Friday, April 15, 2011

TASIK DAYANG BUNTING,LANGKAWI

PEMANDANGAN DARI LUAR TASIK
Salam kepada semua pengunjung laman blog saya,seawal pengenalan ini saya ingin berikan sedikit info kepada sesiapa yang berminat untuk ke Langkawi.

Sebaiknya saudara-saudari sekalian rancangkan perjalanan yang ingin dibuat,sebabnya Langkawi itu sendiri terlalu indah dan banyak tempat-tempat hebat yang harus dikunjungi.

Cadangan saya,melawat ke pulau Tasik Dayang Bunting harus dimasukkan didalam kalendar pelancongan saudara ketika berada di Langkawi.Mana tidaknya keindahan Tasik dan Kisah Lagenda nya menjadikan kita teruja bila berada disana.
PAPAN TANDA KETIBAAN
Bergambar kenangan sudah menjadi kemestian apabila sampai dijeti Tasik.Sebagai tanda bukti yang mana kita pernah tiba di Pulau Tasik Dayang Bunting.Diawal pengamatan saya Pulau ini masih dijaga rapi,masih nampak kekemasan susun aturnya,kebersihannya juga hutan simpannya yang dipelihara.
WARNING
Buktinya,Lihat papan tanda ini.Jadi kita yang melancong harus juga menjaga dan memelihara keindahannya.Bukan apa,demi generasi yang akan datang.Banyak kemudahan disediakan disini,semuanya saya rasakan perlu untuk memberi keselesaan kepada para pengunjung.Bukan sekadar pelancong dari dalam negara malahan pelancong dari luar negara juga amat ramai mengunjungi Pulau Tasik Dayang Bunting ini.
 INFO
Bagi pengunjung yang pertama kali sampai kesini,saya rasa amat penting dengan tunjuk arah yang disediakan disini.Maklumat diberikan amat jelas dan mudah difahami bagi sesiapa juga.Ibarat seperti mesra pengunjung.Tanpa ada pemandu pelancong kita masih dapat menikmati dan memahami segala yang diberitakan sebagai penunjuk arah.
 PENGHUNI
Cuma bagi pengunjung yang risau atau takut akan haiwan seperti yang saya gambarkan diatas,anda hanya perlu bertenang dan jangan jadikan ia sebagai penghalang untuk anda menikmati keindahan Tasik di Pulau Dayang Bunting ini.Kerana diawal waktu anda sampai dijeti,haiwan-haiwan ini sudah menjadi penyambut tetamu bagi kehadiran anda.Cumanya ia bergantung kepada anda untuk tidak menganggunya.Terdapat satu papan tanda yang memberitahu bahawa anda tidak dibenarkan memegang,menjengjeng atau makan sebarang apa benda sekalipun semasa melalui anak tangga untuk mendaki bukit keTasik yang hendak dituju.Kerana haiwan-haiwan ini akan cuba merampas setiap apa yang anda pegang atau makan.Ini sedikit merbahayabagi kanak-kanak dan juga kaum wanita.

 VIEW DARI ATAS BUKIT
Dari atas bukit anda akan dapat lihat pemandangan seperti diatas.Sungguh indah dan nyaman suasananya.Pelantar disediakan bagi pengunjung menuruni dan merasai kesejukan dan kehangatan air tasik yang menghijau.
PELANTAR
Kiosk0Kiosk untuk wenyewa pelampung,jaket keselamatan disediakan.Juga kiosk menjual makanan ringan serta baju mandi juga terdapat dipelantar ini.Cumanya harga yang ditawarkan agak kurang mahal sedikit dari apa yang biasa dipasarkan dikawasan kita.Maklum lah,barang dah emergency..Nak tak  nak kena gak beli,Terutama bagi pengunjung baru.
 LUAS PELANTAR
Keluasan pelantar ini saya rasakan cukup untuk menampung 200 ke 300 pengunjung dalam satu-satu masa.Kemudahannya amat memuaskan bagi saya.Sebaiknya kemudahan ini dipelihara dengan baik.
DIBENARKAN MANDI
Bagi pengunjung yang telah kepanasan,anda dijemput untuk mandi.Cuma bagi mereka yang betul-betul pandai berenang atau betul-betul berani sahaja yang sanggup meyahut cabaran mandi diTasik ini.Jika tidak salah,saya diberitahu bahawa kedalamannya mencecah 30meter.Bagi yang takut-takut berani tu bolehlah anda menyewa jaket keselamatan atau pelampung dikiosk yang disediakan.Kebanyakan yang mandi adalah pelancong asing.
AWAS!AMAT DALAM
Tapi bagi yang tidak berani hendak mandi diTasik ini,anda boleh lah tiru gaya saya dengan merendamkan kaki anda di air Tasik.
AIRNYA RASA PAYAU
Kata orang air diTasik ini rasanya payau.Jadi anda boleh cuba untuk merasanya.Itu pun jikalau anda tidak keberatan mencuba.Satu lagi yang anda perlu tahu bahawa Tasik Dayang Bunting ini kedudukannya dibawah paras laut.Juga yang peliknya air laut tidak sedikit pun dapat memasuki ketasik ini.Begitu hebat kuasa alam dan anugerah yang esa kepada bumi ini.Anda boleh rujuk didalam Google Maps yang disediakan.
SEDIKIT INFO
LAGI INFO
BEST INFO NI
DAH HABIS INFO


View Larger Map

No comments:

Post a Comment