Tuesday, July 31, 2012
SEJARAH SUKAN OLIMPIK
Sukan Olimpik ialah sukan antarabangsa yang diadakan setiap empat tahun. Sukan ini bermula dari Yunani Purba, dihidupkan semula oleh seorang bangsawan Perancis bernama Pierre de Coubertin pada akhir abad ke-19. Sukan ini yang turut dikenali sebagai Olimpik Musim Panas telah diadakan setiap empat tahun sejak 1896 kecuali ketika Perang Dunia. Pada tahun 2004, Sukan Olimpik ke-28 telah kembali diadakan di tempat asalnya di Athens, Greece.
Selain itu, Sukan Olimpik Musim Sejuk dimulakan pada tahun 1924. Namun begitu, sukan ini tidak lagi diadakan serentak dengan Sukan Olimpik Musim Panas pada 1994, sebaliknya dua tahun selepas.
Sejak itu, sukan mula menjadi penting dalam Yunani Purba dan mencapai kegemilangannya pada abad ke-6 dan ke-5 sebelum Masihi. Olimpik juga mempunyai kepentingan agama iaitu sebagai penghormatan kepada Zeus (patung besarnya ada di bandar Olympia). Pemenang sukan ini akan dihormati dan dimasukkan ke dalam puisi dan dijadikan patung.
Sukan ini semakin hilang kepentingannya dengan penaklukan Rom ke atas Yunani (sekarang dikenali sebagai Greece). Apabila Kristian menjadi agama rasmi Empayar Rom, Sukan Olimpik dilihat festival orang tidak beragama (pagan) dan pada 393, Maharaja Theodosius mengharamkan Olimpik, dan ini menandakan berhentinya sukan Olimpik selama ribuan tahun sehinggalah diadakan semula pada abad ke-19.
Nombor di dalam tanda kurungan menunjukkan berapa kali bandar/negara itu menjadi tuan rumah sukan ini.
Selain itu, Sukan Olimpik Musim Sejuk dimulakan pada tahun 1924. Namun begitu, sukan ini tidak lagi diadakan serentak dengan Sukan Olimpik Musim Panas pada 1994, sebaliknya dua tahun selepas.
Olimpik Purba
Asal sukan Olimpik tidak lagi diketahui tetapi banyak lagenda tertulis bersama sama sukan ini. Sambutan pertama Sukan Olimpik yang direkodkan adalah pada 776 SM, walaupun tarikh ini bukanlah kali pertama Sukan Olimpik diadakan. Pada masa itu, hanya satu acara dipertandingkan.Sejak itu, sukan mula menjadi penting dalam Yunani Purba dan mencapai kegemilangannya pada abad ke-6 dan ke-5 sebelum Masihi. Olimpik juga mempunyai kepentingan agama iaitu sebagai penghormatan kepada Zeus (patung besarnya ada di bandar Olympia). Pemenang sukan ini akan dihormati dan dimasukkan ke dalam puisi dan dijadikan patung.
Sukan ini semakin hilang kepentingannya dengan penaklukan Rom ke atas Yunani (sekarang dikenali sebagai Greece). Apabila Kristian menjadi agama rasmi Empayar Rom, Sukan Olimpik dilihat festival orang tidak beragama (pagan) dan pada 393, Maharaja Theodosius mengharamkan Olimpik, dan ini menandakan berhentinya sukan Olimpik selama ribuan tahun sehinggalah diadakan semula pada abad ke-19.
Olimpik Moden
Bandar tuan rumah Sukan Olimpik
Menjelang 2010, Sukan Olimpik telahpun dihoskan oleh 41 buah bandar dari 22 negara. Pada 2012, London akan menjadi bandar yang pertama yang menjadi tuan rumah kepada Sukan Olimpik sebanyak empat kali.Nombor di dalam tanda kurungan menunjukkan berapa kali bandar/negara itu menjadi tuan rumah sukan ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)