Jika kita taip perkataan ‘orang gila’
di YouTube, salah satu klip yang akan muncul ialah ‘Samy Vellu-orang
gila’ yang mendapat hits hampir 94,000 pengunjung. Antara skrip dalam
klip tersebut berbunyi begini.
‘Ini semua kerja orang gila
punya la. Itulah saya punya komen. Orang gila. Sekarang banyak orang
sudah gila. Dia layak untuk masuk hospital di Tanjung Rambutan atau
hospital di Tampoi.’
Hari ini memang ramai orang gila.
Dianggarkan seramai tiga juta penduduk Malaysia adalah orang gila.
Beberapa hari lepas kita baca kisah seorang bapa yang menghadapi masalah
mental telah mencederakan anak perempuannya dan membunuh isteri.
Bagaimanapun akhir hayatnya di hujung pistol polis.
Dalam istilah
moden, penyakit gila digelar penyakit mental. Ia melibatkan gangguan
pada saraf di bahagian otak yang menjejaskan fungsi dan peranan otak.
Pesakit menunjukkan perubahan dalam proses pemikiran, perasaan dan
tingkah laku yang merencatkan aktiviti harian mereka.
Pertubuhan
Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakan penyakit mental adalah antara lima
penyakit utama yang menyebabkan kehilangan upaya di seluruh dunia.
Dijangkakan pada tahun 2020 ia menjadi penyakit kedua tertinggi di
dunia. Kajian yang dilakukan ke atas golongan dewasa di Malaysia pada
tahun 1996 mencatatkan 11.1 peratus dikesan mengalami penyakit mental.
Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2006 mendapati kes gangguan
mental meningkat hampir enam peratus sejak 10 tahun lalu. Statistik
tahun 2008 menunjukkan kira-kira 400,227 pesakit mental di Malaysia
mendapatkan bantuan psikiatri di hospital-hospital kerajaan. Pada tahun
2007, jumlah pesakit adalah 346,196 orang.
Orang awam
mengelompokkan penyakit mental dalam satu jenis iaitu penyakit gila,
tetapi dalam perubatan, pesakit mental dipecahkan kepada tiga kumpulan.
1. Neurosis
Mereka
yang tergolong di dalam kumpulan ini lazimnya mengalami perubahan dan
gangguan di dalam pemikiran, perasaan dan kelakuan tanpa menjejaskan
kewarasan mereka. Individu yang mengalami penyakit neurosis selalunya
sedar akan keadaan kesihatan mereka. Fungsi harian mungkin terganggu
sedikit. Antara contoh penyakit neurosis adalah seperti berikut:
-Kemurungan:
kemurungan adalah perasaan sedih yang melampau dan berpanjangan. Sedih
adalah perasaan yang sering dialami. Akan tetapi jika perasaan sedih itu
terlalu berat untuk
ditanggung dan berpanjangan melebihi tempoh dua
minggu serta mengganggu fungsi kehidupan seharian maka ia bukanlah sedih
lazim tetapi penyakit kemurungan.
-Kebimbangan: penyakit ini
digejalai oleh perasaan bimbang, resah dan gelisah. Seseorang itu akan
berasa tertekan, tegang, berpeluh, berdebar-debar dan berasa takut
melampau akan bahaya yang mereka tidak diketahui puncanya.
2. Psikosis
Mereka
yang mengalami penyakit psikosis mengalami perubahan yang amat ketara
di dalam pemikiran, perasaan dan tingkah laku mereka. Kewarasan mereka
juga terjejas. Penderita akan berasa keliru dengan mengalami suara-suara
ghaib berkomunikasi dengan mereka. Ia dikenali sebagai halusinasi.
Mereka juga mempunyai kepercayaan pelik yang tidak dikongsi oleh orang
lain dan menyebabkan reaksi melampau dari pesakit berkenaan. Ia
dipanggil delusi. Antara contoh delusi ialah - ada orang mahu menganiaya
atau berbuat jahat kepada mereka menyebabkan mereka bertindak menyerang
orang yang disyakinya secara membahayakan. Mereka mungkin bercakap
dengan merapu / mengarut; berkelakuan aneh seperti bercakap seorang,
ketawa atau marah dengan tiada bersebab. Contoh psikosis yang sering
dialami adalah:
-Schizophrenia: antara ciri utama ialah: halusinasi;
delusi; kecelaruan pemikiran, kecelaruan pertuturan dan tingkah laku,
restasi kerja mereka juga merosot dengan ketara.
-Kecelaruan
manik-depresif (dwikutub): penyakit ini mengakibatkan mereka mengalami
perubahan ketara dari segi emosi, mereka sering hilang kawalan dan
menjadi terlalu gembira (fasa manik) atau terlalu sedih (fasa
kemurungan).
3. Kecelaruan Personaliti
Secara asasnya
kecelaruan ini membuat seseorang itu mengalami kecacatan perwatakan atau
karakter. Masalah yang dialami ini boleh memberi kesan kepada
perhubungan interpersonal dengan orang di sekelilingnya.
Penyakit
gila ini memberi implikasi besar kepada kehidupan berkeluarga. Jika
bapa atau suami menjadi gila, seluruh perjalanan hidup keluarga akan
berhadapan dengan masalah, dipulau masyarakat atau mencetuskan suasana
tidak harmoni dalam kalangan jiran tetangga. Jika ibu atau isteri yang
menjadi gila, anak-anak mudah terabai dan barang kali suami akan
berkahwin lagi. Jika anak yang menjadi gila, lebih selamat dihantar ke
hospital supaya dia mendapat rawatan yang terbaik.
Kisah
anak-anak yang menjadi gila sangat banyak dalam masyarakat. Pada tahun
lepas, seorang anak muda berumur 32 tahun telah keluar dari rumah selama
sebulan. Ini kali kedua dia lari dari rumah. Pemuda ini mula
menunjukkan ciri-ciri gila semasa belajar di universiti luar negara.
Keadaan gilanya masih dapat dikawal kerana mengambil ubat pada masa yang
disyorkan oleh doktor. Namun, tindakan lari dari rumah menyebabkan ibu
dan bapanya susah hati dan terpaksa membuat laporan polis dan meminta
rakan-rakan untuk menjejak kedudukannya. Antara langkah yang diambil
ialah mengunjungi tempat-tempat kebiasaan anak muda ini makan dan minum,
rakan-rakan yang dihubungi dan masjid yang kerap dikunjungi. Nasibnya
baik kerana pasukan mencari menemuinya sedang berehat di salah sebuah
masjid di Gombak.
Apa yang menyebabkan berlakunya penyakit
mental? Penyebabnya tidak diketahui dengan tepat. Kajian masih
dijalankan untuk memperincikan punca sebenar penyakit ini. Namun
terdapat beberapa faktor yang menyumbang terjadinya penyakit mental.
1. Faktor genetik/ keturunan
Ahli
di dalam keluarga yang mempunyai sejarah penyakit mental berisiko lebih
tinggi berbanding populasi yang tiada sejarah penyakit berkenaan.
2. Gangguan bahan kimia dalam otak
Apabila
bahan kimia dalam otak yang dikenali sebagai neurotransmitter tidak
berfungsi dengan baik, gejala penyakit mental akan muncul. Sebagai
contohnya, schizophrenia: penghasilan dopamin secara berlebihan;
kemurungan: paras serotonin terlalu rendah; mania: paras serotonin
meningkat secara melampau; dan kebimbangan: terdapat gangguan di dalam
pengeluaran dan fungsi noradrenalin.
3. Jangkitan virus
Mengikut kajian ada penyakit akibat jangkitan virus telah dikaitkan dengan kemunculan penyakit mental.
4. Sejarah hidup yang getir
Contoh:
mengalami proses kelahiran yang sukar, kehilangan ibu bapa semasa
kecil, terlalu banyak mengalami cabaran hidup yang sukar.
5. Keadaan sosioekonomi yang rendah
Faktor kemiskinan, tiada kemudahan asas atau keganasan di dalam masyarakat boleh meningkatkan masalah penyakit mental.
Selain
penyakit mental atau penyakit gila yang sering merujuk kepada
kesihatan, masyarakat juga sebenarnya sedang berhadapan dengan pelbagai
jenis gila yang lain seperti gila harta, gila wanita, gila talak, gila
judi dan gila babi.
well,i have depression and i managed to overcome all those sad feeling..maybe this post of yours is helpful for those who had these simptom
ReplyDeletesaya suka part penyakit gila babi tu. dah ramai org zaman sekarang dapat penyakit nih.. hahaha.. gila babi betul.. haha..
ReplyDeleteHmm... Saya memang setuju dgn semua ni... Saya pon pernah mengalaminya... Salah satu faktor tertinggal sebenarnya... LUPA PADA TUHAN... :)
ReplyDeletein punya macai dan pakar dunia pasalah buat kerja gila ni, mula ubat sampai ke makmal kajian menyeramkan tu, nak habis ni punya hal dan cerita ni,sebelum 1 saat belaku akhirat pun belum tentu habis lagi
ReplyDeletesy skrg tgh murung sgt2..24jam setiap saat pk nak berenti kerja..byk perkara lupa dan tak dapat fokus..tidur pun memang terjaga tgh malam..pastu x leh tidur dok pk dosa..dosa dosa dosa..tak tau nak buat apa dah..kerja hancur tunggu masa je kot..dok pk anak bini tp dok tang tu gak..sapa ada keja kosong boleh tolong sy tak?
ReplyDeleteSaya ada sorang kwn yg tekena pnyakit gila. Pada mulanya dia seorang yg normal, ttpi stelah dia kenal sorang budak prmpuan (bwh umur) dan dia mula jatuh hati pd gadis tu. Namun malangnya gadis tu tdk suka pd nya, (mgkin sbb dia nmpak kurang matang kot)..akhirnya dia skrg dh ada tanda² pnyakit gila. Antaranya dia tdk tidur mlm, dan dia slalu mmancing ikan dihadapn rmh gadis tu hngga mmbawa ke pagi. Pendekata klau tak dpt tengok muka gadis tu, dpt tgok bumbung rmh gadis tu pun dh cukup bg nya. Memang gila..!
ReplyDeleteSuami saya ketakeri no 2.dia cekap sendiri ketawa sendiri.tiba tiba ganas serang saya dan Anak anak saya.saya ingin daftar Suami saya ke hospital tanjung gila.macam mana nak daftar to long saya.Anak Anak saya masih keci Dan takut untuk tinggalan di rumah bersama suami saya
ReplyDeleteAyh syg sakit mental sbb dmm pns
ReplyDelete