Kedudukan Geografi
Gunung Angsi adalah sebuah gunung yang terkenal di Negeri Sembilan. ianya adalah sebuah gunung yang hanya mempunyai ketinggian 825 meter sahaja atau 2702 kaki. Gunung ini terletak kira-kira 20 kilometer dari Seremban,  mengarah ke Kuala Pilah. Pengunjung yang datang dari arah Seremban,  akan menikmati perjalanan melalui Bukit Putus dan singgah ke Hutan Lipur  Ulu Bendul. Sekiranya pengunjung ingin mendaki melalui trek Ulu Bendul,  pendaki boleh meletakkan kenderaan di sekitar kawasan utama hutan  rekreasi tersebut, atau meletakkan kenderaan lebih ke dalam iaitu di  sekitar kawasan chalet.
Trek mendaki ke  puncak gunung ini amat mudah diikuti kerana laluannya telahpun  disediakan bermula dari kolam mandi utama dan laluan treknya telah  menjadi selebar 2-3 meter. Namun begitu sebenarnya terdapat tiga trek  untuk mendaki gunung ini, yang ke dua adalah mendaki daripada puncak  laluan bukit putus, iaitu, penamat kepada jalan bengkang-bengkok  sekiranya pendaki datang dari arah Seremban. Trek dari sini adalah lebih  kecil kerana trek ini jarang di gunakan. Trek yang ke tiga adalah mula  mendaki dari kawasan perindustrian di Senawang (bersebelahan dengan  Taman Tasik ). Pendakian tidaklah sesukar gunung-gunung lain kerana  Gunung Angsi ini tidaklah tinggi dan hanya sesuai menjadi tempat  berlatih sahaja. 
Perbandingan yang di buat  diantara trek Ulu Bendul dan Trek Bukit Putus ini adalah trek Ulu  Bendul adalah lebih jauh kerana pendaki terpaksa melalui beberapa bukit  dari pondok Guard ke Jeram Kak Lang manakala pendakian dari Bukit Putus  adalah lebih dekat dan landai. 
Pendakian Bermula dari Ulu Bendul. 
Sekiranya  pendaki bermula dari Ulu Bendul, pendaki haruslah berdaftar di pos  pengawal, di sekitar kawasan chelet sebelum tengahari. perlu di ambil  kira, bermalam adalah tidak di benarkan di puncak gunung, melainkan  pendaki memulakan pendakian dari bukit putus. Melalui trek ini, pendaki  akan mengikuti laluan yang telah tersedia, dan melalui beberapa bukit,  sehinggalah berjumpa dengan Jeram Kak Lang. Di sini selalunya di jadikan  Check point yang pertama. 
Perjalanan di  teruskan dengan melintasi sungai di atas jeram tersebut, sehingga  berjumpa dengan satu lagi anak sungai merangkap last waterpoint.  Seterusnya anda akan menjumpai kawasan pembalakan. Apabila terjumpa  dengan kawasan pembalakan ini, pendaki haruslah mengikuti arah kiri dan  melalui trek balak ini sehingga menjumpai laluan kembali ke trek yang  asal. Laluan ini di teruskan sehinggalah berjumpa dengan puncak botak.  Di kawasan puncak Botak ini, pendaki haruslah berhati-hati kerana  kawasannya licin kerana berpasir. Laluan seterusnya mengambil masa  sehingga 45 minit sehinggalah ke puncak
Pendakian bermula dari Puncak Bukit Putus 
Sekiranya  pendaki ingin memulakan perjalanan dari puncak Bukit Putus, pendaki  boleh meletakkan kenderaan di gerai yang terletak di sebelah kiri jalan.  Untuk pengetahuan para pendaki, setelah melalui perjalanan yang penuh  dengan jalan bengkang-bengkok, pendaki akan terlihat sebuah gerai di  sebelah kiri jalan. Pastikan pendaki turun di sini.
(Pintu Masuk Dari Arah Bukit Putus)
(Video Pendakian ke Puncak Gunung Angsi)(Pintu Masuk Dari Arah Bukit Putus)
Kemudian  pendaki akan menyeberangi jalan, dan menaiki satu trek yang jelas  kelihatan dari seberang jalan tersebut. Dalam perjalanan melalui trek  ini, pendaki juga akan berjumpa dengan kawasan laluan pembalak, pastikan  pendaki tidak mengikuti laluan ini dan teruskan perjalanan anda secara  lurus atau menegak, dan anda akan berjumpa kembali dengan trek yang  sebenar. Pendaki akan meneruskan perjalanan mengikuti trek sehinggalah  pendaki tiba ke puncak Gunung Angsi dari belakang iaitu bertentangan  dengan trek Ulu Bendul di puncak tersebut. 
(Tanda Aras Puncak Angsi)Bagi  yang ingin mencuba menggunakan trek balak, apabila berjumpa dengan trek  balak tersebut, pendaki perlu mengikuti trek ke kanan yang mengarah ke  atas atau mendaki. Sekiranya melalui terk ini, pendaki akan melalui trek  yang di buat oleh golongan-golongan chilake yang nak kaya cepat a.k.a  trek balak yang penuh dengan kehancuran kawasan hutan. Melalui trek ini,  pendaki akan berjumpa kawasan tanah runtuh, rekahan di trek namun  begitu. Daripada trek ini, pendaki boleh melihat Empangan Terip yang  berada di Pantai.
(Pemandangan Empangan Terip)
(Pemandangan Empangan Terip)
Penutup. 
Hutan  Rekreasi Ulu Bendul adalah tempat tumpuan rakyat berdekatan untuk  beriadah dan sebagai tempat perkhemahan bagi sekolah-sekolah. Dengan  erti kata lain, kawasan tersebut sesuai untuk aktiviti rasmi, yang  memerlukan prasarana yang cukup seperti tandas, bilik mandi, tapak  perkhemahan dan kantin, talipon, surau dan lain-lain. Waktu terbaik  untuk mendaki adalah sekitar jam 8 pagi ke jam 9 pagi. Bagi pendaki yang  menaiki bas, adalah di sarankan supaya pendaki menaiki trek Bukit Putus  dan menuruni Gunung Angsi melalui trek Ulu Bendul. Maka adalah mudah  bagi pendaki bersiap untuk pulang kerana di Ulu Bendul, terdapat banyak  bilik mandi, gerai makan dan tempat untuk menunggu bas. Waktu terbaik  untuk mendaki adalah sekitar jam 8 pagi ke jam 9 pagi. Okeh, selamat  mendaki!!!!




Assalam, sye bermint nk anjurkn mendaki gunung angsi…tpi nk mencari org yg akan guide kt sne nnti cmne ye…harp maklum bals segera….
ReplyDelete