Monday, September 26, 2011

TEKNIK ASAS MEMEGANG RAKET UNTUK PELBAGAI PUKULAN

TEKNIK ASAS BERMAIN BADMINTON

Buat Teman.
Mata memainkan peranan dalam apa jua yang kita buat, betul tak? … memang betul tapi kearah manakah mata kita dan sejauh mana mata kita memberi tumpuan.
Ok, apa yang perlu kita perhatikan bila berdepan dengan lawan kita, tak kira dalam apa jua perlawanan.
Katakan lah anda berdepan dengan orang yang nak pukul kita, adakah kita akan pejam mata kerana takut kena belasah… memang kena belasah lah kita. Tapi kalau kita tak pejam (celik lah tu!) nak perhati kat mana, nak tengok je ke…. kena belasah juga.
Jadi apa yang perlu kita buat? Kita kena perhati pergerakan lawan kita samada dia nak tampar kita ke, nak tumbuk kita ke atau nak terajang kita.Kalau dia nak terajang kita apa yang perlu kita buat. Samada kita nak tangkis, mengelak atau tangkis dan terajang balik atau pun mengelak dan terajang balik.
Sempat ke?… kalu tak sempat kena belasah lagi… Jadi perhati dan bertindak dengan cepat.
Ok, gitu lah juga bila kita berdepan dengan lawan kita di gelanggang badminton (jauh korner tu, tadi macam nak gaduh je tiba-tiba lawan badminton pulak).
Perhatikan pergerakan lawan kita, hantaran macamana yang dia nak buat. Kebelakang ke, kedepan atau ke arah sisi kita. Bila kita dah tahu ke arah mana jadi pergerakan kita akan bersedia ke arah itu.
Macamana nak tahu pergerakan lawan kita. (nanti kalu dia acah je macamana).
Semuanya terjawab dengan kemunculan TEKNIK yang amat berkesan untuk sesiapa saja
Ok, kita selalu tonton perlawanan badminton di TV atau pun kat STADIUM. Perlawanan amatur dan profesional. Banyak perbezaan gaya permainan antara amatur dan pro.
Tapi sesiapa main pun saiz gelanggang sama je, tinggi jaring  (net) pun sama jugak. Yang bezanya reket apa yang kita guna, bulutangkis dan pakaian.
Pakai baju yang kita selesa pakai, kasut yang yang tak membantutkan pergerakan kita. Raket yang selesa digunakan mengikut genggaman tangan kita.
Sekarang kita berada di tengah gelanggang, bukan tengah kat net tu tapi tengah sebelah kita lah, sebelah lagi lawan kita.
Pegang reket dan hulurkan ke depan sejauh mana reket boleh sampai. Ok sekarang langkah setapak seluas yang boleh sambil hulur reket ke depan sejauh mana pulak yag dapat di capai. Ha.. mesti sentuh net pun dapat kan, sekarang kita balik ke posisi asal (kat tengah gelanggang belah kita) , undur setapak ke belakang dan angkat reket setinggi yang boleh. Ok, kalu bulutangkis yang datang tu atas lagi dan laju … out la tu!
Walau dari arah mana bulutangkis datang hanya setapak yang di perlukan…. anda pasti dapat kuasai gelanggang.
Macam mudah je kan. Ya! tiada sesuatu yang mudah tapi tidak mustahil untuk jadi mudah.
Dengan teknik yang berkesan dan sedikit latihan tubi akan membiasakan anda untuk menjadi jaguh …. kawasan anda hehe.. kalau nak jadi jaguh luar pun boleh, hanya dengan teknik yang sama tapi latih tubi yang berbeza dan tidak sedikit.. kena banyak kali.
Teknik ini untuk siapa saja yang ingin menjadi jaguh badminton …. peringkat mana anda yang tentukan.
Tapi mungkin juga untuk sekadar keluar peluh.. beriadah lah tu! tapi dengan sedikit teknik mungkin akan mengejutkan kawan-kawan anda..

Siapa sangka,anda yang dulunya menjadi bahan telah banyak berubah dari segi teknik permainan.
SELAMAT MENCUBA
.

Thursday, September 22, 2011

BUKIT TAMPIN,NEGERI SEMBILAN (12 SEP 2011)

DARI JAUH KU LIHAT PUNCAK BUKIT TAMPIN
NAH KAU..
XPDC PADA JAM 9.00 PAGI
NOTIS BERLUMUT
PENDAKIAN DI JALAN BERTURAP..KELIHATAN HILUX TM MENUJU KE STESEN KOMUNIKASI
WAKAF TUK RELAX
I'M WAITING U ALL..HA
BERPELUH JUA..
POSE SAJE FRENZ NI..
SENI
MACAM BATU BELAH JE..
BARU SEPARUJ JALAN FRENZ
BANK..HE
AIR DARI KOLAM TAKUNGAN..CUMA  TAK BERAPA NAK SESUAI TUK MANDI LA..
MERCU TANDA..TAPI JARAK PERJALANAN ADA SEPARUH LAGI NI.
SARANG LEBAH..JGN CUBA DIJOLOK YA..
LALUAN BERTURAP NI MASIH BARU..AGAK SELESA UNTUK AKTIVITI SANTAI DI HUJUNG MINGGU JUGA AMAT BERSIH DAN BERJAGA HUTAN SIMPAN INI.
CANTIK LANDSKAP TAMAN 'TM' NI
LAGI WAKAF YG KAMI JUMPA,AMAT SELESA.
SAMPAI JUGA..CUMA DISINI UNTUK SESI BERGAMBAR AGAK TERBATAS BERIKUTAN STESEN INI DI KAWAL OLEH TENTERA.
RELAX JAP, SEBELUM TURUN SEMULA.

JUMPA LAGI DI PENDAKIAN YG LAIN PULA.



PENDITA ZA'BA

Bangsa Melayu terhutang budi kepada Zainal Abidin bin Ahmad atau lebih dikenali dengan  panggilan Za'ba.  Beliau memberi sumbangan yang besar terhadap Bahasa Melayu dan beliau juga dikenali sebagai seorang nasionalis Melayu yang gigih. Beliau dilahirkan pada 16 September 1895 di Kampung Batu Kikir, Kuala Pilah, Negeri Sembilan.  Bapanya Ahmad bin Ibrahim adalah seorang yang alim dan warak.  Oleh itu, sejak berumur 5 tahun lagi Zainal Abidin telah diajar oleh bapanya membaca Al-Quran terus-menerus siang dan malam.  3 tahun kemudian beliau tamat mengaji Al-Quran dan mahir dalam rukun-rukun sembahyang serta beliau diajar berzanji.     Pendidikan rasminya bermula pada tahun 1907 di Sekolah Menengah Linggi, beliau turut juga belajar Bahasa Arab di sebelah petang.  Pada tahun 1910, beliau melanjutkan pelajaran di St. Paul's Institution di Seremban hingga lulus Senior Cambridge dalam tahun1915.     Za'ba mula-mula bertugas sebagai guru Bahasa Melayu di English College, Johor Bahru dalam tahun 1916.  Pada tahun ini juga, beliau bertugas sebagai guru Bahasa Melayu dan penterjemah di Maktab Melayu, Kuala Kangsar.  Disini beliau mula berminat dalam bidang karang-mengarang. Beliau telah menghasilkan beberapa karyanya untuk akhbar dan majalah tempatan terutamanya dalam Bahasa Inggeris.     Pada tahun 1939, Zaba bertugas di Pejabat Penerangan Singapura. Ketika itu beliau menulis buku-buku mengenai pendidikan Melayu.  Semasa zaman Jepun, Za'ba bertugas sebagai juruhebah perang dalam Bahasa Inggeris di radio Singapura.  Pada tahun 1946, Zaba bertugas pula sebagai Penterjemah Kanan Bahasa Melayu di Pejabat Pelajaran Kuala Lumpur.  Di samping ini juga, beliau banyak mengarang buku-buku untuk sekolah-sekolah Melayu.  Buku yang paling penting menjadi bahan rujukan tentang bahasa Melayu iaitu 'Pelita Bahasa Melayu'.  Beliau juga ada menterjemah kesusasteraan dalam bahasa asing yang terkenal ke dalam Bahasa Melayu.  Za'ba juga menerbitkan buku Ilmu Mengarang Melayu yang menjadi buku teks bagi sekolah-sekolah selepas Perang Dunia Kedua.  Beliau juga telah menulis rencana dalam Journal Of Malayan Branch Royal Asiatic Society (JMBRAS) bagi memperkenalkan kesusuteraan dn kebudayaan Melayu kepada orang-orang asing.  Za'ba juga menulis mengenai bidang ekonomi, agama dan sikap Melayu.  Dalam bidang ini, beliau menyentuh mengenai kemiskinan dan cara-cara mengatasi masalah ekonomi orang Melayu.  Buku-buku yang dihasilkan ialah 'Falsafah Takdir Penggal Satu' yang telah mendapat tentangan dan 'Pendapat Perbahasan Ulama Berkenaan Dengan Kada' dan Kadar' yang telah diharamkan di Perak. Pada tahun 1947, beliau dihantar ke London sebagai Pensyarah di Universiti London.  Sekembalinya dari London pada tahun 1953, beliau telah dilantik menjadi Pensyarah di Universiti Singapura (Bahagian Melayu) merangkap Ketua Jabatan Pengajian Melayu di Universiti tersebut.  Beliau telah mengambil ujian Ijazah Kesarjanaan dari Universiti London dalam tahun 1953 ketika berusia 58 tahun.  Beliau berjaya mendapat Ijazah kelas dua. Antara tahun 1951 dan tahun 1955, Singapura.  Artikal-artikal yang ditulisnya adalah mengenai bahasa dan agama.   Za'ba terlalu cermat dan teliti terutamanya yang berkaitan dengan bahasa. Menurut teman-teman rapatnya, kebanyakan surat-surat yang mereka kirimkan kepadanya selalu dikembalikan dengan pembetulan-pembetulan yang dibuatnya di dalam surat tersebut.     Memandangkan jasa-jasa Za'ba dalam bidang bahasa dan persuratan Melayu beliau telah dianugerahkan gelaran 'Pendeta' pada tahun 1956, iaitu sewaktu diadakan Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu di Johor Bahru.  Dalam tahun 1959, Za'ba telah dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Persuratan oleh Universiti Malaya sebagai membalas jasa dan baktinya kepada bahasa dan persuratan Melayu yang tidak ada tolok bandingannya.  Pada tahun 1962, Za'ba telah menerima satu lagi penganugerahan, iaitu Bintang Panglima Mangku Negara oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong Malaysia yang bergelar Datok dan kemudiannya Tan Sri.     23 Jun 1973 merupakan Hari Konvensyen pertama Unversiti Kebangsaan Malaysia dan perlantikan Tun Razak sebagai Canselor pertama Universiti Kebangsaan Malaysia.  Di sini sekali lagi Zaba dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Persuratan.  Pemilihannya sebagai seorang pejuang dan pencita bahasa dan sastera Melayu oleh Universiti yang telah didirikan dengan aspirasi kebangsaan amat tepat sekali.  Ia adalah lambang dari perjuangan bahasa dan persuratan Melayu.  Malangnya Za'ba tidak dapat hadir untuk menerima ijazah tersebut kerana uzur.    Sejak meletakkan jawatan, beliau tidak lagi bergiat dalam kegiatan bahasa dan persuratan Melayu.  Akhinya, pada hari Selasa 23 Oktober 1973, beliau telah kembali ke rahmatullah dengan meninggalkan jasa dan baktinya yang tidak ternilai.