Petua Mencantikkan Rambut
1. Rambut yang lebat dan panjang sentiasa menjadi idaman setiap orang. Untuk itu 
ada cara yang paling mudah yang boleh anda amalkan. mula-mula ambil  beberapa batang serai dan tumbuk sehingga pecah. Rebus serai itu  sehingga mendidih dan apabila air serai itu sejuk, sapukan rata-rata  kepada rambut anda dan seelok-eloknya ramas pada bahagian kulit kepala.  Setelah lebih kurang dua jam barulah dibasuh seperti biasa. Amalkan  sekurang- urangnya seminggu. 
2. Jika rambut anda selalu gugur  serta nipis, cuba amalkan petua ini. Ambil beberapa biji buah keras dan  bakar sehingga bewarna kekuningan. Tumbuk buah tadi sehingga  hancur dan  campurkan dengan minyak kelapa. Pada setiap pagi, sebelum mandi sapukan  bahan tadi pada rambut dan biarkan selama 30 minit. Cuci rambut seperti  biasa. Amalkan dua kali seminggu. Insya-Allah anda akan nampak  perubahannya. 
3. Rambut mudah beruban jika tidak dijaga dengan  baik terutama kepada orang muda. oleh itu ada petua yang boleh diamalkan  untuk mengatasi masalah itu. 
caranya, bancuh sedikit minyak kelapa, lendir dari daun lidah buaya dan air 
limau nipis sehingga sebati. Kemudian bahan tadi dilumur pada kepala sebelum 
mandi. Biarkan selama setengah jam, barulah dibasuh bersih-bersih dengan 
menggunakan syampu yang sesuai. Lakukan tiga kali seminggu. 
4. Anda pasti gembira sekiranya rambut anda selembut sutera seta mudah disikat. 
untuk itu amalkan cara ini. Sekiranya anda bercadang untuk membasuh  rambut pada esok hari, lurutkan rambut anda dengan minyak bijan sebelum  tidur. Esok, syampu rambut dan bilas sehingga bersih. Lap rambut anda  sehingga hampir kering. Kemudian, ambil sedikit minyak bayi atau minyak  zaitun dan digunakan sebagai perapi rambut. Kalau anda berambut lurus,  bolehlah disikat terus. Tetapi jika anda berambut kerinting,  seelok-eloknya biar seketika dan kemudian barulah disikat ( ini untuk    mengelakkan rambut dari putus dan bercabang ).
No comments:
Post a Comment