Friday, July 23, 2010

TIKUS



Siapa yang sanggup?Tiap2 hari nak kena bersihkan sinki,meja makan,bilik dll.Kita keluar pergi kerja tapi bila balik aje ke rumah...nah..CIK TI dah menyerang..'TENSION' dibuatnya..nak membebel tak boleh..kata orang kalau kita marah dia...makin dia mengganas.Nak tak nak kena la melayan serangan CIK TI tu.

Apa lagi yang mampu kita buat selain dari pasang perangkap @ gam tikus..Kena la keluar modal sikit dalam nak menyelesaikan masalah mahluk perosak ini.Ingat kan duduk di bandar ni tak ada lah masalah tikus..Tapi makin memeningkan kepala.Nak salahkan siapa dalam hal2 begini?

"TEPUK DADA TANYALAH SELERA"

Thursday, July 22, 2010

Perahu NABI NUH A.S

Umat Nabi Nuh A.S yang ditenggelamkan oleh Allah SWT karena kedurhakaannya seperti dikisahkan dalam Al-Qur’an, sudah menemukan pembuktian kebenarannya secara ilmiah. Sejak tahun 1949, sudah ditemukan lokasinya dan kemudian dilakukan penggalian oleh penelitian tim antropolog yang dipimpin oleh Prof. Ron Wyatt di Turki sejak tahun 1977. Ini adalah sebagian foto-fotonya. ENJOY IT!!
a
1. Awal Penemuan
Pemotretan awal oleh Angkatan Udara AS di tahun 1949 tentang adanya benda aneh di atas Gunung Ararat-Turki, dengan ketinggian 14.000 feet (sekitar 4.600 meter)

a
Kemudian, awal tahun 1960, berita dalam Life Magazine: Pesawat Tentara Nasional Turki menangkap sebuah benda mirip perahu di puncak gunung Ararat yang panjangnya 500 kaki (150 meter) yang diduga perahu Nabi Nuh AS (The Noah’s Ark)

a
2. Foto-foto tahun 1999-2000
Seri pemotretan oleh Penerbangan AS IKONOS tahun
1999-2000 tentang dugaan adanya perahu di Gunung Ararat yang tertutup salju.

a

a
3. Peta Lokasi Perahu Nabi Nuh AS


a

4. Tuuh … Perahu Nabi Nuh di atas Gunung Arafat. Jelas kan??

picture1.jpg
a
5. Situs Perahu Nabi Nuh sebelum dibersihkan
picture2.jpg
aa
6. Pengukuran di Atas Perahu


a
7. Struktur Perahu menurut para arkeolog yang menemukannya
picture3.jpg
a
8. Ini dia lebih jelasnya
picture4.jpg
a
9. Setelah dibersihkan, beginilah bentuk Asli Perahu Nabi Nuh AS yang kuno tapi canggih. Di dalam perahu inilah sedikit umat Nabi Nuh AS diselamatkan Allah SWT dari banjir dahsyat setinggi gunung dan ratusan pasang binatang ikut serta didalamnya.

a
10. Gambaran suasana terjadinya banjir dalam Injil yang terjadi pada tahun 1300 BC (Sebelum Masehi). Sekitar 25 tahun sebelum zaman Nabi Musa AS atau 1.300 tahun sebelum kelahiran Nabi Isa AS. Lihat perbandingan ukuran perahu dengan Pesawar Modern Jumbo 747.

SMEOGA BERMANFAAT DAN MENAMBAH KEYAKINAN KITA AKAN KEBENARAN ADANYA NABI-NABI UTUSAN ALLAH SWT.

Wednesday, July 21, 2010

Petua-Petua Memancing

Mengekalkan Kesegaran Ikan

Untuk mengelakkan ikan daripada busuk jika kita tidak mempunyai kelengkapan, Ikan anda itu perlu disiang dan dibuang segala isi perut, tahi, dan sisiknya. Tapi ingat ikan berkenaan tidak boleh dibasuh dengan air. Selepas disiang, biarkan ikan berkenaan berdarah lalu dibalut dengan kertas suratkabar seekor demi seekor.(usah dicampur 2 – 3 ekor sebungkus) Selepas itu letakkan bungkusan itu pada tempat yang teduh. Ikan berkenaan akan tetap segar walaupun dibungkus selama 24 jam.

Daun Sireh/Tembakau Rokok

Kita sering mendengar pemancing akan menghadapi masalah menaikan pari bila ia melekap dipasir. Caranya mudah gunakan daun sireh/ tembakau rokok (dibasahkan) lalu digosok pada tali pancing hingga berbunyi. Pari akan rasa ngilu dan serta merta melepaskan lekapannya pada pasir.



Telur Rebus & Pulut Kuning
Jangan membawa sebarang makanan berdarah spt. Daging atau ayam semasa memancing. Begitu juga jangan sesekali membawa bekalan telur rebus dan pulut kuning. ’Laut tempatnya keras,kedua-dua makanan itu ada kaitan dengan amalan membuang Ancak’.
Kunyit & Tepung

Jika memancing disungai dipercayai ada buaya, jangan gunakan umpan tepung yang digaul dengan kunyit. Buaya tidak suka bau kunyit dan ia boleh ‘mengamuk’ dan ini boleh mendatangkan bahaya kepada pemancing.
Tersesat Didalam Hutan

Jika kita tersesat didalam hutan semasa memancing dan tidak menjumpai jalan pulang, cubalah petua ini. Telanjang dan buang air kecil. Selepas itu, ambil tanah diantara tapak kaki anda dengan tempat membuang air kecil tadi dan bawalah sepanjang jalan. Insya-allah jalan pulang akan ditemui.
Berkat Dapat Izin Sebelum Memancing

Pastikan setiap kali keluar rumah untuk memancing mestilah memberitahu isteri atau keluarga. Pastikan semua tanggungjawab dan urusan telah dibereskan sebelum pergi. Jangan meninggalkan masalah dirumah, termasuk dengan anak-anak. Bila ini dibereskan hati pun tenang semasa memancing dan mungkin berkat doa mereka anda mendapat hasil yang baik…Insya-allah.
Menjaga Umpan Perumpun

Perumpun yang dibeli untuk memancing biasanya mudah mati dan busuk jika anda tidak cepat mengasingkannya. Petua menjaga kesegarannya ialah jika memotong perumpun yang panjang, pastikan ia mula dipotong dari bahagian ekor. Jika ia dipotong dari bahagian kepala, perumpun mudah mati dan busuk. Penggunaan surat kabar atau kertas yang kering juga dapat membantu kesegarannya dengan menukar kertas takungan umpan ini setiap 2 jam sekali. Elakkan dari terkena air hujan atau terdedah dari terik panas matahari. Sebaiknya letakkan kain atau kertas yang lembab bagi menutup perumpun.

Mencari Perumpun Pasir /Laut

Caranya mudah, beli sebiji nenas yang masak ranum, dan anda cuma perlu memerah airnya dipasir yang anda yakin ada perumpun. Mungkin kerana masam air nenas ini perumpun dengan sendiri akan muncul, disini anda hanya perlu menariknya keluar.
Kasut

Apabila memancing didalam sampan atau bot jangan pakai selipar atau kasut.Macamlah kita nak masuk rumah orang, kenalah buka kasut atau selipar.Ia semacam tanda hormat dan adab.Nanti ada yang kata bahaya takut tercucuk duri didalam sampan tapi ini sepatut- nya tidak berlaku jika kita mengutamakan kebersihan dan keselesaan ketika memancing. Ada juga beranggapan benda-benda dibawah (dalam air) tidak suka kepala mereka dipijak dengan selipar atau kasut yang kotor. Kata mereka.
Daun Ketapang
Jika anda gemar membela ikan didalam akuarium dan didapati ikan peliharaan anda ‘tidak sihat’ seperti luka atau sisik reput, cuba masukkan sehelai daun ketapang, sesungguhnya ia adalah sumber perubatan kepada ikan.
Langkah Batang Pancing

Petua ini menjadi ikutan ramai pemancing hingga ke hari ini. Pantang larang agar batang pancing tidak dilangkah adakalanya menjadi satu medan pertengkaran sesama rakan pancing. Apa yang sering dikatakan batang pancing akan ‘suwei’ apabila kena langkah dan hasil tangkapan akan meleset.
Mulut

Pantang larang paling utama dalam aktiviti memancing. Mulut jangan cakap besar, takbur, celupar dan suka menyumpah. Jangan suka menegur sesuatu yang tidak pasti spt. bau wangi dan sebagainya. Mulut jangan terlalu suka berjenaka dan bersenda gurau berlebihan ditakuti suka akan membawa duka. Jangan suka buat bising.

Kaki

Petua ini terutama kepada pemancing yang menaiki bot/sampan. Elakkan suka menjuntai kaki kedalam air semasa memancing atau berehat. Perlu diberitahu tapak kaki kita akan kelihatan putih semasa didalam air dan amat menarik perhatian ikan seperti jerung atau buaya untuk menyambarnya.
Meludah Umpan

Petua ini turut menjadi amalan hingga kini. Ada yang melakukan pada umpan yang pertama didalam aktiviti memancing dan ada yang sentiasa meludah setiap kali menukar umpan baru. Ada yang beranggapan untuk isyarat membuang ‘suwei’ dan ada yang kata sebagai ‘daya penarik’ ikan atau udang.

Menghilangkan Bisa Terkena Gigi Ikan
Sebaik saja terkena sengatan gigi ikan spt. Ikan Jenahak, Malong dan sebagainya dianggota badan terutama jari, cepat-cepat cedok air laut tempat anda memancing dengan tangan kanan dan titiskan kedalam mulut dan telan sedikit air tersebut. Rasa bisa serta denyutan akan berkurangan dan bolehlah sapu apa-apa ubat yang sesuai selepas itu.

Memancing 1 Syawal haram

Memancing atau melakukan hobi lain seperti memburu pada hari pertama Aidilfitri hukumnya berdosa kerana perbuatan itu bertentangan dengan syariat Islam, kata pendakwah-pendakwah dan perunding -perunding motivasi.

Tindakan demikian adalah mengingkari sunnah Rasulullah dan perintah Allah kerana Aidilfitri disambut bukan semata-mata untuk berseronok tetapi sebagai satu syariat dan ibadat.

Aidilfitri bukan satu adat sehingga boleh dipandang ringan oleh umat Islam. Ini terbukti apabila Allah turut mengharamkan umat Islam berpuasa pada 1 Syawal sebagai membuktikan Aidilfitri mesti diraikan selepas sebulan berpuasa Ramadan.

'Aidilfitri bukan adat tetapi ibadat sehingga Allah mengharamkan kita berpuasa pada 1 Syawal. Oleh itu, seseorang yang sengaja lari daripada menziarahi sanak-saudara, bermaaf-maafan dan menerima kunjungan rakan dan keluarga maka hukumnya berdosa.

'Tindakan pergi memancing boleh merenggangkan silaturahim dan mencetuskan tanggapan buruk kerana pada Aidilfitri ini, Allah menyuruh kita saling ziarah menziarahi, saling bermaaf-maafan selain solat sunat.

'Allah dan Rasulullah menyuruh kita berhari raya tetapi dengan mengikut syarikat dan landasan sebenar.

Oleh itu, kalau ada sesiapa yang hendak pergi memancing atau berburu pada 1 Syawal maka lakukan pada hari lain. Banyak lagi masa yang boleh kita lakukan. Aidilfitri hanya sekali setahun.

Sikap sesetengah kaki pancing yang meninggalkan rumah pergi memancing selepas solat sunat Aidilfitri adalah tidak bagus dan haram,sama ada pergi memancing sama di kolam komersial mahupun trip memancing di laut dalam atau jauh ke tengah hutan selama beberapa hari.Nasihat saya, memancinglah hari lain, kerana bagi saya, perbuatan ini tidak patut. Kalau Allah pun mengharamkan kita berpuasa pada 1 Syawal inikan pula memancing sebagai satu hobi.

Saya menasihatkan pilihlah hari lain demi anak isteri dan keluarga. Lakukan ziarah kubur, ziarah ibu bapa dan keluarga kita adalah dituntut oleh Islam.

Kalau hendak memancing juga, tunggulah seminggu atau dua minggu selepas itu. Kalau tidak, janggal rasanya dan orang lain tentu rasa pelik dengan cara kita.

Bulan Terang Dan Gelap

Ada pemancing gemar memancing ketika bulan gelap dan sebaliknya. Oleh kerana perairan (Selat Melaka) Pantai Barat Semenanjung agak sempit maka setiap hari berlaku dua kali air pasang dan surut. Maknanya selang 6 jam akan berlaku perubahan arus sama ada daripada pasang ke surut dan sebaliknya. Disebabkan paras pasang surut ini pula bergantung kepada peredaran bulan maka terjadi pula apa yang nelayan istilahkan sebagai air mati/bebanir dan air besar. Juga berlaku perubahan daripada air mati menjadi air besar dipanggil air menyorong dan daripada air besar menjadi air mati yang dipanggil air mengurang.

Jika ingin keselesaan memancing, ramai memilih ketika air mati iaitu dari 7 hingga 11 dan 19 hingga 24 bulan Islam. Ketika ini perubahan pasang surut tidak begitu ketara dan arus bergerak sederhana laju. Untuk mendapatkan keterangan dan paparan terperinci paras pasang surut, anda boleh merujuk kepada carta pasang surut yang dikeluarkan oleh Jabatan Laut. Ia boleh dibeli di pejabat Shahbandar Wilayah atau kementerian berkaitan.

Air begini sesuai untuk memancing dasar. Cuma jangan pergi memancing pada waktu air mati kekal yang mana ketika itu arus boleh dikatakan sangat lemah atau tiada langsung. Keadaan ini turut menyebabkan ikan menjadi pasif apatah lagi untuk menelan umpan.

Pada zaman revolusi memancing yang sudah beralih angin yang mana penggunaan umpan tiruan lebih digemari kerana berstatus sukan pancing, air besar pula menjadi pilihan. Teknik jigging (mengunjun), trolling (menunda), popping (melontar popper) dan casting lebih praktikal dilakukan ketika air besar. Jadi, apa yang dapat penulis simpulkan di sini ialah kita masih boleh memancing tidak kira air besar atau air mati asalkan bijak menggunakan keadaan, memilih peralatan dan tahu persekitaran yang ada.

Tempoh Pasang Surut Air Laut

Pasang surut air laut penentu hasil pemancing

Pantai adalah salah satu lokasi kegemaran ramai pemancing kerana kosnya murah dan kita boleh membawa bersama ahli keluarga beriadah di tepi pantai. Bersantai sambil memancing.

Pancingan pantai berbeza dengan memancing dari atas bot/sampan kerana memancing dari pantai kita banyak bergantung kepada kehadiran ikan berbanding dari bot mudah kita berpindah mencari lubuk ikan.

Petua orang -orang tua mudah saja iaitu kalau memancing di pantai pastikan kawasan itu ada ‘kawanan ikan’. Ada kawanan ikan membawa maksud tertentu sama ada dari segi ikan mangsa dan ikan pemangsa.

Sebelum saya huraikan lebih lanjut mengenai kawanan ikan, lebih baik kita bincang dulu mengenal perihal air. Kehadiran ikan di kawasan pantai banyak bergantung kepada pasang surut air serta suasana sekeliling.

Di pantai Barat pasang surut air terjadi 2 kali sehari manakala pantai timur tidak menentu, ada pantai pasang dan surut sehari sekali dan ada yang pasang anak kemudian sekali pasang biasa. Didalam keluaran sisipan JORAN ini ada jadual pasang surut air di sesetengah tempat yang terpilih.

Ia dapat merancang pemancing waktu sesuai turun memancing. Hasil pancing pantai banyak bergantung kepada kemahiran pemancing membaca pergerakan air. Waktu air pasang adalah masa terbaik memancing kerana ketika ini banyak ikan pemangsa rapat ke pantai mencari makanan.

Ia semakin menjauh dari kawasan persisiran pantai apabila air menyunsung surut. Waktu kurang efektif ialah ketika cuaca panas seperti tengah hari.Awal petang hingga ke pagi adalah waktu sesuai kerana ketika ini ai sunyi dan ikan lebih berani rapat ke pantai.

Jika anda mengetahui struktur pesisiran beting dan dasar di pantai yang di lewati ia mungkin menjadi satu bonus kerana kita dapat mengagak lubuk pilihan ikan semasa.

Jika air jernih di pantai, kawasan dalam mudah di kenal pasti melalui perbezaan warna air. Jika terang memutih menandakan ia cetek, hijau dan biru gelap menandakan ia dalam manakala jika gelap kehitaman mungkin ada struktur karang di dasarnya.

Selain bijak membaca pasang surut air, musim ikan masuk pantai juga boleh dijadikan faktor penentu. Ini di katakan bila 'kawanan ikan' bergerak ke pantai seperti contoh ikan bilis sudah pasti ikan pemangsa akan turut mengekori kawanan bilis tadi secara semula jadi.

Ia biasanya akan berada di satu-satu kawasan pantai dalam satu tempoh yang singkat. Nelayan pantai pasti tahu mengenai kehadiran kumpulan ikan ini kerana ini adalah sumber pencarian mereka. Pendek kata, kita kena pandai pasang telinga! Saya sendiri sering tunggu saat ini.

Tuesday, July 13, 2010

Tips melancong

Bagi yang gemarkan percutian, merancang percutian adalah sesuatu yang agak memenatkan. Ada banyak perkara yang harus diambil kira selain dari harga tambang ke destinasi tersebut. Tempat penginapan merupakan perkara kedua yang penting selepas mendapatkan tambang murah sesuatu perjalanan. Tidak kira jika anda mahukan hotel mewah 5 bintang, atau sekadar hotel sederhana 3 bintang mahupun asrama sebagai pelancong back packers, penginapan menjadi pokok utama percutian. Setelah penat berjalan-jalan melihat pemandangan atau tarikan pelancong pastinya tubuh yang lesu memerlukan rehat yang secukupnya untuk kita memulakan pengambaraan baru keesokan harinya.

Namun bila hendak menempah hotel, macam-macam juga yang kena ambil kira. Hotel A harga murah tapi lokasinya jauh dari kawasan tarikan pelancong. Hotel B dekat, tetapi mahal pula. Hotel C agak jauh tetapi beri sarapan percuma dalam tarif sewanya tetapi adakah kita memerlukannya. Hotel D pula murah, dekat tetapi masalahnya penuh pula pada tarikh yang kita kehendaki. Kesimpulannya jika kita harus membuka satu-persatu laman web hotel-hotel di satu-satu destinasi, memang satu hari tidak cukup untuk kita membuat keputusan tepat berpadanan dengan bajet. Ada beribu-ribu tawaran hotel yang sukar untuk kita membuat pilihan!

Tetapi laman web ini memang bagus kerana ia memang memudahkan pengguna. Sebagai laman web bebas yang tidak mengenakan sebarang bayaran kepada penggunanya, laman web ini membantu kita mengenalpasti hotel terbaik di seluruh dunia dengan bajet dan keselesaan kita. Antara lain yang ditawarkan oleh HotelsCombined adalah :

1-Meninjau dan membuat perbandingan harga ke seluruh laman web hotel-hotel dan lain-lain laman web kembara dan memberikan kita harga termurah yang ditawarkan.
2-Kita boleh membaca ulasan kembara yang ditulis secara bebas oleh pelancong-pelancong lain.
3-Klik dan bayar terus ke laman web hotel atau web kembara pilihan kita.
4-Aplikasinya mudah digunakan dan yang paling utama ianya PERCUMA.

Kerana suka mengembara, saya menggunakan laman web ini untuk mencari hotel semasa merancang percutian saya ke mana-mana di seluruh dunia. InsyaAllah pada masa-masa akan datang entri Pelancongan di dalam web ini akan kembali aktif. Bagi yang ingin merancang percutian di dalam negara ataupun di luar negara, mungkin laman web ini dapat memudahkan rancangan anda. Selamat bercuti.

Tuesday, July 6, 2010

BERAKHIRNYA TUGASAN "DUNGA"

Brazil pecat Dunga


JODOH Dunga bersama Brazil telah berakhir selepas pasukan gergasi Amerika Latin itu tewas pada suku akhir Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan.


SAO PAULO - Jurulatih Brazil, Dunga dan barisan kejurulatihannya akhirnya telah dipecat secara rasmi selepas kegagalan pasukan itu pada peringkat suku akhir Piala Dunia 2010 Jumaat lalu.
Persekutuan Bola Sepak Brazil (CBF) dalam satu kenyataan semalam mengesahkan tindakan pemecatan tersebut.
"Dengan penutup kepada kitaran kerja bermula Ogos 2006 diakhiri dengan kegagalan skuad Brazil pada Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan, CBF mengumumkan pemecatan kesemua pegawai teknikal dalam skuad kebangsaan Brazil," menurut kenyataan itu.
Sebelum ini, Dunga, 46, telah pun menyatakan kesediaan untuk berundur selepas Brazil tewas 1-2 kepada Belanda pada aksi suku akhir Jumaat lalu setelah empat tahun memegang jawatan itu.
Bekas kapten Brazil itu mengganti- kan Carlos Alberto Parreira sebagai jurulatih Brazil pada Julai 2006, sejurus tamat Piala Dunia di Jerman.
Dunga yang dahulunya merupakan seorang pemain tengah yang cukup kental, menjadi kapten ketika Brazil menjulang trofi Piala Dunia 1994 sebelum muncul naib juara empat tahun kemudian.
Biarpun tanpa pengalaman melatih mana-mana pasukan sebelum ini, karier Dunga sebagai jurulatih Brazil berjaya membawa pasukan itu muncul juara Copa Amerika 2007, juara Piala Konfederasi 2009 serta muncul pasukan tangga teratas Kelayakan Piala Dunia Zon Amerika Selatan.
Menurut kenyataan CBF itu lagi, jurulatih baru Brazil akan diumumkan pada penghujung bulan ini.
Lima calon yang disebut-sebut bakal mengisi kekosongan tersebut ialah Luiz Felipe Scolari, Mano Menezes, Muricy Ramalho, Ricardo Gomes dan Leonardo.

Style rambut bagi si lelaki

Berbanding perempuan, lelaki susah sikit nak stylekan rambut sebab rambut lelaki pendek.. kebanyakan lelaki kalau pergi saloon pun mesti tak tahu nak suruh hair stylist tu potong and stylekan rambut korang macam mana kan?and masalahnya lelaki lebih takut nak gayakan style yang lain dari yang lain..apa kata korang selumber je try rambut yang pelik-pelik?baru semart!bawah ni antara style-style rambut khas untuk lelaki..so lepas ni kalau nak pegi saloon tunjuk la gamba ni kat hair stylist tu..senang cite

style ni dipanggil razor haircut..kalau rambut korang panjang and straight bolehla buat macam ni..tapi buat semua lelaki tolong jangan rebond rambut anda..sangat loser siapa yang buat macam tu..perempuan memang tak suka lelaki yang rebond rambut

ni bagi rambut kerinting..jangan risau kerinting itu sexy..so korang messy kan lah rambut korang tu..nampak ada gaya sikit kan?

ni paling common style ni..yang rambut pendek lebih cenderung buat style ni..dah lapok sangat so sila tuka style lain ok?

Bagi yang berkepala bentuk bulat yang cantik,takda benjolan sana sini..gaya botak adalah yang paling sesuai untuk anda..kemas tapi tak boleh nak berstyle lah

rambut ala-ala jack osbourne ni sangat sesuai untuk muka bulat macam Anip Si Putih ni..kalau lelaki permed rambut boleh diterima ye..so boleh pegi saloon permed rambut anda sekarang!lagi senang nak stylekan rambut bila dah permed

kalau nak macam ni cakap kat hair stylist tu nak bangs ke tepi..sangat sesuai bagi lelaki-lelaki yang rambutnya nipis dan hampir botak di atas kepala..boleh cover kebotakan itu~encik hentak belipat sila jangan pelangkong saya~lepas ni kita boleh pegi yun nam hair care sama-sama ok?


Rambut bukan sahaja mahkota bagi perempuan tetapi juga bagi lelaki..kalau dah malas sangat nak menstylekan rambut korang sila pakai fedora ke hat ke topi ke..agar perempuan tak turn off bila tengok korang..adios!

Pantang Larang Pemakanan Bagi Pengidap Kanser.

1) Dinasihatkan supaya jangan makan nasi sebelum jam 12.00 tengahari. Ianya dapat di tukar kepada gula melalui sistem badan kita. (Gula mempunyai kandungan PH5; merupakan persekitaran yang sesuai untuk kanser merebak).

2) Gula – Pemanis tiruan bukan pengganti yang baik. Pengganti yang lebih baik ialah madu asli gunakan madu sebagai gantian

3) Produk tenusu seperti keju, susu segar, mentega & lain-lain
Susu membuat tubuh menghasilkan mucus/lendir terutamanya di trek usus perut. Sel kanser memakan mukus. Bertukarlah kepada susu soya tanpa gula.

4) Seafood : seperti ketam, sotong & udang. Gamat juga tidak digalakkan (makanan ini dapat menyuburkan sel kanser)

5) Minuman : Kopi, teh, minuman bercoklat (ini akan membuat sel kanser lebih cepat merebak)

6) Daging merah wajib di elakkan terutama daging lembu, kambing, unta, rusa & khinzir. Sisa daging yang tertinggal di dalam usus akan menghasilkan asid.

7) Sayur & buah-buahan “bergetah & berangin” seperti nangka, cempedak, sukun & kundur (menyebabkan kesakitan & berdenyut)

8) Ikan bersisik seperti ikan haruan, ikan merah, ikan gelama & sebarang jenis ikan yang bersisik.

Contoh ikan tidak bersisik yang boleh dimakan, seperti ikan tongkol, ikan yu, Ikan salmon, Ikan kembung, ikan keli, ikan patin & lain-lain (Ikan yang tidak mempunyai sisik & berada di laut dalam di percayai mempunyai kandungan Omega 3 yang sangat tinggi, Omega 3 merupakan anti kanser).

9) Makanan segera & sebarang produk dalam tin: seperti ikan sardin, buah laici & jagung dalam tin, minuman bergas serta sebarang produk yang mengandungi bahan pengawet.

10) Makanan berjeruk, ikan masin, telor masin, budu, belacan tidak digalakkan untuk dimakan.

11) Makanan yang dipanggang & di bakar seperti sate, ikan bakar, daging bakar, ikan panggang & lain-lain harus di elakkan kerana makanan tersebut mengandungi kandungan karbon yang tinggi.

12) Sayuran & buah-buahan seperti kobis, tembikai, timun, nangka, lobak putih (sebarang sayur yang berwarna putih, cendawan)

MADU LEBAH TUALANG PEMBUNUH SEL-SEL KANSER

Madu Tualang Potensi Bunuh Sel Kanser.

KOTA BAHARU, 11 Jan (Bernama) -- Madu lebah tualang yang banyak terdapat di kawasan hutan simpan negara ini berpotensi menjadi suplemen dalam terapi kanser terutama kanser payudara, kata Ketua Jabatan Patologi Kimia, Pusat Pengajian Sains Perubatan Universiti Sains Malaysia (USM) Kubang Kerian, Prof Madya Dr Nik Soriani Yaacob.

Katanya kajian awal mendapati madu lebah dari pokok tualang yang tumbuh liar dalam hutan berpotensi menyekat penyuburan sel-sel kanser di samping membunuh sel-sel berbahaya itu daripada merebak.

"Namun begitu, penyelidikan ini masih di peringkat awal dan banyak kajian perlu dilakukan untuk memahami dengan lebih mendalam proses yang dirangsang oleh madu menyebabkan kematian sel-sel kanser tersebut," katanya dalam kertas kerja bertajuk Aktiviti AntiKanser Madu Lebah Tualang pada satu seminar mengenai penggunaan madu lebah asli di sini Isnin.

Seramai 300 peserta hadir pada seminar dua hari itu bagi membincangkan antara lainnya mengenai khasiat madu lebah asli dalam bidang perubatan, cara mempopularkan penggunaan madu lebah dalam masyarakat dan menerokai pelbagai kegunaan madu lebah asli sebagai minuman dan makanan.

Program anjuran bersama Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) dan Universiti Sains Malaysia (USM) Kampus Kesihatan Kubang Kerian itu di sini dirasmikan oleh Ketua Pengarah Fama, Datuk Mohamed Shariff Abdul Aziz.

Menurut Dr Nik Soriani, kajian menjurus kepada kaedah mengenal pasti sama ada madu dapat membunuh sel-sel kanser atau membantu mengurangkan penggunaan dos dadah atau radiasi yang diperlukan bagi membunuh sel-sel kanser.

"Kajian itu bagi mengenal pasti sama ada madu boleh menghalang atau mengurangkan pembentukan kanser memandangkan kajian sebelum ini mendapati madu mengandungi pelbagai komponen yang mempunyai aktiviti antioksidan, anti-inflamatori dan anti-kanser," katanya.

Beliau berkata penyelidikan juga menemui madu lebah tualang mempunyai pelbagai aktiviti antikanser dan kesan sitotoksik yang berlaku ke atas beberapa jenis sel kanser yang dikultur (ditumbuh) dalam makmal.

"Sel kanser yang dirawat dengan madu ini (tualang) menjalani proses apoptosis (kematian sel kanser) yang biasanya tidak berlaku pada sel-sel itu, tambahan lagi madu lebah tualang dapat meningkatkan rangsangan kematian sel-sel kanser payudara oleh dadah tamoxifen," katanya.

Dr Nik Soriani berkata kesimpulannya, kajian ke atas sel-sel kanser dan tikus makmal mendapati madu lebah tualang mempunyai aktiviti antikanser yang dikultur menyebabkan kematian sel kanser, mengesan sel kanser, menyekat pertumbuhan sel kanser dan peningkatkan jumlah sel imun yang membunuh sel kanser.

Dekan Penyelidikan Sains Klinikal USM, Prof Dr Nor Hayati Othman berkata pihaknya menerima sumbangan 1.3 metrik tan madu lebah percuma daripada Fama sejak kajian itu dijalankan bagi membolehkan kajian dibuat dengan berkesan terutama dalam penyakit kanser.

Beliau berkata sumbangan berperingkat-peringkat sejak 2006 itu mendapati madu lebah tualang dianggap paling asli berbanding dengan madu lebah lain atau yang diimport dan memberi potensi dalam amalan harian.

"Madu tidak asli menyebabkan kesan sampingan yang berpanjangan dan perlu dihindari," kata Dr Nor Hayati.

BIJI APRIKOT MEMBUNUH SEL-SEL KANSER

Mengapa Kita Harus Makan Biji Aprikot.

Dalam bahasa nutrient, biji Aprikot ini disebut mengandungi Amigdalin dikenali sebagai Vitamin B17. Vitamin B17 ini dapat membantu membunuh sel-sel kanser dalam badan kita, hasilnya dapat membebaskan diri kita dari serangan penyakit ganas ini. Kanser merupakan pembunuh senyap.

● Vitamin B17 boleh diperolehi didalam beratus-ratus jenis tumbuhan. Dalam diet pemakanan kita harus ada B17, jika tiada B17 dalam diet pemakanan, anda boleh dihidapi penyakit kanser.Selain dari Biji Aprikot, Vitamin B17 juga boleh diperolehi dari badam pahit (amigdalin mempunyai rasa pahit – badam manis tidak mengandungi B17), epal pipis, benih-benih anggur, sengkuang, buah beri, ubi kayu, biji buah oren & biji benih yang lain.

● Terdapat banyak cara yang anda boleh gunakan untuk melawan kanser. Diantaranya membina sistem imun supaya ia menjadi sangat kuat & dapat melindungi anda dari kanser.Salah satu caranya adalah dengan menggunakan (supplement with antioxidants) yang dapat melawan carcinogens dalam tubuh badan anda.Bagaimanapun Vitamin B17 menggunakan cara yang sangat unik. Iaitu secara langsung menyerang sel kanser (directly attacks cancer cells). Maka hasilnya jauh lebih baik dari cara yang telah disebutkan di atas.

● Kajian tentang Amigdalin yang pertama telah dikeluarkan seratus tahun dahulu. Telah disenaraikan dalam kamus-kamus farmakologi sejak dahulu lagi merupakan bahan yang tidak mengandungi toksik. Walau bagaimanapun dalam sebatian Vitamin B17 terdapat satu unsur kimia yang dinamakan "cyanide" ia adalah lengai secara kimia & tidak berbahaya untuk normal tisu hidup.

● Perkara yang sama juga dapat kita lihat dalam garam biasa. Garam biasa sebenarnya terdapat dua unsur kimia didalamnya tetapi tidak bertindak balas dalam badan manusia, bahkan sangat diperlukan dalam badan manusia. 2 unsur kimia yang ada dalam garam adalah natrium & klorida, maka sebab itu garam dalam istilah kimia disebut Natrium Klorida. Sebenarnya dalam garam ada satu sebatian kimia yang berbahaya "klorin". Sudah tentu jika ada makan banyak garam pada satu masa anda akan sakit.

● Perkara yang sama juga berlaku dalam Biji Aprikot, makan jangan berlebihan ikut peraturan yang telah diberikan. Bagaimanapun amigdalin adalah kurang toksik daripada garam & jauh lebih selamat dari gula yang anda makan setiap hari.

● Kita sedia maklum bahawa badan kita sentiasa mencipta sel kanser setiap masa. Biasanya sistem imun dapat membunuh sel kanser tersebut. Bagaimanapun pada saat anda berada dalam keadaan "stress" atau tubuh badan anda berada dalam kondisi yang sangat lemah & sering terdedah dalam persekitaran karsinogen. Keadaan ini akan membuat sel kanser menjadi sangat kuat sehingga tidak mampu untuk dimusnahkan oleh sistem imun.

● Vitamin B17 dari Biji Aprikot akan berkerjasama dengan sistem imun dalam badan dan membunuh sel kanser secara langsung. Untuk pengetahuan anda dalam sel-sel kanser terdapat satu enzim yang dapat membuka "ikatan kimia" yang terpadu dalam Vitamin B17 (Biji Aprikot) iaitu cyanide.Maka cyanide akan dibebaskan dari ikatan kimianya yang terdapat dalam Vitamin B17. Bila cyanide dibebaskan maka cyanide akan membunuh sel kanser. Secara lumrahnya sel yang sihat tidak terdapat enzim ini. Maka sebab itulah Vitamin B17 tidak akan bekerja pada sel yang sihat. Vitamin B17 hanya bertindak balas pada sel yang tidak normal dalam badan manusia termasuklah sel kanser, tumor, jerawat atau pun buasir.

● Enzim yang terdapat dalam sel kanser dapat membuka kunci amigdalin maka terhasillah cyanide. Jika terdapat lebihan cyanide yang terhasil dari tindak balas metabolik badan yang berkanser dan cyanide tersebut memasuki aliran darah anda. Maka secara semulajadi akan dineutralkan oleh hati.

● Hati (liver) bekerja dengan lebih kuat jika terdapat unsur toksin dalam badan anda.Sehingga anda dapat melihat kesan kerosakan hati akibat pembersihan toksin dalam badan.Tapi bukan kerosakan dari kanser. Maka jika tubuh kita terlalu banyak toksin dan tidak dikeluarkan dari badan, besar kemungkinan kita bakal menghidap kanser hati pula.

● Penyelidik-penyelidik di Imperial College London telah membuat ujikaji menggunakan cyanide untuk menghapuskan sel-sel kanser , hasil kajian mereka mendapati cyanide atau apa-apa toksin yang berada didalam darah dengan cepatnya dineutralkan oleh hati.

● Amigdalin kadangkala dirujuk sebagai vitamin B17 dan ditemui dalam nitriloside kaya dengan buah-buahan dan tumbuh-tumbuhan. Digunakan sebagai terapi utama, kecuali kepada mereka yang menjaga pemakanan yang baik, menjaga PH tubuh dengan baik , tiada pencemaran toksin dalam badan. Telah digunakan untuk merawat pengidap-pengidap kanser dalam beberapa klinik di seluruh dunia.

● Pada permulaan abad ke-21 adalah dijangkakan bahawa satu dari lapan orang di UK akan mendapat kanser payudara dan satu dari empat orang lelaki akan mendapat kanser prostat. Jika termasuk kanser yang berlainan jenis, dijangkakan tiada keluarga yang bebas dari penyakit kanser.Oleh itu cadangan memakan 10 - 12 Biji Aprikot setiap hari insyaallah seumur hidup anda terpelihara dari terkena penyakit kanser. Ini merupakan berita baik bagi mereka yang tercari-cari alternatif penjagaan diri.Nota : Biji Aprikot harus dikunyah atau dihancurkan dan ditabur dalam makanan harian atau dikisar bersama buah-buahan. Diamalkan sebanyak 5 hingga 6 kali sehari.

MENGENALI KANSER LEUKEMIA

Pengenalan

Ruangan ini telah disediakan untuk membantu anda memahami lebih mendalam lagi tentang leukemia. Terdapat beberapa bentuk leukemia, oleh itu kadang-kala, di dalam maklumat ini kita berbicara tentang 'penyakit leukemia' secara keseluruhan. Leukemia merupakan penghasilan sel-sel darah yang tidak teratur yang boleh terjadi pada semua orang tidak mengira peringkat umur.

Ramai orang berasa terkejut dan bimbang apabila mereka diberitahu bahawa mereka menghidapi leukemia dan kami faham perasaan mereka. Maklumat yang berikut bertujuan untuk membantu anda memahami diagnosis dan rawatan penyakit ini. Kami juga memasukkan maklumat tentang perkhidmatan-perkhidmatan sokongan yang ada disediakan.

Kami tidak dapat menasihati anda tentang rawatan yang paling baik buat anda. Anda perlu berbincang tentang perkara ini dengan doktor anda. Walau bagaimanapun, kami berharap maklumat ini dapat menjawab beberapa pertanyaan anda dan membantu anda di dalam memikirkan soalan-soalan yang anda ingin ajukan kepada doktor anda.

Apakah kanser?
Kanser merupakan penyakit pada sel-sel tubuh. Tubuh kita sentiasa menghasilkan sel-sel baru: untuk membolehkan kita membesar, menggantikan tisu-tisu yang lama, atau untuk memulihkan sel-sel yang rosak selepas luka. Lazimnya, sel-sel membesar dan membahagi dengan cara yang teratur. Walau bagaimanapun, gen yang rosak akan menyebabkan sel-sel ini bertindak secara abnormal. Mereka mungkin membesar membentuk suatu gumpalan yang dipanggil tumor.

Tumor mungkin benigna (tidak berkanser) atau malignan (berkanser). Tumor benigna tidak merebak ke luar batasan normal mereka ke bahagian lain tubuh. Tumor malignan terdiri daripada sel-sel berkanser. Jika sel-sel ini tidak dirawat, mereka mungkin merebak melepasi batasan normal ke dalam tisu-tisu di sekitarnya.

Jika sel-sel kanser merebak melepas batasan normal, maka tumor itu malignan, iaitu, ia merupakan kanser.

Kadang-kala sel-sel berpisah daripada kanser asal (primer) dan merebak ke organ-organ lain. Apabila sel-sel ini sampai ke suatu tempat yang baru, mereka mungkin akan terus membesar dan membentuk tumor yang lain di situ. Ini dipanggil kanser sekunder atau metatesis.

Di dalam sesetengah kanser, sel-sel darah tubuh yang membahagi secara abnormal. Kanser-kanser ini dipanggil leukemia, mieloma dan limfoma.

Darah
Darah dipamkan ke sekeliling tubuh di dalam sistem peredaran. Darah membekalkan makanan, oksigen, hormon-hormon dan bahan-bahan kimia lain kepada keseluruhan sel tubuh. Ia juga membantu mengalir keluar bahan-bahan sisa dan penting di dalam melawan jangkitan.

Darah terdiri daripada cecair yang jernih dipanggil plasma dan tiga jenis sel: sel darah merah, platelet dan sel darah putih.

Kesemua sel darah datang daripada sel yang sama jenis yang dikenali sebagai sel-sel batang. Sebelum ini, sel-sel ini berkembang menjadi sama ada sel mieloid atau sel limfoid.

* Sel-sel mieloid termasuk semua sel darah merah, platelet dan sel darah putih yang dikenali sebagai granulosit dan monosit.
* Sel-sel limfoid termasuk semua sel darah putih yang lain yang dikenali sebagai limfosit.

Sel-sel darah merah mengumpul oksigen daripada paru-paru anda dan membawanya ke seluruh bahagian tubuh. Jika anda tidak mempunyai sel darah merah yang mencukupi, anda mengalami anemia. Anemia boleh menjadikan anda kelihatan pucat, menyebabkan pening kepala dan membuatkan anda berasa letih, pening-pening dan cepat marah.

Platelet diperlukan untuk membantu darah anda membeku ketika mendapat luka. Penurunan jumlah platelet mungkin menyebabkan perdarahan yang lama atau mudah lebam.

Sel-sel darah putih memainkan peranan penting di dalam mempertahankan tubuh daripada jangkitan. Pengurangan sel-sel darah putih meningkatkan risiko anda mendapat jangkitan.

Sel-sel darah dihasilkan di dalam sum sum tulang iaitu bahagian seperti span di dalam bahagian tengah tulang.

Apabila badan kita sihat, jumlah sel-sel merah, sel-sel putih dan platelet-platelet di dalam darah adalah seimbang. Penyakit-penyakit sel-sel darah seperti leukemia boleh menyebabkan ketidakseimbangan berlaku.

Leukemia
Leukemia merupakan kanser sel-sel yang membentuk darah. Leukemia menyebabkan jumlah-jumlah sel darah putih yang belum matang dihasilkan.

Sel-sel abnormal ini dipanggil blas leukemia, tidak boleh menjalankan fungsi-fungsi normal sel-sel darah putih. Mereka terkumpul di dalam sum sum tulang dan melimpah ke dalam darah dan mungkin merebak ke dalam organ-organ seperti hati, limpa, paru-paru dan buah pinggang. Kadang-kala, sel-sel ini juga mungkin merebak masuk ke dalam cecair di sekeliling otak dan saraf tunjang.

Oleh kerana terlalu banyak sel-sel darah putih yang terkumpul di dalam sum sum tulang, sum sum tulang tidak dapat menghasilkan sel-sel darah merah, sel-sel darah putih dan platelet yang mencukupi.

Jenis-jenis Leukemia
Leukemia terjadi di dalam beberapa bentuk. Sesetengah bentuk timbul serta-merta dan berkembang dengan cepat di dalam masa beberapa hari atau beberapa minggu sahaja: ini merupakan leukemia akut. Yang lainnya pula tidak nyata dan berkembang dengan kadar yang perlahan di dalam masa beberapa bulan atau beberapa tahun: ini merupakan leukemia kronik.

Penyakit-penyakit leukemia dinamakan mengikut jenis-jenis sel darah putih yang terlibat. Leukemia mieloid ialah leukemia yang melibatkan granulosit-granulosit; leukemia limfoid melibatkan limfosit-limfosit.

Leukemia Limfoid Akut (Acute Lymphoid Leukaemia (ALL))
Leukemia limfoid akut lebih lazim pada kanak-kanak dan merupakan peratusan yang kecil sahaja di kalangan leukemia orang dewasa.

Ia menjejaskan limfosit-limfosit yang belum matang. Limfosit yang normal bertanggungjawab melawan jangkitan: apabila bakteria atau virus menyerang tubuh, limfosit bertindak balas dengan menghasilkan antibodi atau sel-sel pembunuh limfosit yang khas. Apabila anda menghidapi leukemia limfoid akut, limfosit tidak dapat berfungsi dengan betul dan anda mungkin mendapat jangkitan yang serius. Tambahan pula, penyakit ini menyebabkan banyak limfosit yang abnormal dihasilkan, yang menghimpit sel-sel darah merah dan platelet yang normal.

Leukemia Limfoid Kronik (Chronic Lymphoid Leukaemia (CLL))
Leukemia ini juga menjejaskan limfosit-limfosit, tetapi berkembang dengan lebih perlahan daripada leukemia limfoid akut.

Penyakit ini menyerang orang dewasa tetapi tidak dikesan pada kanak-kanak.

Penyakit ini berkembang dengan lebih perlahan, oleh itu sel-sel normal tidak terhimpit dan ditolah keluar dengan cepatnya berbanding dengan leukemia limfoid akut. Jika anda menghidapi leukemia limfoid kronik, anda mungkin tidak mengalami sebarang gejala sehinggalah peringkat-peringkat lanjut penyakit ini.

Leukemia Mieloid Akut (Acute Myeloid Leukaemia (AML))
Leukemia ini biasanya menyerang orang dewasa, tetapi boleh terjadi pada kanak-kanak dan remaja.

Leukemia mieloid akut terutamanya menjejaskan sel-sel mieloid yang dikenali sebagai granulosit. Penyakit ini menghasilkan sel-sel mieloid yang masih muda di dalam jumlah yang berlebihan dan menyebabkan kekurangan sel-sel mieloid yang matang. Sel-sel mieloid yang muda ini boleh menyekat salur-salur darah.

Leukemia Mieloid Kronik (Chronic Myeloid Leukaemia (CML))
Leukemia mieloid kronik boleh terjadi pada semua peringkat umur tetapi paling jarang dikesan pada usia di bawah 20 tahun.

Ia menghalang sel-sel mieloid daripada berfungsi dengan betul. Ia berlaku di dalam dua peringkat: pertama, berlakunya pembahagian sel-sel abnormal secara perlahan. Kemudian, ia boleh dengan cepatnya berubah ke peringkat akut.

Apakah punca-punca Leukemia?
Punca-punca leukemia tidak diketahui. Beberapa faktor mungkin mempengaruhi perkembangannya. Faktor-faktor risiko ini hanya menjelaskan punca sebilangan kecil kes leukemia. Mempunyai satu atau lebih faktor-faktor berikut tidak bermakna anda akan mendapat leukemia. Jika anda merasa ragu tentang sebarang faktor di bawah, anda harus berbincang dengan doktor anda.

Faktor-faktor genetik: Kanak-kanak Down’s syndrome dan kanak-kanak yang mempunyai keabnormalan kongenital lain yang jarang mempunyai risiko akut leukemia yang meningkat.

Faktor-faktor genetik mungkin memainkan peranan di dalam perkembangan leukemia limfoid kronik. Leukemia limfoid kronik lebih lazim pada lelaki dan mungkin diwarisi di dalam keluarga:

Sinaran: leukemia berlaku pada kadar yang lebih tinggi daripada biasa di kalangan orang yang terdedah kepada sinaran yang tinggi. Ini termasuk orang-orang yang terselamat di dalam letupan-letupan bom atom di Jepun, orang-orang yang terdedah kepada sinaran selepas bencana loji nuklear Chernobyl, dan orang-orang yang menerima sinaran di dalam jumlah yang banyak yang perlu bagi rawatan keadaan-keadaan perubatan yang tertentu pada masa lalu.

Bahan-bahan kimia: orang-orang yang terdedah kepada benzena mempunyai risiko yang meningkat mendapat leukemia mieloid akut. Merokok juga meningkatkan risiko mendapat leukemia mieloid akut.

Negara asal: di kawasan-kawasan tertentu di dunia, seperti selatan-barat Jepun, bahagian-bahagian Afrika dan Caribbean, suatu jenis leukemia tertentu boleh merebak di kalangan penduduk tempatan oleh suatu virus yang dikenali sebagai HTLV (Human T Cell Leukaemia Lymphoma Virus).

Diagnosis
Orang yang mempunyai gejala-gejala leukemia akan menjalani ujian-ujian darah dan ujian-ujian sum sum tulang, yang boleh mengesahkan sama ada penyakit ini hadir atau tidak.

Gejala-gejala leukemia adalah sama seperti gejala-gejala keadaan-keadaan lain yang biasa. Jika anda berasa ragu tentang gejala-gejala yang anda alami, anda harus berjumpa doktor.

Gejala-gejala Leukemia akut
Gejala-gejala leukemia akut selalunya boleh dilihat dengan tiba-tiba kerana leukemia jenis ini berkembang dengan cepat.

* Rasa lemah, letih dan kelihatan pucat yang mungkin berpunca daripada jumlah sel darah merah yang berkurangan.
* Perdarahan yang berterusan agak lama, contohnya hidung berdarah dengan banyaknya, atau mudah lebam yang mungkin berpunca daripada kekurangan platelet.
* Kecenderungan untuk mendapat jangkitan dan mempunyai suhu badan yang tinggi yang mungkin berpunca daripada sel-sel darah putih yang tidak berfungsi dengan betul.
* Kesakitan di dalam tulang dan sendi mungkin juga dialami.

Gejala-gejala leukemia kronik
Gejala-gejala leukemia kronik berkembang di dalam masa beberapa bulan atau beberapa tahun. Gejala-gejala ini sama seperti gejala-gejala leukemia akut tetapi termasuk pembesaran nodus limfa, limpa, dan hati. Anemia juga mungkin suatu gejala leukemia mieloid kronik.

Kebanyakan orang yang menghidapi leukemia mieloid kronik langsung tidak sedar yang mereka mendapat penyakit ini dan mungkin hanya didiagnosis semasa pemeriksaan bagi masalah perubatan yang lain.

Leukemia mieloid kronik selalunya berkembang dengan kadar yang perlahan pada mulanya tetapi mungkin berubah dengan kadar yang lebih aktif dan menjadi lebih seperti leukemia akut selepas beberapa tahun.

Doktor dan ahli-ahli profesional kesihatan yang manakah patut saya jumpa?

Doktor biasa anda akan merujuk anda untuk mendapatkan ujian-ujian awal untuk mengesahkan sama ada anda menghidapi kanser atau tidak. Jika suatu diagnosis kanser dibuat, dia mungkin kemudiannya akan merujuk anda kepada seorang pakar yang akan menasihati anda tentang opsyen-opsyen rawatan.
Pakar-pakar dan ahli-ahli profesional kesihatan yang menjaga orang yang menghidapi leukemia termasuk:

* pakar bedah: yang bertanggungjawab ke atas biopsi dan prosedur-prosedur pembedahan yang lain
* pakar hematologi: yang mendiagnosis dan merawat orang yang mengalami penyakit darah
* pakar onkologi perubatan: yang bertanggungjawab bagi kemoterapi
* pakar onkologi sinaran: yang bertanggungjawab bagi radioterapi
* pakar pemakanan: yang akan mencadangkan pemakanan yang paling baik untuk diikuti semasa anda di dalam rawatan dan pemulihan
* jururawat: yang membantu anda sepanjang semua peringkat kanser yang anda alami di hospital
* pegawai-pegawai kebajikan dan juru pulih pekerjaan: yang akan menasihati anda tentang perkhidmatan sokongan dan membantu anda kembali menjalankan aktiviti harian anda.

Bagaimana leukemia didiagnosis
Leukemia boleh didiagnosis dengan memeriksa sampel-sampel darah dan sum sum tulang anda di bawah mikroskop. Biopsi nodus limfa mungkin juga disyorkan. Ujian-ujian darah dan sum sum tulang juga merupakan cara-cara meneliti perkembangan, jadi ujian-ujian ini akan diteruskan semasa dan selepas rawatan.

Ujian darah
Leukemia adalah disyaki jika ujian darah menunjukkan sel-sel darah putih yang abnormal di dalam jumlah yang besar dan sel-sel darah merah, platelet dan sel-sel darah putih yang normal di dalam jumlah yang sedikit.

Biopsi sum sum tulang
Biopsi biasanya diperlukan untuk mendiagnosis jenis leukemia. Sedikit cecair diambil daripada sum sum tulang menggunakan siring dan secebis kecil teras sum sum tulang diambil keluar. Sampel-sampel ini kemudiannya diperiksa di bawah mikroskop. Menjalani biopsi sum sum tulang mungkin menyakitkan, oleh itu anestetik setempat selalunya diberikan. Anda juga mungkin diberikan sedatif untuk meningkatkan keselesaan semasa prosedur ini.

Biopsi nodus limfa
Jika anda mempunyai nodus limfa yang mengalami inflamasi, doktor anda mungkin akan mengesyorkan suatu biopsi untuk mengesan sama ada ini adalah berkaitan dengan leukemia. Tisu diambil keluar daripada nodus limfa yang terjejas bagi pemeriksaan di bawah mikroskop. Anda mungkin diberi anestetik setempat ataupun am, bergantung kepada kedudukan nodus yang terjejas itu. Prosedur ini boleh dilakukan sebagai pesakit luar atau semasa tinggal sebentar di hospital.

Punktur lumbar (‘spinal tap’)
Doktor anda mungkin mengesyorkan suatu punktur lumbar untuk mengesan sel-sel leukemia di dalam cecair yang mengelilingi otak dan saraf tunjang.

Di dalam punktur lumbar, suatu jarum yang halus dimasukkan melalui ruang di antara tulang-tulang di bahagian bawah pinggang dan sedikit cecair diambil daripada bahagian keliling tulang belakang anda. Cecair ini kemudiannya diperiksa di bawah mikroskop.

Suatu anestetik setempat diberikan untuk mengurangkan rasa sakit dan tidak selesa yang dialami semasa prosedur ini. Sesetengah orang berasa bimbang menjalani prosedur ini: anda mungkin memilih untuk menerima sedatif jika anda suka. Bincangkanlah perkara ini dengan doktor anda.

Rawatan
Di dalam tahun-tahun kebelakangan ini, banyak kemajuan telah dibuat di dalam rawatan leukemia akut, terutamanya leukemia limfoid akut. Rawatan utama yang digunakan ialah kemoterapi. Bagi sesetengah orang pula, transplan sel batang mungkin merupakan opsyen yang selanjutnya.

Orang yang diserang leukemia limfoid kronik mungkin tidak memerlukan rawatan buat beberapa tahun lamanya tetapi menjalani pemeriksaan dan ujian-ujian darah secara kerap untuk mengawasi penyakit ini. Orang yang diserang leukemia mieloid kronik, di peringkat-peringkat awal, selalunya diberi dos-dos kemoterapi yang sederhana atau suntikan interferon.

Kemoterapi
Kemoterapi ialah rawatan kanser menggunakan dadah anti kanser (sitotoksik) . Tujuannya ialah untuk membunuh sel-sel kanser sambil sebaik mungkin tidak memudaratkan sel-sel normal. Dadah ini bertindak dengan menghentikan sel-sel ini daripada membesar dan membiak.

Dadah-dadah kemoterapi biasanya diberikan secara intravena, iaitu, ia disuntik masuk ke dalam vena. Untuk mengelak daripada menerima suntikan yang berulang-ulang, suatu keteter intravena yang tahan lama selalunya digunakan. Dadah ini boleh dicampurkan kepada titisan cecair yang bersambung pada keteter itu.

Apabila dos-dos yang sederhana diperlukan, dadah kemoterapi mungkin diberikan di dalam bentuk tablet atau suntikan yang ringkas di bawah kulit. Leukemia limfoid kronik dan leukemia mieloid kronik biasanya dirawat begini. Jika leukemia mieloid kronik berubah menjadi fasa yang lebih aktif selepas beberapa tahun, kemoterapi yang lebih kuat mungkin diberikan.

Bagi sesetengah orang, kemoterapi bagi leukemia akut akan bermakna anda terpaksa berada di hospital selama beberapa minggu untuk menerima rawatan. Yang lainnya pula mungkin boleh tinggal di rumah tetapi perlu ke hospital dengan kerap untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan-rawatan lanjut.

Tiga fasa kemoterapi yang berbeza dijalankan untuk merawat leukemia akut - terapi induksi, terapai konsolidasi dan terapi sambungan.

Terapi induksi
Rawatan bermula dengan terapi induksi, yang biasanya berjalan selama empat hingga enam minggu. Fasa ini merupakan fasa rawatan yang bersungguh-sungguh dengan matlamat untuk membinasakan sebanyak mungkin sel-sel darah putih abnormal untuk mencapai suatu remisi.

Anda dikatakan berada di dalam remisi apabila darah dan sum sum tulang anda tidak lagi mempunyai tanda-tanda leukemia yang dapat dikesan.

Pesakit yang mempunyai leukemia limfoid akut akan menerima terapi yang lebih apabila remisi dicapai. Oleh kerana kumpulan-kumpulan mikroskopik sel-sel leukemia mungkin telah merebak ke cecair spina, dadah anti kanser disuntik secara terus ke dalam cecair di sekeliling tulang belakang anda. Radioterapi mungkin juga diberikan. Pada kanak-kanak, penggunaan radioterapi dielakkan jika boleh kerana kesan-kesan sampingannya yang mungkin menjejaskan tumbesaran dan perkembangan.

Terapi konsolidasi
Setelah remisi dicapai, terapi berterusan dijalankan untuk mencegah kembalinya leukemia (dipanggil berulang). Matlamat fasa kedua ini ialah membunuh sel-sel kanser yang tidak dapat dikesan yang mungkin telah selamat semasa rawatan pertama. Dadah anti kanser yang berlainan pula digunakan untuk mencuba mengatasi rintangan-rintangan yang mungkin ada pada sel-sel leukemia terhadap sesuatu dadah tertentu.

Terapi sambungan
Terapi sambungan ialah peringkat terakhir rawatan bagi leukemia limfoid akut kanak-kanak. Ianya diberi di dalam tempoh yang agak lama (dua hingga tiga tahun), tetapi matlamatnya adalah sama: untuk membinasakan sel-sel kanser yang masih tertinggal. Di dalam leukemia mieloid akut, walau bagaimanapun, peranan dan tempoh terapi sambungan masih di dalam kajian.

Secara am, fasa rawatan ini tidaklah seteruk dua fasa yang pertama itu. Ia mungkin kadang-kala diganti dengan transplan sel batang (sum sum tulang).

Kesan-kesan sampingan kemoterapi
Kesan kemoterapi yang paling penting ialah ia membunuh sel-sel leukemia. Tetapi ia juga mungkin menyebabkan kesan-kesan sampingan. Sel-sel yang normal dapat memperbaharui diri masing-masing dengan lebih baik selepas kemoterapi berbanding dengan sel-sel leukemia, tetapi sesetengah sel normal yang membahagi dengan pantas (seperti sel-sel rambut) mungkin terjejas oleh kemoterapi.

Tindak balas adalah berbeza-beza mengikut dadah yang berbeza, orang yang berbeza dan di antara suatu siri rawatan dengan yang lain. Dos-dos kemoterapi, yang sederhana seperti yang digunakan bagi rawatan leukemia kronik, selalunya menyebabkan sedikit sahaja kesan sampingan.

Kesan-kesan sampingan yang paling biasa ialah rasa loya dan muntah-muntah, kelihatan pucat dan letih, rambut gugur, cirit-birit, sembelit dan sakit mulut. Jika sel-sel darah normal terjejas, mungkin juga terdapat masalah jangkitan dan perdarahan.

Ingatlah bahawa langkah-langkah sentiasa diambil sama ada untuk mencegah atau mengawal sebarang tindak balas. Bertanyalah doktor atau jururawat anda untuk mendapatkan maklumat tentang rawatan kemoterapi yang anda jalani.

Mintalah nasihat tentang tindak balas-tindak balas yang mungkin anda alami dan cara-cara terbaik untuk mengatasi tindak balas tersebut.

Transplan sel batang (sum sum tulang)
Rawatan ini membolehkan anda menerima dos-dos kemoterapi yang lebih tinggi daripada biasa; ini mungkin meningkatkan peluang anda untuk sembuh. Bagi pesakit yang lebih muda yang menghidapi leukemia akut dan telah mencapai remisi, rawatan ini akan meningkatkan lagi peluang bagi remisi jangka panjang dan mungkin juga untuk sembuh.

Transplan sel batang jarang digunakan sebagai rawatan permulaan bagi kanak-kanak yang diserang leukemia limfoid akut kerana keputusan-keputusan yang cemerlang biasanya akan dapat dicapai melalui kemoterapi.

Sel-sel batang ialah sel-sel darah peringkat awal yang berkembang di dalam sum sum tulang (tisu lembut di dalam tulang). Dos-dos kemoterapi yang tinggi boleh merosakkan sel-sel batang. Sel-sel batang, yang diinfusikan ke dalam tubuh anda seperti pemindahan darah, boleh menyelamatkan sum sum tulang anda daripada kesan-kesan rawatan.

Terdapat dua sumber sel-sel batang: autologus, di mana anda bertindak sebagai penderma anda sendiri dan alogenis, di mana seseorang yang lain ( biasanya ahli keluarga, atau kadang-kala seorang yang lain yang tiada kaitan, yang mempunyai tisu yang sepadan) menderma. Jika anda menjadi penderma sendiri, sel-sel batang akan diambil sebelum anda menerima kemoterapi berdos tinggi. Ini mungkin dijalankan semasa anda sedang pulih daripada siri rawatan kemoterapi yang lain termasuk suntikan faktor pertumbuhan, atau selepas suntikan faktor pertumbuhan sahaja. Faktor pertumbuhan ini menggalakkan sum sum tulang untuk menghasilkan jumlah sel-sel batang yang banyak supaya dapat diambil.

Sel-sel batang autologus biasanya diambil daripada saluran darah di dalam suatu proses yang dipanggil aferesis. Darah diambil dengan siring daripada suatu vena (biasanya di lengan) atau daripada suatu tiub yang kecil yang masuk melalui suatu vena di leher atau dada. Darah kemudiannya dilalukan menerusi suatu mesin yang boleh mengasingkan sel-sel darah dengan memutarnya pada kelajuan yang sangat tinggi. Suatu komputer digunakan untuk mengasingkan sel-sel batang yang diisikan ke dalam beg pengumpul, dan sel-sel darah yang tertinggal akan dikembalikan ke tubuh anda semula. Suatu antikogulan digunakan di dalam proses ini dan ini mungkin menyebabkan rasa berdenyut di dalam jari atau bibir anda. Maklumkan kepada jururawat jika ini berlaku dan ubahsuaian boleh dibuat.

Kadang-kala, sel-sel batang diambil terus daripada sum sum tulang di dalam suatu prosedur yang dijalankan di dalam bilik bedah semasa anda menerima anestetik am.

Transplan sel-sel batang dijalankan selepas tamatnya kemoterapi berdos tinggi. Sel-sel ini akan bergerak sendiri memasuki ruang-ruang sum sum tulang dan cantuman berlaku, yang kemudiannya memulihkan dan menghasilkan semula kiraan sel-sel darah normal. Lamanya masa yang diambil akan menentukan tempoh anda berada di hospital. Maklumat tertentu tentang jenis transplan yang anda akan terima dapat diperoleh daripada doktor atau jururawat anda.

Kesan-kesan sampingan transplan sel-sel batang
Semasa anda menjalani rawatan, anda akan cenderung terhadap jangkitan, boleh lebam dan berdarah dengan mudah, dan mungkin menjadi lemah, tidak begitu bertenaga. Kesan-kesan sampingan yang lain mungkin termasuk jangkitan mulut dan ulser, rasa loya, muntah-muntah, cirit-birit atau perdarahan daripada pundi kencing. Beritahulah doktor atau jururawat anda jika anda mengalami mana-mana gejala tersebut supaya ianya boleh dirawat.

Imunoterapi dengan interferon
Interferon ialah suatu protein yang lazimnya dihasilkan oleh tubuh dan mempunyai kesan-kesan anti-kanser. Ia selalunya digunakan di dalam rawatan leukemia mieloid kronik. Interferon diberikan setiap hari melalui suntikan di bawah kulit.

Kesan-kesan sampingan rawatan interferon
Interferon boleh menyebabkan gejala-gejala seperti selesema (demam, sejuk-sejuk dan berpeluh-peluh) satu atau dua jam selepas suntikan. Sesetengah orang mengambil suntikan ini sebelum mereka masuk tidur supaya gejala-gejala ini tidak terlalu mengganggu kehidupan seharian. Kesan-kesan sampingan yang lain termasuk keletihan, hilang selera dan sakit otot.

Asid All-trans-retinoik
Jenis vitamin A ini digunakan untuk merawat suatu jenis leukemia mieloid akut yang dipanggil leukemia promielositik. Ia biasanya digunakan dengan kemoterapi dan telah menunjukkan keputusan yang sangat menggalakkan pada pesakit-pesakit tersebut.

Sesetengah orang mengalami pening kepala, kulit kering, mulut kering dan sakit tulang semasa menjalani rawatan ini.

Rawatan paliatif
Rawatan paliatif ialah rawatan yang melegakan atau mengurangkan kesakitan dan gejala-gejala lain penyakit ini yang mencemaskan. Penjagaan paliatif disediakan bagi orang-orang yang mengalami kesakitan dan rasa cemas yang berkaitan dengan kanser tidak kira peringkat rawatan kanser. Ini merupakan jenis rawatan yang mustahak bagi orang yang mengalami kanser yang telah lanjut, yang tidak mampu disembuhkan tetapi boleh berharap untuk menjalani hidup tanpa rasa sakit atau cemas jika ianya boleh dielakkan.

Penjagaan paliatif termasuk kelegaan kesakitan menggunakan dadah tahan sakit dan langkah -langkah lain. Kesakitan selalunya boleh dikawal dengan baik dengan ubatan secara oral.

Doktor biasa, pakar-pakar kanser dan pasukan-pasukan pakar penjagaan paliatif di hospital semuanya memainkan peranan penting dalam rawatan paliatif bagi orang yang menghidapi kanser peringkat awal atau yang telah lanjut.

Prognosis/Harapan
Bagi kebanyakan orang, remisi mungkin berlanjutan selama beberapa tahun sebelum masalah baru timbul. Semasa remisi, mereka berupaya menjalani kehidupan normal. Orang dewasa yang lebih muda yang mencapai remisi mempunyai peluang yang cerah untuk sembuh dengan kemoterapi berdos tinggi dan transplan sel batang.

Kebanyakan kanak-kanak yang menghidapi leukemia limfoid akut boleh berharap untuk sembuh sepenuhnya dan ramai bekas-bekas pesakit kini telah dewasa dan mempunyai anak-anak sendiri. Harapan juga amat cerah bagi kanak-kanak yang menghidapi leukemia mieloid akut. Bagi kebanyakan orang, leukemia kronik boleh dikawal dan mereka menikmati kehidupan normal selama tempoh-tempoh yang panjang. Ramai orang mahu tahu tentang peluang leukemia mereka kembali semula atau berulang. Oleh kerana setiap orang berbeza, suatu jawapan yang pasti tidak mungkin dapat diberikan. Faktor-faktor seperti jenis leukemia tertentu yang dihidapi, gejala-gejala dan usia kesemuanya memberi kesan terhadap prognosis anda, oleh itu adalah lebih baik membincangkan keadaan anda dengan doktor anda.

Membuat keputusan tentang rawatan
Kadang-kala membuat keputusan tentang rawatan yang betul bagi anda adalah sangat rumit. Anda mungkin merasakan segala-galanya berlaku terlalu cepat sehinggakan anda tiada masa untuk berfikir semasak-masaknya. Orang lain pula akan mendapati bahawa penantian bagi keputusan ujian-ujian dan bagi rawatan amat merunsingkan.

Walaupun ada sesetengah orang merasakan yang maklumat yang diperoleh terlalu banyak, ada juga yang merasakan yang ianya tidak mencukupi. Anda harus memastikan yang anda faham sepenuhnya penyakit anda, rawatan-rawatan dan kesan-kesan sampingan yang mungkin supaya anda dapat membuat keputusan sendiri.

Jika anda diberi pilihan rawatan-rawatan, anda perlu menimbangkan kebaikan dan keburukan setiap rawatan. Jika hanya satu rawatan sahaja dicadangkan, minta doktor anda menjelaskan mengapa rawatan-rawatan lain tidak dicadangkan.

Sesetengah orang yang diserang kanser yang telah lanjut akan selalunya memilih rawatan walaupun peluang untuk sembuh amat tipis. Yang lain pula mahukan kepastian bahawa faedah rawatan adalah setimpal dengan sebarang kesan sampingan. Ada juga yang memilih rawatan yang pada pendapat mereka memberikan kualiti hidup yang terbaik. Ada juga sesetengah yang lain memilih tidak mahu menjalani rawatan tetapi hanya mahukan gejala-gejala diatasi apabila ianya timbul untuk mengekalkan kualiti hidup yang sebaik mungkin.

Berbincang dengan doktor anda
Anda mungkin mahu bertemu dengan doktor anda beberapa kali sebelum membuat keputusan muktamad tentang rawatan anda. Perundingan pertama apabila anda dimaklumkan yang anda menghidapi kanser lazimnya menekan perasaan dan anda mungkin anda tidak ingat banyak perkara. Biasanya adalah sukar untuk menerima semua kenyataan dan anda mungkin perlu bertanya soalan yang sama berulang kali. Anda memang berhak untuk mengetahui sama ada sesuatu rawatan itu mustahak buat anda dan anda berhak menerima atau menolaknya.

Sebelum anda berjumpa dengan doktor, adalah berguna untuk mencatat soalan-soalan anda. Terdapat suatu senarai soalan yang anda boleh tanyakan kepada doktor pada bahagian akhir ruangan ini yang mungkin dapat membantu anda. Mengambil nota juga adalah berguna. Ramai orang lebih suka ditemani seorang ahli keluarga atau kawan, untuk mengambil bahagian di dalam perbincangan, mengambil nota atau hanya untuk mendengar. Sesetengah orang mendapati bahawa membuat rakaman perbincangan ini juga berfaedah.

Berbincang dengan orang lain
Sebaik sahaja anda telah berbincang pilihan-pilihan rawatan dengan doktor anda, anda mungkin mahu berbincang dengan lebih lanjut perkara ini dengan keluarga atau kawan-kawan, dengan para jururawat , pegawai kebajikan hospital atau guru agama atau penasihat anda. Berbincang tentang perkara ini akan membuka jalan bagi anda menentukan tindakan yang paling sesuai bagi anda.

Pendapat lain
Anda mungkin mahu mendapatkan pandangan seorang pakar yang lain. Ini boleh difahami dan boleh menjadi sesuatu yang sangat berguna di dalam proses anda membuat keputusan. Pakar atau doktor anda dapat merujuk anda kepada seorang pakar yang lain dan anda boleh meminta semua rekod anda dihantar kepadanya bagi mendapatkan pendapat lain. Anda masih boleh mendapat pendapat lain jika anda telah memulakan rawatan atau masih mahu dirawat oleh doktor pertama anda.

Mengambil bahagian di dalam percubaan klinikal
Doktor anda mungkin akan mengesyorkan anda supaya menimbang untuk mengambil bahagian di dalam percubaan klinikal.

Percubaan klinikal merupakan suatu bahagian yang penting di dalam kajian untuk mencari rawatan kanser yang lebih baik. Doktor-doktor menjalankan percubaan-percubaan klinikal untuk menguji rawatan yang baru atau yang diubahsuai dan melihat sama ada rawatan itu sebaik atau lebih baik daripada rawatan standard yang sedia ada. Ramai orang di seluruh dunia telah mengambil bahagian di dalam percubaan-percubaan klinikal yang telah menghasilkan peningkatan di dalam rawatan kanser. Walau bagaimanapun, keputusan untuk mengambil bahagian di dalam percubaan-percubaan klinikal terletak di tangan anda.

Jika doktor anda mengesyorkan anda mengambil bahagian di dalam percubaan klinikal, pastikan yang anda benar-benar faham tentang tujuan-tujuan percubaan itu dan faedahnya kepada anda. Sebelum membuat keputusan untuk mengambil bahagian atau tidak, anda mungkin ingin bertanya kepada doktor:

* Rawatan apakah yang diuji dan mengapa?

* Ujian-ujian apakah yang terlibat?

* Apakah risiko-risiko atau kesan-kesan sampingan yang mungkin ada?

* Berapa lama percubaan itu?

* Perlu saya pergi ke hospital untuk menjalani rawatan?

* Apakah yang akan saya lakukan jika sebarang masalah timbul semasa saya didalam percubaan itu?

Jika anda mengambil keputusan untuk menyertai percubaan klinikal rawak, anda akan diberi rawatan terbaik yang sedia ada atau rawatan baru yang mempunyai harapan cerah. Anda akan dipilih secara rawak untuk menerima salah satu rawatan tersebut, tetapi sekurang-kurangnya rawatan itu merupakan rawatan yang terbaik yang sedia ada.

Jika anda menyertai percubaan klinikal, anda berhak menarik diri pada bila-bila masa. Berbuat demikian tidak akan menjejaskan rawatan kanser anda.

Keputusan untuk menyertai percubaan klinikal terletak di tangan anda. Jika anda tidak mahu mengambil bahagian, doktor anda akan membincangkan tentang pilihan-pilihan rawatan terkini yang terbaik dengan anda.

Penjagaan pemulihan dan susulan
Selepas rawatan anda disempurnakan, anda perlu menjalani pemeriksaan secara kerap. Doktor anda akan menentukan berapa kerapnya pemeriksaan anda kerana setiap orang adalah berbeza. Pemeriksaan ini lama-kelamaan akan berkurangan jika anda tidak lagi mempunyai masalah lanjut.

Jika ada penyakit yang timbul atau berulang, ia selalunya dapat dirawat dengan jayanya. Rawatan yang digunakan bagi penyakit yang berulang selalunya berlainan daripada rawatan yang pertama.

Mendapatkan Sokongan
Apabila anda pertama kali didiagnosis dengan kanser, anda mungkin dilanda pelbagai perasaan seperti takut, sedih, murung, marah atau kecewa. Meluahkan perasaan anda kepada pasangan anda, ahli-ahli keluarga atau kawan-kawan, atau dengan kaunselor hospital, pegawai kebajikan, pakar psikologi atau penasihat agama anda mungkin dapat menenangkan diri anda.

Kadang-kala anda akan dapati yang kawan-kawan dan keluarga anda tidak tahu apa yang harus diperkatakan kepada anda; mereka mungkin menghadapi kesukaran menyatakan perasaan mereka juga. Sesetengah orang akan merasa serba salah sehinggakan mereka mengelak bersua dengan anda. Mereka mungkin mahukan anda 'membuka jalan' dengan memberitahu mereka apa yang anda perlukan. Perkara ini boleh menjadi sangat sukar untuk ditanggung dan boleh membuat anda berasa kesunyian. Anda mungkin berupaya mendekati kawan-kawan anda secara langsung dan memberitahu mereka apa yang diperlukan. Anda juga boleh memilih untuk meminta ahli keluarga atau kawan yang rapat untuk berbicara dengan orang lain bagi pihak anda.

Diet
Diet yang seimbang dan berkhasiat akan membantu anda merasa sesihat yang mungkin dan berdepan dengan kanser dan kesan-kesan sampingan rawatan. Bergantung kepada jenis rawatan yang anda telah jalani, anda mungkin mempunyai keperluan diet yang khas. Seorang pakar pemakanan boleh membantu merancang makanan terbaik bagi keadaan tertentu anda - makanan yang menyelerakan, mudah dimakan dan berkhasiat.

Pusat Sumber dan Kesejahteraan mempunyai seorang pakar pemakanan tetap. Untuk mendapatkan temu janji sila hubungi 03 2698 7300 atau e-mel contact@cancer.org.my

Teknik-teknik bersantai
Sesetengah orang mendapati bahawa bersantai atau tafakur membantu mereka rasa lebih sihat. Pusat Sumber dan Kesejahteraan menawarkan kelas-kelas Bersantai dan Tafakur. Bagi mendapatkan maklumat lanjut, hubungi Pusat Sumber dan Kesejahteraan (Resource and Wellness Centre) di talian 03 2698 7300 atau e-mel contact@cancer.org.my

Keseksualan dan kanser
Kita semua adalah makhluk yang mempunyai keinginan seks dan hubungan yang intim membuatkan hidup kita lebih bermakna. Rawatan-rawatan kanser dan kesan-kesan psikologi kanser mungkin menjejaskan diri anda dan pasangan anda di dalam cara-cara yang berbeza.

Sesetengah orang akan menyisihkan diri kerana kekecewaan akibat tidak dapat mengatasi kesan-kesan kemoterapi dan radioterapi ke atas diri dan pasangan mereka. Orang yang lain pula mungkin memerlukan hubungan seksual dan perasaan intim untuk memberi mereka keyakinan.

Komunikasi adalah penting di dalam menangani keraguan dan masalah yang mungkin timbul. Berbicaralah tentang perasaan ini dengan pasangan anda. Cubalah kedudukan dan amalan-amalan berbeza untuk mengetahui apa yang dirasakan baik dan memuaskan diri anda berdua. Jika anda berasa sukar untuk meneruskan aktiviti-aktiviti seks anda seperti biasa, berbincanglah dengan doktor atau kaunselor yang terlatih supaya anda dapat memperoleh nasihat yang terbaik.

Kumpulan-kumpulan sokongan kanser

Kumpulan-kumpulan sokongan kanser saling memberikan sokongan dan maklumat kepada orang-orang yang menghidap kanser dan juga, selalunya, kepada keluarga-keluarga mereka. Berbicara dengan orang lain yang telah melalui pengalaman yang sama boleh membantu. Kumpulan-kumpulan sokongan juga boleh menawarkan syor-syor yang bernas dan juga cara-cara mengatasi.. Untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut tentang kumpulan-kumpulan sokongan, sila hubungi Pusat Sumber dan Kesejahteraan di talian 03 2698 7300 atau e-mel contact@cancer.org.my .

Menjaga seseorang yang diserang kanser
Menjaga seseorang yang diserang kanser boleh menimbulkan ketegangan, terutamanya jika orang itu sangat anda sayangi. Jaga diri anda semasa waktu ini. Berilah peluang kepada diri anda untuk berehat dan berkongsilah kebimbangan dan keraguan anda dengan seseorang yang lain.

Anda mungkin terpaksa membuat banyak keputusan. Anda juga mungkin terpaksa memenuhi banyak temu janji dengan doktor, perkhidmatan sokongan dan hospital-hospital. Ramai orang mendapati bahawa membawa bersama seorang ahli keluarga yang lain atau kawan yang rapat amat melegakan. Adalah juga membantu apabila anda menulis semua soalan terlebih dahulu dan mengambil nota semasa temu janji.

Keahlian kumpulan sokongan kanser biasanya terbuka kepada para pesakit dan penjaga mereka. Kumpulan sokongan boleh menawarkan peluang berkongsi pengalaman dan cara-cara mengatasi.

Maklumat bagi Kanser dan Perkhidmatan Sokongan

Pusat Sumber dan Kesejahteraan (The Resource and Wellness Centre) ialah suatu perkhidmatan di bawah Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia. Ia memberikan khidmat maklumat melalui telefon dan perkhidmatan sokongan bagi orang-orang yang berkait dengan kanser. Perkhidmatan ini dianggap sulit di mana anda boleh membincangkan kebimbangan dan keperluan anda dengan kakitangan yang dilatih khas. Kakitangan pusat ini akan menghantar kepada anda maklumat bertulis dan boleh menghubungkan anda dengan perkhidmatan-perkhidmatan yang sesuai di tempat tinggal anda. Sila hubungi 03 26987300 atau e-mel: contact@cancer.org.my.
Senarai semak Maklumat

Anda mungkin akan mendapati yang senarai semak yang berikut berguna apabila memikirkan tentang soalan-soalan yang anda mungkin ingin tanyakan kepada doktor anda tentang penyakit dan rawatan anda.

1. Kanser jenis apakah yang saya hidapi?

2. Berapa teruk kanser saya?

3. Apakah rawatan yang doktor nasihati bagi kanser saya dan mengapa?

4. Adakah terdapat pilihan-pilihan rawatan bagi saya? Jika tidak, mengapa?

5. Adakah terdapat percubaan-percubaan klinikal rawatan-rawatan baru yang patut saya ketahui?

6. Apakah risiko-risiko dan kesan-kesan sampingan yang mungkin setiap rawatan tersebut?

7. Adakah saya terpaksa tinggal di hospital, atau adakah saya akan dirawat sebagai pesakit luar?

8. Berapa lama masa yang diambil bagi rawatan? Berapa banyak kesannya ke atas apa yang saya boleh lakukan? Berapa tinggi kosnya?

9. Adakah saya akan menanggung kesakitan akibat rawatan? Apakah yang akan dilakukan untuk mengatasinya?

10. Jika saya perlukan rawatan lanjut, bagaimanakah rawatan itu dan bilakah ianya akan bermula?

11. Adakah rawatan itu akan menjejaskan hubungan seksual saya?

12. Berapa kerap pemeriksaan yang harus diadakan dan apakah yang terlibat?

13. Adakah terdapat sebarang masalah yang harus saya berwaspada akannya?

14. Saya inginkan pendapat yang lain. Bolehkah anda merujuk saya kepada doktor lain?

15. Adakah kanser saya penyakit keturunan? (Penyakit yang diwarisi di dalam keluarga?)

Jika terdapat sebarang jawapan yang anda tidak fahami, janganlah ragu-ragu untuk mengatakan, "Bolehkan anda jelaskan perkara tadi sekali lagi?" atau, "Saya tidak faham apa yang anda maksudkan dengan ..."

Glosari

Kebanyakan perkataan-perkataan yang tersenarai di bawah ini telah digunakan di dalam ruangan ini; yang lain-lainnya pula adalah perkataan yang anda mungkin akan terdengar dan digunakan oleh doktor-doktor dan para profesional kesihatan yang terlibat di dalam perawatan anda.

Akut
Berlaku secara tiba-tiba atau di dalam tempoh yang pendek

Alogeneik
Tisu daripada seorang penderma.

Anemia
Pengurangan jumlah bahan (hemoglobin) yang membawa oksigen di dalam darah. Anemia mungkin menyebabkan keletihan dan kelesuan, sesak nafas dan pucat.

Anestetik
Sejenis dadah yang diberikan untuk menghentikan rasa sakit seseorang. Anestetik 'setempat' memberi rasa kebas pada sesuatu bahagian tubuh; anestetik 'am' menyebabkan diri tidak sedar buat sementara.

Antibodi
Suatu protein yang dihasilkan di dalam tisu limfa untuk membinasakan jangkitan dan lain-lain 'penyerang' yang mungkin berbahaya di dalam tubuh.

Antikogulan
Suatu bahan yang menghalang pembekuan darah.

Aferesis
Proses di mana darah diambil keluar daripada tubuh buat sementara, satu atau lebih bahagian darah ini diasingkan, dan darah dipindahkan semula ke dalam tubuh.

Autologous
Tisu daripada diri sendiri.

Benigna
Tidak berkanser.

Biopsi Pengeluaran suatu sampel tisu daripada badan untuk diperiksa di bawah mikroskop supaya dapat membantu mendiagnosis sesuatu penyakit.

Blas
Sel-sel belum matang.

Sum sum tulang
Tisu yang lembut seperti span di tengah-tengah tulang anda yang besar yang menghasilkan sel-sel darah putih, sel-sel darah merah dan platelet.

Keteter
Tiub yang fleksibel yang dimasukkan melalui bukaan yang sempit supaya cecair dapat masuk ke dalam tubuh atau dikeluarkan.

Sel-sel
"Blok binaan" tubuh badan. Seorang manusia terdiri daripada berjuta-juta sel, yang disuaikan bagi fungsi-fungsi yang berlainan. Sel berupaya membahagi dan membiak, kecuali jika ianya abnormal atau rosak, seperti mana sel kanser.

Kemoterapi
Rawatan kanser menggunakan dadah-dadah yang menghalang atau melambatkan tumbesaran sel-sel kanser.

Kronik
Berlarutan di dalam tempoh yang panjang.

Sistem peredaran
Salur-salur dan organ-organ yang membolehkan darah mengalir ke seluruh tubuh.

Kongenital
Penyakit atau kecacatan, yang ada sejak lahir atau yang timbul tidak lama selepas kelahiran yang diturunkan daripada ibu bapa.

Engraf/cantuman
Apabila ditransplankan, sum sum tulang mulai menghasilkan sel-sel darah merah, sel-sel darah putih dan platelet-platelet.

Eritrosit
Sel darah merah. Eritrosit mempunyai warna merah disebabkan hemoglobin, bahan yang membawa oksigen dari paru-paru ke sel-sel tubuh.

Granulosit
Sejenis sel darah putih yang mempunyai butir-butir di dalam sitoplasma sel-selnya. Granulosit terbentuk di dalam sum sum tulang (tisu mieloid). Mereka membantu tubuh melawan jangkitan.

Faktor pertumbuhan
Suatu bahan yang menggalakkan sel-sel untuk membiak dan membahagi dengan pantas.

Imunoterapi
Pencegahan atau rawatan penyakit menggunakan bahan-bahan yang mengubahsuai tindak balas sistem daya tahan badan.

Intravena
Disuntik ke dalam vena. Titisan intravena memasukkan dadah terus ke dalam vena.

Leukosit
Sel darah putih

Blas leukemia
Suatu sel darah putih abnormal yang terbentuk di dalam sum sum tulang

Nodus limfa
Juga dipanggil kelenjar limfa. Struktur yang kecil berbentuk kacang yang membentuk sebahagian sistem limfa. Limfa ialah cecair yang mengalir melalui sistem ini dan membawa bersama sel-sel yang membantu melawan penyakit dan jangkitan. Nodus limfa menapis limfa untuk mengeluarkan bakteria dan agen-agen lain yang memudaratkan seperti sel-sel kanser.

Limfosit
Sejenis sel darah putih yang dibentuk di dalam nodus limfa. Ia merupakan sebahagian daripada sistem daya tahan badan yang membantu melawan jangkitan.

Plasma
Bahagian cecair darah yang di dalamnya sel-sel darah dan platelet terapung-apung.

Platelet
Sebahagian daripada darah. Platelet penting bagi pembekuan darah.

Prognosis
Suatu penilaian siri rawatan dan kemungkinan yang akan berlaku ke atas penyakit seseorang.

Berulang:
Penyakit yang kembali selepas suatu tempoh pemulihan atau remisi.

Remisi
Pengurangan atau hilangnya gejala-gejala suatu penyakit. Seseorang itu dikatakan berada di dalam remisi yang sempurna apabila tiada kesan penyakit yang aktif.

Sel batang
Suatu sel batang, yang tumbuh di dalam sum sum tulang, merupakan sel 'induk' yang daripadanya sel-sel darah berkembang.

Tisu
Merujuk kepada suatu kumpulan sel-sel yang dikhaskan bagi menjalankan fungsi tubuh yang tertentu. Jadi, bahagian-bahagian sistem limfa - nodus dan salur limfa - adalah terdiri daripada tisu limfa.

Tumour
Secara literal bermaksud gumpalan tetapi ia biasanya digunakan untuk menerangkan tentang suatu kanser yang membesar sebagai suatu gumpalan. Tumor boleh jadi benigna atau malignan.

Sel darah putih
Juga dikenali sebagai leukosit. Salah satu jenis sel yang utama yang hadir di dalam darah. Memainkan peranan penting di dalam melawan jangkitan.

PEMBUNUH SEL KANSER

Durian Belanda Pembunuh Semulajadi Kanser.

Durian Belanda atau Soursop, buah dari pohon Graviola adalah pembunuh semulajadi sel kanser yang ajaib dengan 10 ribu kali lebih kuat dari pada terapi kemo. Tapi kenapa kita tidak tahu?

Kerana salah satu perusahaan dunia telah menutup rahsia penemuan penyelidikan tentang khasiat buah ini sebaik mungkin, mereka ingin agar dana penyelidikan yang dikeluarkan sangat besar, selama bertahun-tahun, ditambah pula keuntungan yang melimpah dengan cara menjadikan pohon Graviola Sintetis sebagai bahan utama ubat rawatan kanser.

Pohonnya rendah, di Brazil dinamai 'Graviola', di Sepanyol 'Guanabana' bahasa Inggeris dipanggil 'Soursop'. Di Indonesia, dikenali sebagai buah Sirsak manakala di Malaysia dipanggil sebagai Durian Belanda. Buahnya agak besar, kulitnya berduri lembut, isi buah berwarna putih, rasanya masam-masam manis, dimakan dengan cara membuka kulitnya atau dibuat jus.

Khasiat dari buah durian belanda ini memberikan kesan anti tumor / kanser yang sangat kuat, dan terbukti secara perubatan menyembuhkan segala jenis kanser. Selain menyembuhkan kanser, buah ini juga berfungsi sebagai anti bakteria, anti fungus , berkesan melawan berbagai jenis parasit dan cacing, menurunkan tekanan darah tinggi, kemurungan, stress, dan menormalkan kembali sistem saraf yang kurang baik.

Salah satu contoh betapa pentingnya kewujudan Institut Sains Kesihatan bagi orang-orang Amerika adalah kerana institut ini telah membuka tabir rahsia buah ajaib ini. Fakta yang membingungkankan adalah: Jauh dipedalaman hutan Amazon, tumbuh 'pohon ajaib', yang akan merubah cara berfikir anda, doktor anda, dan dunia mengenai proses penyembuhan kanser dan harapan untuk bertahan hidup.

Hasil penyelidikan membuktikan “pohon ajaib” dan buahnya ini :

i) Menyerang sel kanser secara efektif dan semulajadi, TANPA rasa mual, berat badan turun, rambut gugur, seperti yang terjadi pada terapi kemo.

ii) Melindungi sistem kekebalan tubuh dan mencegah dari jangkitan yang mematikan.

iii) Pesakit merasakan lebih kuat, lebih sihat selama proses perawatan / penyembuhan.

iv) Menambah tenaga dan penampilan fizikal semakin bertambah baik.

Sumber berita sangat mengejutkan ini berasal dari salah satu pengeluar farmasi terbesar di Amerika. Buah Graviola telah diuji lebih dari 20 makmal, sejak tahun 1970-an hingga beberapa tahun berikutnya. Hasil ujikaji dari ekstrak (sari) buah ini adalah :

1. Secara berkesan memilih sasaran dan membunuh sel jahat dari 12 jenis kanser yang berbeza, diantaranya kanser : Usus Besar, Payu Dara, Prostat, Paru-Paru dan Pankreas.

2. Daya kerjanya 10,000 kali lebih kuat dalam memperlambatkan pertumbuhan sel kanser dibandingkan dengan Adriamycin dan Terapi Kemo yang biasa digunakan!

3. Tidak seperti terapi kemo, ekstrak buah ini secara selektif hanya memburu dan membunuh sel-sel jahat dan TIDAK membahayakan atau membunuh sel-sel yang sihat.

Penyelidikan telah dilakukan secara ekstensif pada pohon “ajaib” ini,selama bertahun-tahun tapi kenapa kita tidak tahu langsung mengenai hal ini ? Jawabnya adalah : Begitu mudah kesihatan kita, kehidupan kita, dikendalikan oleh yang memiliki wang dan kekuasaan!

Salah satu perusahaan ubat terbesar di Amerika dengan aset jutaan dollar melakukan penyelidikan luar biasa pada pohon Graviola yang tumbuh dihutan Amazon ini. Ternyata beberapa bahagian dari pohon ini : kulit kayu, akar, daun, isi buah dan bijinya, selama berabad-abad lamanya telah menjadi penawar bagi suku Indian di Amerika Selatan untuk menyembuhkan : sakit jantung, asma, masalah berkaitan hati dan rematik.

Dengan bukti-bukti ilmiah yang minimum, perusahaan yang mengumpulkan dana dan sumber usaha manusia yang sangat besar bagi tujuan melakukan penyelidikan dan berbagai ujian. Hasilnya sangat menakjubkan. Graviola secara ilmiah telah terbukti sebagai agen pembunuh sel kanser yang berkesan !

Tapi… kisah Graviola hampir berakhir disini. Kenapa?

Dibawah undang-undang persekutuan, sumber bahan semulajadi untuk ubat adalah DILARANG dipatentkan.

Perusahaan menghadapi masalah besar dan mereka berusaha sedaya upaya dengan pembiayaan sangat besar untuk membuat klon tiruan dari Graviola ini agar ianya dapat dipatentkan sehingga dana yang dikeluarkan untuk penyelidikan dan ujian dapat dituntut dan bahkan mengaup keuntungan besar. Tapi usaha ini tidak berhasil kerana Graviola tidak berjaya diklon. Perusahaan gigit jari setelah mengeluarkan dana jutaan dolar untuk usaha penyelidikan mereka.

Ketika mimpi untuk mendapatkan keuntungan besar beransur-ansur pudar, kegiatan penyelidikan juga turut berhenti. Lebih parah lagi, perusahaan menutup projek ini dan memutuskan untuk TIDAK menerbitkan hasil penyelidikan ini.

Beruntunglah, ada salah seorang ilmuwan dari kumpulan penyelidik tidak sanggup melihat kekejaman ini terjadi. Dengan mengorbankan kerjayanya, dia menghubungi sebuah perusahaan yang biasa mengumpulkan bahan-bahan bersumberkan semulajadi dari hutan Amazon untuk penghasilan penawar.

Ketika para pakar penyelidik dari Institut Sains Kesihatan mendengar berita keajaiban Graviola, mereka mulai lakukan usaha penyelidikan. Hasilnya sangat mengejutkan. Graviola terbukti sebagai pohon pembunuh sel kanser yang berkesan.

The National Cancer Institute mulakan penyelidikan ilmiah yang pertama pada tahun 1976. Hasilnya membuktikan bahawa daun dan batang kayu Graviola mampu menyerang dan menghancurkan sel-sel jahat kanser. Sayangnya hasil ini hanya untuk keperluan dalaman dan tidak dihebahkan.

Sejak 1976, Graviola telah terbukti sebagai pembunuh sel kanser yang luar biasa pada ujikaji yang dilakukan oleh 20 makmal bebas yang berbeza.

Satu kajian yang dihasilkan oleh the Journal of Natural Products menyatakan bahawa kajian yang dilakukan oleh Catholic University di Korea Selatan, mendakwa bahawa salah satu unsur kimia yang terkandung di dalam Graviola, mampu memilih, membezakan dan membunuh sel kanser usus besar dengan 10,000 kali lebih kuat berbanding dengan Adriamycin dan terapi kemo!

Sebuah kajian di Purdue University pula membuktikan bahwa daun Graviola mampu membunuh sel kanser secara berkesan, terutama sel kanser: Prostat, Pankreas, dan Paru-paru.

Setelah hampir 7 tahun tidak ada berita mengenai Graviola, akhirnya berita keajaiban ini pecah juga, melalui informasi dari Lembaga-lembaga seperti disebutkan terdahulu. Kisah lengkap tentang Graviola, dimana memperolehnya, dan bagaimana cara memanfaatkannya, dapat dijumpai dalam Beyond Chemotherapy: New Cancer Killers, Safe as Mother’s milk, sebagai bonus istimewa percuma terbitan Health Sciences Institute.

Sekarang anda tahu manfaat durian belanda yang luar biasa ini. Rasanya manis-manis masam begitu menyegarkan. Buah yang 100% semulajadi tanpa sebarang kesan sampingan. Sebarkan maklumat berharga ini kepada keluarga, saudara, sahabat dan teman yang anda kasihi.

"Harap dapat kirimlanjutkan (Forward) artikel diatas kepada teman-teman dan insan tersayang yang anda kasihi sebagai satu amalan kebajikan dan sumbangan ikhlas dari anda untuk mereka semua".