Thursday, April 22, 2010

KALAU DAH BLACK LIST @ MUFLIS BOLEH JADI KAYA KE?

Ada yang bertanya kepada saya, kalau dirinya sudah disenarai hitam ataupun dirinya telah diistiharkan bankrupt, adakah masih punya peluang dan jalan untuk menjadi kaya? Jawapannya sudah tentu BOLEH, berbanding dengan orang biasa, mereka yang telah disenarai hitamkan atau yang telah di istiharkan bankrupt mempunyai 100% lebih peluang untuk menjadi kaya berbanding dengan kebanyakan orang atau orang biasa, kenapa saya kata begitu?
Perlu kita sedari bahawa disenarai hitamkan atau di istiharkan bankrupt hanyalah keadaan atau situasi , seperti yang kita ketahui , keadaan serta situasi sentiasa boleh diubah hanya dengan mengubah perlakuan @ "behavior" kita, manakala miskin pula adalah corak pemikiran , corak pemikiran atau "state of mind" lebih sukar untuk diubah, kita boleh disenarai hitamkan dan diistiharkan bankrupt , dengan perubahan sikap serta pelakuan kita boleh menjadi kaya. Tetapi jika kita mempunyai minda orang miskin, kita tetap akan miskin biarpun kita tidak disenarai hitamkan atau pun tidak bankrupt.
Antara faktor lain kenapa mereka yang disenarai hitamkan atau bankrupt boleh menjadi kaya ialah :-
  • Tidak lagi boleh berhutang (masalah utama yang menjadikan mereka disenaraikan hitamkan atau bankrupt)
  • Tiada pilihan selain dari jadi kaya
  • Tidak boleh suka hati berbelanja , maka tiada pilihan yang ada hanya kumpul harta
  • Telah belajar dari kesilapan lalu
  • Fokus untuk membebaskan diri dari disenarai hitam atau bankrupt
  • Tidak lagi diganggu pihak bank , kini boleh fokus untuk kumpul harta
  • Dan banyak lagi ......
Antara yang saya suka tentang mereka yang telah disenarai hitamkan atau bankrupt ialah mereka tidak mempunyai pilihan lain selain daripada pembelian tunai , ini akan mengelakkan mereka dari berhutang  dan mereka tidak boleh berhutang dengan cara mengikut undang-undang. Fokus menambah harta dapat dilakukan dengan lebih teratur dan lebih fokus. Walaupun begitu semua ini hanya boleh dicapai jika pemikiran mereka yang telah disenaraihitamkan atau bankrupt telah berubah kerana seperti yang saya katakan diawal catitan ini, KAYA atau MISKIN adalah corak pemikiran atau "state of mind". Yang pasti Kalau anda mempunyai pemikiran orang kaya dan lakukan apa yang orang kaya lakukan untuk menjadikan mereka kaya, maka satu hari nanti anda menjadi kaya, manakala jika anda mempunyai pemikiran orang miskin dan terus lakukan apa yang orang miskin lakukan , yang pasti anda akan menjadi miskin dan terus miskin sehingga akhir hayat anda.
Mahu tahu apa yang orang kaya fikirkan dan apa yang mereka lakukan untuk menjadi kaya?

Monday, April 19, 2010

ANAK PENEROKA FELDA PALONG 3


SIAPA ANAK PENEROKA FELDA PALONG 3?

Sekarang ni rumah family aku kat palong dah lama tinggal,sejak ayah aku meninggal dan mak aku pulak jatuh sakit.Tapi rasa rindu kat kampung halaman mmg ada,mana taknya.Dari umur 4 taun aku tinggal kat palong tu.Banyak kenangan masa kecik2 yang aku tak leh nak lupa.

Zaman mandi sungai( tiruk),zaman mandi perigi,zaman main getah,zaman main congkak kat bawah rumah,zaman main daun terup,zaman main tikam,zaman main spider,zaman bela burung murai,zaman main polis entry,zaman main gasing,zaman main konda-kondi,zaman ngoca lubuk,zaman main basikal BMX,zaman main tin susu(wat macam kereta),zaman main senapang,Korang ingat lagi?kan kita smua ade group masa tu.Balik sekolah terus campak beg,lepas je mkn terus g cari geng2 seangkatan.Mak ayah bising pun wat dek je masa tu,rasa masa tu enjoy ngan kengkawan mmg best.


Aku merasa buat sawah masa zaman sekolah aku dulu,bukan pasal apa pun,cuma nak cari duit poket je.Sawah aku masa tu jauh.Aku ngan kengkawan sewa tanah kat KG.Londah,GEMAS,nak ikut jalan besar tak ade lesen masa tu,jadi kitorang ikut je la jln dlm kebun tapi kena tempuh hutan gak la.sbb sawah tu mmg tepi hutan pun.Mula2 mak ayah aku tak tau yg aku ni bersawah.Kalau dorang tau mmg tak merasa la aku nak wat sawah.Mak aku garang bandingkan ngan ayah aku.

Zaman sekolah aku bermula kat Palong 2 sampai tingkatan 2..Pastu aku sekolah kat Melaka setahun..Start tingkatan 4 aku mula sekolah kat palong 4 sampai habis.Ramai gak kengkawan aku kat sekolah tu dulu.Tapi skrg ni mmg payah nk jmpa dorang,masing2 dah ada family sendiri.Lagi pun ramai yg dah merantau keluar.Masa bujang aku memang tanam niat nak kuar dari palong..Kalau boleh nk duk KL nak kerja pun kat KL.Mungkin masa tu aku pikir tak nak lagi hidup macam mak ayah aku.Tapi kalau mak ayah aku tak masuk felda aku rasa susah gak hidup keluarga aku.Nasib baik la ade tanah felda.Alhamdulillah...

Ramai dah meninggal,terutama golongan generasi pertama palong 3,masing2 dah melangkaui umur 50 tahun keatas.Kaum bapa kat palong tu pun dah tak ramai lagi.Kalau ada ape2 majlis dah tak ramai lagi yang dapat membantu.Generasi kedua pun ade gak,tapi tak ramai.Budak2 skrg bkn nak duduk felda lagi.Semua nak duk bandar,maklumlah nak kan kemajuan.Jadi yang ade hanya beberapa kerat je.

sekian coretan aku,klau ada masa dilain waktu aku akan mencoret lagi...

TRAGEDI PEMIKIRAN MELAYU

KALAU ditanya tentang minda orang Melayu kepada saya, saya rasa Melayu tidak sanggup berubah. Perspektif mereka terhad, tidak suka menyiasat dan mereka tidak mahu berfikir dengan mendalam.

Kalau kita tengok orang Melayu dalam cerita hikayat, Hikayat Raja-Raja Pasai misalnya, ia cukup menarik. Kita dapat menggambarkan bagaimana ekonominya dan strategi orang Melayu memerintah untuk berdepan dengan Majapahit.

Berdasarkan hikayat itu dan tradisi pantun Melayu, kita dapati orang Melayu ini mempunyai minda yang canggih. Tetapi yang jadi tragedi ialah orang Melayu tidak nampak ini semua kerana tiga pengaruh besar.

Pertama, dalam tahun 1920-an dan 1930-an, pihak penjajah British menolak apa yang datang daripada Melayu, termasuk pantun, sebagai folk art, menjadikan apa yang dihasilkan oleh Melayu sebagai second class.

Ketika itu, Melayu yang berharap untuk naik pangkat dan dapat kerja dengan kerajaan penjajah terpaksa ikut teori penjajah Inggeris. Ini semua membawa orang Melayu kepada perspektif jati diri yang salah. Itu pengaruh penjajah.

Pada zaman ini, saya melihat sungguhpun banyak pemimpin Melayu bercakap tentang sains dan teknologi, orang Melayu pada umumnya tidak dapat menangkap pandangan itu.

Di Eropah, sejak zaman renaissance, mereka telah mempelajari kemajuan sains dengan pendekatan yang berbeza dengan Islam. Mereka sentiasa bertanya.

Malangnya, di Malaysia, dari bangku sekolah kita tidak galakkan budak-budak bertanya. Sampailah mereka di universiti, kita tidak galakkan mereka bertanya: Kenapa?

Di negara kita, pelajar tidak berani bertanya dan guru-guru pula tidak tahu menjawab. Budaya ini menunjukkan tidak wujudnya inquiry mind dalam masyarakat Melayu. Kita tidak ada sikap saintifik.

Sikap negatif inilah yang menyebabkan berleluasanya cerita orang kena tipu dengan bomoh. Yang saya hairan, graduan-graduan universiti pun kena tipu dengan bomoh.

Kalau pada kurun ke-18, terutama di England, orang selalu bertanya: Kalau betul ada hantu, mana hantu? Kita hendak pergi ke tempat hantu, kita nak pergi tengok hantu untuk lihat apa manifestasi hantu.

Pendekatan berani bertanya ini adalah sikap masyarakat dan tamadun yang berasaskan sains. Malangnya, kita tidak sedia dan berani bertanya, yang akhirnya menyebabkan kita tidak berani menghadapi cabaran.

Pemikiran Melayu ini sebahagiannya adalah sisa-sisa pengaruh penjajahan British. Ini bukan rahsia lagi.

Kita boleh membaca dokumen-dokumen itu di London. Menurut para pegawai Inggeris, orang Melayu ini kalau diberi terlalu banyak pendidikan dan kalau diajar ilmu sains, kelak mereka akan jadi seperti orang India di India. Mereka akan berdemonstrasi dan hendakkan kebebasan.

Jadi ajarlah dia cerita Pak Pandir sahaja, itu sikit, ini sikit. Orang Melayu tidak suka sains, dia suka agama, jadi ajarlah tentang agama. Dia suka dengan raja dia, ajar Melayu buat bakul.

Akibat dasar itu, tidak ada trouble makers. Trouble makers Melayu hanya timbul selepas Perang Dunia Kedua setelah kemasukan Jepun.

Telah ada banyak buku yang membincangkan tentang subjek bagaimana British berjaya mengamalkan dasar yang mengongkong minda Melayu.

Itu semasa penjajahan. Selepas kita merdeka, minda orang Melayu masih terkongkong kerana semua orang Melayu kemudiannya gila hendak kuasa dan hendak jadi kaya.

Ini adalah teori saya mengapa minda Melayu tidak berubah. Saya bertanggungjawab tentang pandangan ini.

Selepas merdeka, sesetengah orang Melayu yang ada kuasa, dia rasa dia boleh memerintah Malaysia sama bagus macam penjajah British.

Minda Melayu ini sentiasa ada sesuatu yang membendung dan mempengaruhi daripada kesan-kesan kolonialisasi pada tahun-tahun 1930-an, pengaruh Indonesia yang tidak sesuai di sini pada tahun 1940-an dan 1950-an, kesan media massa, dan kemudiannya budaya wang dalam masyarakat Melayu pada dekad-dekad terakhir ini.

UJIAN ALLAH..

Saya Rohaiza Bte Ishak. Saya merupakan guru Kemahiran Hidup di MRSM Muar. Tujuan saya menulis email ini ialah untuk memohon belas kasihan dari pembaca kerana anak kedua saya yang bernama NurHannah Bte Mohamed Helmi berusia 3 bulan tidak sihat.

Ketika bersalin, anak saya lemas kerana tali pusat keluar lebih kurang 40 minit sebelum saya bersalin. Ini menyebabkan anak saya lemas kerana tidak mendapat oksigen kerana tali pusat sudah terkeluar.

Apabila doctor scan (MRI) otak anak saya, doctor menyatakan bahawa anak saya terencat akal kerana sel-sel otak telah mati kerana kekurangan oksigen. Hanya Allah yang tahu apa yang saya rasa ketika itu.

Kaki bagaikan tidak jejak ke bumi. Muka saya pucat bagaikan tiada darah lagi. Hampir 3 minggu saya mengambil masa untuk terima hakikat apa yang doctor terangkan mengenai anak saya. Hari-hari saya menangis. Saya rasakan hati saya kosong.

Selepas 3 minggu saya cuba berkongsi masalah dengan teman sekerja. Semangat saya mula datang apabila ada rakan yang mengalami situasi yang sama seperti saya iaitu anak mereka lemas ketika bersalin. Doktor juga menyatakan anak mereka terencat akal. Tetapi kuasa Allah mengatasi segalanya dan anak mereka alhamdulillah sihat. Tetapi saya akui bahawa saya hanya insan yang lemah. Kadang-kadang saya kuat, kadang-kadang saya lemah sangat.

Rakan menasihati saya agar perbanyakkan solat hajat, baca yassin dan bersedekah. Alhamdulillah. Saya melakukan semua nasihat yang mereka berikan. Perkembangan terbaru tentang anak saya ialah dia masih lagi belum boleh menghisap dan menelan. Minum susu menggunakan tiub yang dimasukkan terus ke perut. Suction machine pula digunakan untuk menyedut air liur kerana anak masih tidak boleh menelan.

2 minggu lepas anak dimasukkan ke hospital kerana jangkitan kuman pada paru2. Ketika itu keadaan anak terlalu lemah menyebabkan doctor sukar mencari urat anak. Pilihan kedua ialah masukkan line hingga ke tulang.

Sekali lagi anak saya diduga iaitu selepas 3 hari kaki anak bengkak. Apabila doctor buat x-ray, rupanya kaki anak saya patah kerana dicucuk ketika memasukkan line.Pergerakan anak saya tidak seaktif bayi kerana kesan kurangnya oksigen di otak ..tambahan pula kaki kanan anak bersimen.

Hanya Allah tempat saya mengadu. Jika boleh, biarlah saya yang menanggung semua kesakitan itu, bukan anak saya yang berumur 3 bulan. Minum guna tiub, tak tahu menelan…kaki pula bersimen.

Kalian bayangkanlah bagaimana perasaan seorang ibu yang menjaga janin dalam kandungan bagaikan menatang minyak yang penuh. Tetapi selepas lahir, begitu besar ujian untuk anak saya.Terus terang saya katakan bahawa ini adalah ujian yang maha-maha besar dalam hidup saya. Saya bersyukur kerana Allah menguji saya kerana Dia sayangkan saya dan anak.

Dikesempatan ini saya memohon, merayu dan menagih simpati agar kalian dapat meluangkan masa untuk melakukan sembahyang hajat agar kesihatan anak saya pulih dan jauhkanlah anak saya dari sebarang kecacatan.

Andainya terlalu berat permintaan saya, bacakanlah Al-Fatihah. Jika permintaan ini juga berat, cukuplah kalian mengucapkan INSYAALLAH agar anak saya sihat, dijauhkan dari kecacatn dan dipulihkan kerosakan pada otaknya. Mudah-mudahan dengan keikhlasan kalian, doa kalian dimakbulkan. Hanya Allah yang mampu membalas budi kalian.

Saya juga memohon agar kalian dapat forwardkan email ini kepda rakan-rakan kalian agar dapat membantu anak saya. Kesihanilah anak saya kerana dia terlalu kecil untuk memahami erti kesakitan. Jika ada nasihat, pengalaman dan ilmu..emailkanlah kepada saya rozex_3056@yahoo.com.my. Di sini saya sertakan panduan sembahyang hajat. Mudah-mudahan bolehlah kalian amalkan jika ingin memohon sesuatu hajat. Percaya dan yakinlah bahawa Allah maha mendengar doa dari hambaNya.

Solat Hajat

1) Niat Ushalli sunnatal hajati rak’ataini lillaahi ta’aala.

2) Tiap-tiap 2 rakaat sesudah membaca al-fatihah, baca Ayat kursi 1x, dan Kul huallah huahad sebanyak 1x.

3) Sehabis salam yang terakhir, sujud semula. teruslah meminta hajat kepada Allah dengan khusyuk.Insyaallah Allah makbulkan.

Ayat Kursi

Allahu laa ilaaha illaa huwal hayyl qayuum, la tak khu-dzuhuu sinataunw walaa naw-um, lahuu maa fis samawaati wamaa fil-ardhi, man dzal-la-dzii yasy-fa-‘u indahuu illaa bi-idz-nihii, ya’-lamu maa bayna aydiihim, wamaa khal-fahum walaa yuhii-thuuna bi-syai-inm min’ilmihii illa bimaa syaa-a, wasi-‘a kursiy-yuhus samaawaati wal-ar-dha, walaa ya-uu-duhuu hifzhuhumaa wahuwal ‘aliy-yul azhim.

Cuma doa yang saya pohon dari kalian agar Hana boleh membesar seperti kanak-kanak yang sempurna. Jauhkanlah Hana dari kecacatan.

Mudah-mudahan Allah gantikan sel yang rosak di otak Hana dengan sel yang baru dan dipilih di kalangan sel yang terbaik untuk Hana. Inilah doa yang tiap kali saya baca setiap sujud yang terakhir, setiap kali lepas solat fardu dan solat hajat.

Mudah-mudahan Allah makbulkan segala doa dan Allah berkati segala usaha saya. Selebihnya saya bertawakal. Amin.

Wednesday, April 14, 2010

TUN MAHATHIR

RANJAU POLITIK TUN DR MAHATHIR - siri 2 : SIAPA DIA MAHATHIR



Beliau mula bertugas sebagai Menteri Dalam Negeri pada Oktober 1986 dan sebagai langkah pertama beliau adalah memulihkan jiwa negara dari ancaman dadah. Pendirian beliau inilah yang antara faktor beliau dilantik menjadi Pengerusi Persidangan Bangsa-Bangsa Bersatu (Dadah) di Vienna, Austria pada akhir Jun 1987.

Isterinya Dr Siti Hasmah merupakan salah seorang wakil Malaysia yang berucap di satu sidang pleno mengenai ancaman dadah. Usaha beliau diiktiraf oleh First Lady Nancy Reagan yang mempelawa Dr Siti Hasmah beserta 16 lagi isteri-isteri Perdana Menteri dan Presiden ke satu sidang Wanita-Wanita Pertama berkenaan dadah di White House, Washington pada April 1985.

Tidak dinafikan TDM adalah pemimpin paling efisyen bertindak dibawah tekanan, keras hati dan berterus terang. Tiada siapa berani menentang beliau apabila melakukan sesuatu yang betul. TDM akan menghancurkan penentangnya tidak kira Menteri-Menteri kabinetnya sendiri mahupun pemimpin-pemimpin dunia.

"Sekiranya kita mempunyai keputusan yang melibatkan kajian terperinci, kita terpaksa memilih salah satu daripadanya. Dengan itu kita akan merasa bertanggungjawab dan lebih melihat. Tidak ada jalan keluar. Pada saat demikian pasti terasa sunyi. Saya merasa saya mempunyai ramai orang yang memberi sokongan. Saya dapat bekerja dengan kebanyakan orang-orang ini. Saya mempunyai hubungan peribadi yang mudah dan saya bukanlah seorang yang susah bergaul. kalau perlu saya dapat melayan semua orang berjam-jam" kata beliau.

TDM sentiasa merasakan beliau tidak mempunyai cukup masa untuk bertindak. Beliau mengambil alih jawatn Perdana Menteri pada usia 56 tahun.

"Saya tidak tahu berapa lama saya berada disini. Kalau kita terpaksa menunggu setiap orang bersetuju dengan kita sebelum memulakan sesuatu, tidak ada satu pun yang dapat dilaksanakan. Kita boleh menunggu dan mengekalkan keadaan status quo, tapi itu bukan kepimpinan sebenar"


Salah satu nilai yang paling menonjol pada diri beliau ialah kecekapan berpolitik. Kamaruzaman 'Kip' Bahadun, bekas Setiausaha Kerja UMNO menerangkan TDM hanya tenang dan tidak menunjukkan sebarang emosi sewaktu beliau dan Ghafar Baba menang jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO pada malam 26 April 1987. Kehebatan cabaran dari puak Razaleigh-Musa Hitam ( TEAM B ) tidak menggusarkan beliau. TDM adalah seorang individu yang bijak mengawal diri dan emosi. Kata seorang ahli akademik yang pernah beberapa kali bekerja dengan Perdana Menteri, "BELIAU MACAM IKAN BEKU".

SIAPA DIA

P.Ramlee - Lagenda Sepanjang Zaman.

"Aku nak hidup sampai 1000 tahun lagi." Itulah katanya kepada salah seorang sahabatnya. Namun begitu apa yang telah dikatakan itu secara gurauan, kini beransur-ansur berubah menjadi realiti.
Sesungguhnya tiada siapa yang tidak mengenali beliau. Pengenalan kepada seniman agung Allahyarham Tan Sri Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Putih. Beliau yang lebih dikenali dengan nama P.Ramlee bukan sahaja berbakat tetapi juga sebagai ikon seniman sepanjang zaman.
Siapa yang tidak tertawa apabila melihat jenakanya? Siapa yang tidak asyik apabila mendengar lagu-lagunya? Siapa yang tidak sedih apabila melihat lakonan menyayat hatinya? Siapa yang tidak terpana dengan filem arahannya?
Amat sukar untuk mencari insan yang boleh menandingi kehebatan beliau. Apatah lagi untuk mencari mereka yang boleh menggantikan P.Ramlee. Sehingga kini, tiada siapa yang mampu menggantikan tempat beliau sebagai seniman yang serba boleh. Biarpun dari seniman seangkatan dengannya atau pun dari generasi baru seniman yang lebih dikenali sebagai artis pada masa kini.
Tidak ramai yang mengetahui akan kisah dan juga penghidupan seniman agung ini. Rata-rata cuma mengetahui apakah filem yang dilakonkan dan diarahkannya ataupun lagu yang didendangkannya. Tetapi ramai yang tidak tahu akan perjuangannya yang penuh liku dan ranjau.

P.Ramlee - Lagenda Sepanjang Zaman.







LAGENDA BOLASEPAK MALAYSIA

Dato’ Mokhtar Dahari ( 13 November 1953 – 11 Julai 1991) adalah legenda pemain bola sepak kebangsaan Malaysia dari Selangor. Beliau telah diberi gelaran SuperMokh kerana keberaniannya menjaringkan banyak gol sepanjang kariernya. Dia mewakili Malaysia dari 1972 hinggalah 1985.
Allahyarham Mokhtar Dahari yang masih dikenang sehingga ke hari ini walaupun hayatnya sudah bersemadi hampir 15 tahun lalu.
Biarpun ramai generasi muda masa kini tidak mengenali dengan dekat bintang negara itu, tapi hampir semua pasti pernah mendengar namanya – pemain dengan bakat semulajadi yang mengangkat imej Malaysia setaraf dengan jaguh bola sepak dunia. Paling ketara Pestabola Merdeka yang menjadi gelanggang dia mempamer taring dan kehebatannya.
Pada usia 23 tahun, Mokhtar atau lebih terkenal dengan jolokan SuperMokh diiktiraf Majalah World Star Soccer sebagai penyerang terbaik Asia dan ketika itu jugalah dia dinobatkan Olahragawan Kebangsaan 1976.
Mokhtar Dahari
Kelebihan dimiliki ‘Supermokh’ banyak dengan sepakan deras bak peluru menjadi elemen penting hinggakan tiga jari mendiang R Arumungam, bekas penjaga gol negara pernah patah ketika cuba menampannya. Itu belum dikira bijaknya penyerang ternama negara itu membaca gerakan lawan dan meloloskan diri.
Dengan 167 kaps antarabangsa, dia berjaya meletakkan Malaysia di kedudukan tertinggi dipentas bola sepak Asia seterusnya mampu membuka mata dunia hingga kuasa bola sepak dunia. Skuad England B bimbingan Bobby Robson turut merasa bahangnya selepas diikat skuad negara 1-1 hasil jaringan menakjubkan Mokhtar.
Walaupun kelibat pemain istimewa seperti Mokhtar yang tiada galang gantinya sehingga kini sudah lama meninggalkan kita, bayangan kehebatannya tidak pernah padam apatah lagi apabila mengingati susah payah anak kelahiran Setapak, Kuala Lumpur itu mencipta nama walaupun dia memang sudah memiliki kurniaan yang tiada pada orang lain.
Mokhtar sangat gigih ketika latihan, sejak di bangku sekolah lagi dia yang menuntut di Victoria Institution tidak pernah jemu berlatih sehingga namanya sudah sebati dengan skuad kebangsaan pun dia masih sama apabila terus mengawal bola sambil menggelecek tiang-tiang kecil sebelum melepaskan tendangan kencang ke gawang yang kosong untuk menajamkan kuasa pemusnah yang ada pada dirinya.
Malah dia tidak suka diganggu ketika latihan apatah lagi mengaitkan kemasyhuran dirinya di padang dengan kehidupan peribadi hingga menjadikan dia idola paling diminati.
Apapun kehilangan permata paling berharga bola sepak negara itu tidak seharusnya ditangisi sampai bila-bila dan generasi sekarang sepatutnya cuba menjadikannya sebagai motivasi meningkatkan diri supaya bola sepak negara kembali segar seperti sebelumnya.
Semoga apa yang dicoretkan disini mungkin merintis pemain-pemain terhebat negara bagi menggalas tugas skuad negara yang semakin lesu dah lemah sehingga menjadi belasahan pemain luar. Mungkin ramai pemain lagi yang berbakat cuma bakat-bakat mereka tidak dapat digilap seperti Allahyarham Mokhtar Dahari…

Tuesday, April 13, 2010

PETUA BERHENTI MEROKOK

1. Melengah-lengah
Lengahkan tindak balas ke atas keinginan merokok seperti melambat-lambatkan mencari rokok. Sekiranya rokok ada di tangan, jangan dinyalakan terus, tunggu sekurang-kurangnya 5 minit. Keinginan untuk merokok ini kesudahannya akan hilang juga. Katakan pada diri anda “nanti” setiap kali anda ingin merokok.
2. Menarik Nafas Panjang
Tarik nafas anda dengan panjang sekurang-kurangnya tiga kali dengan perlahan-lahan.

3. Minum Air Dengan Banyak

Minumlah air banyak-banyak. Sebaik-baiknya air galian atau air masak suam. Jangan minum air berkafein seperti kopi atau teh, kerana minuman ini biasanya akan membuatkan anda ingin merokok selepas meminumnya.
4. Membuat Sesuatu
Buatlah sesuatu yang boleh mengalihkan fikiran anda daripada rokok. Contohnya bersiar-siar makan angin, telefon kawan, membaca buku, bermain muzik, membuat silang kata, berkebun dan sebagainya.
5. Menguyah Sesuatu
Mengunyah sesuatu seperti gula-gula getah,lobak merah,buah epal dan sebagainya. Elakkan sesuatu yang manis seperti gula-gula biasa.
6. Mandi atau Basuh Tangan
Sekiranya berada di rumah, mandilah seberapa kerap atau basuh tangan setiap kali terasa hendak merokok.
7. Melakukan Senaman Regangan
Lakukan senaman regangan setiap kali anda merasa mengantuk kerana tidak merokok.
8. Memohon Doa
Mohonlah doa kepada Tuhan agar azam dan usaha anda untuk berhenti merokok itu berjaya.

"PECAH RUMAH"

Salam semua..dah lama benar aku tak post something kat blog aku ni..ehmm..Balik kerja rasa nak tido je,jadi nak bagikan masa tuk update blog ni rasa malas la plak.Slalu aku rajin wat kerja update ni.Tapi tak pe,aku try tuk update slalu blog ni.Mungkin leh bagi info kat korang semua.

Baru2 ni kengkawan aku bercerita pasal rumah2 kat taman perumahan yg dia duduk kerap berlaku kes "PECAH RUMAH".Jadi trauma lak penduduk kat taman tu tuk tinggal kan rumah dalam jangka waktu yg lama.Mengikut kata kawan aku tu,rumah yg tuannya pergi kerja pun dipecah masuk.Maknanya kat sini,siang hari pun diorang ni "MEREMBAT"..

Kata kawan aku lagi sipenyamun tu masuk ikut bumbung rumah,Eh..jadi tak guna la kita kuar duit buat GRILL mahal2 siap ngan kerawang lagi.Erghhh..Bumbung plak jadi pilihan dorang tuk "ENTRY" rumah yg nk disamun.(Kecantikan tak menjamin keselamatan penghuninya.).Memang agak kreatif penyamun kat malaysia ni,sanggup panjat bumbung semata2 nk kan kemewahan..PELIK>>PELIK..Tak kuasa aku nk panjat2 ni,wat penat je..Kalau guna ilmu itam takkan panjat bumbung kan?baik ikut "MAIN ENTRANCE".. hehehe..

Hebat tak hebat sipenyamun tu wat org kat taman tu trauma,sampaikan kawan aku tu tadi sanggup angkut TV LCD dia kemana2 dia pegi.Tak sanggup dia tinggalkan kat rumah.Kalau ilang tak berbalaoi katanya.Korang pikir la sendiri kesan nya..HEBAT kan..Sebenarnya "KEJIRANAN & RUKUN TETANGGA" yang baik penting kat situ,pendapat aku saja.

Thursday, April 8, 2010

BAHANGNYA

Cuaca sekarang ni panas nya..aku duduk kat dalam rumah ni rasa tak tentu arah dibuatnya..kalau nak dipikir kan memang malas nak duduk kat rumah..PANAS...PANAS....