RANJAU POLITIK TUN DR MAHATHIR - siri 2 : SIAPA DIA MAHATHIR
Beliau mula bertugas sebagai Menteri Dalam Negeri pada Oktober 1986 dan sebagai langkah pertama beliau adalah memulihkan jiwa negara dari ancaman dadah. Pendirian beliau inilah yang antara faktor beliau dilantik menjadi Pengerusi Persidangan Bangsa-Bangsa Bersatu (Dadah) di Vienna, Austria pada akhir Jun 1987.
Isterinya Dr Siti Hasmah merupakan salah seorang wakil Malaysia yang berucap di satu sidang pleno mengenai ancaman dadah. Usaha beliau diiktiraf oleh First Lady Nancy Reagan yang mempelawa Dr Siti Hasmah beserta 16 lagi isteri-isteri Perdana Menteri dan Presiden ke satu sidang Wanita-Wanita Pertama berkenaan dadah di White House, Washington pada April 1985.
Tidak dinafikan TDM adalah pemimpin paling efisyen bertindak dibawah tekanan, keras hati dan berterus terang. Tiada siapa berani menentang beliau apabila melakukan sesuatu yang betul. TDM akan menghancurkan penentangnya tidak kira Menteri-Menteri kabinetnya sendiri mahupun pemimpin-pemimpin dunia.
"Sekiranya kita mempunyai keputusan yang melibatkan kajian terperinci, kita terpaksa memilih salah satu daripadanya. Dengan itu kita akan merasa bertanggungjawab dan lebih melihat. Tidak ada jalan keluar. Pada saat demikian pasti terasa sunyi. Saya merasa saya mempunyai ramai orang yang memberi sokongan. Saya dapat bekerja dengan kebanyakan orang-orang ini. Saya mempunyai hubungan peribadi yang mudah dan saya bukanlah seorang yang susah bergaul. kalau perlu saya dapat melayan semua orang berjam-jam" kata beliau.
TDM sentiasa merasakan beliau tidak mempunyai cukup masa untuk bertindak. Beliau mengambil alih jawatn Perdana Menteri pada usia 56 tahun.
"Saya tidak tahu berapa lama saya berada disini. Kalau kita terpaksa menunggu setiap orang bersetuju dengan kita sebelum memulakan sesuatu, tidak ada satu pun yang dapat dilaksanakan. Kita boleh menunggu dan mengekalkan keadaan status quo, tapi itu bukan kepimpinan sebenar"
Salah satu nilai yang paling menonjol pada diri beliau ialah kecekapan berpolitik. Kamaruzaman 'Kip' Bahadun, bekas Setiausaha Kerja UMNO menerangkan TDM hanya tenang dan tidak menunjukkan sebarang emosi sewaktu beliau dan Ghafar Baba menang jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO pada malam 26 April 1987. Kehebatan cabaran dari puak Razaleigh-Musa Hitam ( TEAM B ) tidak menggusarkan beliau. TDM adalah seorang individu yang bijak mengawal diri dan emosi. Kata seorang ahli akademik yang pernah beberapa kali bekerja dengan Perdana Menteri, "BELIAU MACAM IKAN BEKU".
No comments:
Post a Comment