 tertinggi di Malaysia selepas Gunung Murud iaitu berketinggian 2,371 dari paras laut. Gunung ini terletak di bahagian Miri dan Limbang, Negeri Sarawak. Gunung ini berdekatan dengan Gunung Api dan Gunung Benarat dengan masing-masingnya berketinggian 1,750 dan 1,585 dari paras laut. Gunung ini berada di Taman Negara Mulu yang terkenal dengan gua-guanya yang menarik. Salah satunya ialah Gua Rusa yang merupakan gua terbesar di dunia. Untuk pendakian pula, Gunung Mulu mempunyai tahap kesukaran pendakian yang tinggi. Oleh itu, peralatan pendakian yang lengkap adalah amat diperlukan.

Itulah dia 5 buah gunung yang tertinggi di Malaysia. Sememangnya kita bertuah kerana hidup di Negara yang kaya dengan keindahan alam semula jadi. Negara kita yang mempunyai flora & fauna yang pelbagai spesis dan jarang ditemui di tempat-tempat lain. Setiap ciptaanNya mempunyai fungsi yang berbeza. 

Firman Allah yang bermaksud: 
Dan Kami telah menjadikan di bumi ini gunung-gunung yang kukuh supaya bumi itu (tidak) guncang bersama mereka, dan telah kami jadikan pula di bumi ini jalan-jalan yang lurus agar mereka mendapat petunjuk. (Surat al-Anbiya: 32)