Bersiul di dalam hutan 
Dilarang  sama sekali kerana ini akan menarik perhatian berbagai jenis binatang  buas. Apabila kehadiran orang yang memasuki hutan itu diketahui oleh  binatang buas, dirinya berada dalam keadaan bahava.
Bersiul  adalah perbuatan yg ditegah didalam Islam sebab Sewaktu Iblis turun  kebumi, dia Bersiul-siul sambil mencari anak-anak Adam utk disesatkan.  Maka Kesimpulannya Bersiul tu Amalan Iblis
Melaung Semasa di Hutan
Perbuatan  melaung di hutan juga ditegah. Melaung atau bercakap dengan kuat  dipercayai akan menarik perhatian berbagai-bagai jenis jembalang serta  binatang buas yang ada di dalam hutan.
Mentera & jampi serapah  menjurus kepada syirik. Amalan ni patut ditinggalkan. Penggunaan telur  & kemenyan biasanya dikaitkan dengan jin. Dalam Islam amalan ini  diganti dengan kenduri doa selamat / memadai dengan selawat. Insya'allah  sentiasa dilindungi.
Tangkal
Penggunaan tangkal  sering dilakukan bagi mejaga diri. Adat masyarakat melayu mengguna  tangkal sebagai pelindung selain dari Yang Maha Melindungi dijatuhkan  hukum syirik.
Bahaya penggunaan tangkal
Tangkal dari unsur haiwan;
Bagi  tangkal yg diperbuat dari unsur haiwan, mengundang bahaya dari haiwan  lain juga. Misalnya; tangkal dari kuku bapa rimau. Bau rimau tersebut  dikatakan degeruni oleh rimau2 lain namun mungkin ada bapa rimau lain yg  cuba mendekati bau ni sebagai pencabar kekuatan.
Tangkal dari unsur jin;
Jin akan menjaga tuannya namun jin sesama jin adakalanya akan berlawan dan akibatnya pada manusia.
Azimat
seeloknya guna ayat2 al-Quran & doa sebagai pendinding dan pemagar.
Seru haiwan
Elakkan dari menyeru nama2 haiwan dengan perasaan riak/mempersenda2 haiwan tersebut. Ingat Ujian Illahi.
Seru Jin
Elakkan dari seru nama2 jin, jembalang, qarin & seumpamanya.
Laung Nama sahabat
Seeloknya  elakkan dari laung nama sahabat, sebab ada jin / hantu syaitan yang  suka mengajuk dan akan menyeru nama tersebut. Ini boleh mengelirukan  kita.
Adab membuang air
Kenalpasti lokasi bukanlah rumah/tempat jin/syaitan bertenggek.
Jin suka tinggal di semak-samun, lubang2 pokok/tanah, pokok yang besar, gua2.
Beri salam sebelum membuang air, jangan pancut arah banir pokok besar sebaliknya pancut arah bertentangan.
 Doa Aku Masuk Hutan
Bismillah.."Tidak akan rosak dan musnah diriku diatas sebarang PERBUATAN MAKHLUK melainkan diizinkan ALLAH taala"
mohon share
ReplyDelete