Tuesday, November 23, 2010

Tips Nak Kuruskan Badan

Saya nak kurus,tapi bagaimana ya?Rasanya ramai dikalangan anda yang sememangnya kerap mempunyai  impian hendak kurus bukan?Tapi seberapa kerap anda lihat yang melakukan apa yang diperkatakan? Jom bersama saya untuk memberikan sedikit info tentang kesihatan terutama bagi mereka yang inginkan bentuk badan yang kacak dan solid.

Hari ini saya mahu berkongsi beberapa petua yang agak berkesan bagi mereka yang comel. Bagi yang dah mempunyai badan cantik, sila jangan baca. 

Tips pertama untuk kuruskan badan adalah anda perlu tahu cara untuk mengurangkan kalori yang mengemukkan badan anda. ahaha.
1. Sediakan senarai makanan anda setiap hari dengan jumlah kalori sekali.
2. Sebelum makan, haruslah minum terlebih dahulu supaya anda tak makan dengan banyaknya. ahaha.
3. Lebihkan sup daripada nasi kerana kalori dalam sup lebih rendah.
4. Kurangkan atau elakkan terus minuman berkalori seperti soda atau teh manis
5. Banyakkan makan sayur-sayuran semasa makan tengahari.
Tips kedua kuruskan badan; Sediakan jampi aka motovasi supaya anda setia dengan apa yang anda sedang lakukan.
”Saya tahu saya sangat cantik apabila saya kurus”. heh! Tak salah bagi anda untuk memuji diri sendiri dan bagi saya, pujian merupakan pembakar semangat untuk berusaha lebih keras.
Tips ketiga kuruskan badan; Exercise bersama Orang Tersayang
Nampak agak pelik bukan tetapi pernah tak anda ternampak apabila berjogging petang pastinya ada sepasang suami isteri yang berlari bersama – sama?Sebenarnya berjogging berdua lebih cepat membakar lemak kerana ”apabila bersama insan tersayang, kadang-kadang masa yang berlalu terasa baru sekejap”. Lelaki terutamanya apabila melakukan sesuatu perlu ada penggerak utama baru kerja akan berjalan dengan cepat.

Sementara itu, saya kongsikan beberapa jumlah kalori pemakanan untuk anda semua.Diharapkan dapat membantu anda mendapatkan makanan yang lebih baik untuk kesihatan yang anda inginkan.
Cadangan pengambilan kalori setiap hari


Dewasa Umur (Tahun) Tenaga (Kalori
Lelaki
Aktif
Sederhana
Berat Badan
55 kg
20 - 39
40 - 49
50 - 60
> 60
2,530
2,400
2,280
2,020
Perempuan
Aktif
Sederhana
Berat Badan
50 kg
0 - 39
40 - 49
50 - 60
> 60
2,000
1,900
1,800
1,600
Kategori: Makanan Rutin
1. Nasi putih (satu setengah cawan) = 260 kalori
2. Nasi lemak bersambal (sepinggan) = 400 kalori
3. Nasi goreng bertelur (sepinggan) = 635 kalori
4. Nasi briyani berayam (sepinggan) = 880 kalori
5. Nasi minyak kosong (sepinggan) = 445 kalori
6. Nasi ayam kosong (sepinggan) = 300 kalori
7. Mee goreng kosong (sepinggan) = 660 kalori
8. Mee sup (semangkuk) = 380 kalori
9. Mee hoon goreng (sepinggan) = 550 kalori
10. Roti putih (2 keping) = 156 kalori
11. Roti canai kosong tanpa kuah (sekeping) = 200 kalori
12. Capati tanpa kuah (sekeping) = 180 kalori
13. Pau ayam (sebiji) = 203 kalori
14. Emping jagung kosong (secawan) =160 kalori

No comments:

Post a Comment