Wednesday, August 24, 2011

Penyakit TIBI

TIBI ialah sejenis penyakit yang merbahaya yang boleh membawa maut jika tidak mendapat rawatan sempurna. Disebabkan oleh bacteria TIBI (Tubercle Bacilli) dan hanya boleh dilihat dengan mikroskop. Bakteria ini biasanya menjangkiti paru-paru dan boleh menyerang organ-organ lain seperti selaput otak, tulang, kelenjar leher, buah pinggang, kulit dan lain-lain.
Bagaimana TIBI Merebak ?
Bakteria TIBI disebarkan melalui udara. Pesakit TIBI yang menderita akan mengeluarkan berjuta-juta bacteria TIBI terawang-awang di udara seketika apabila bersin atau batuk. Individu yang menyedut udara tercemar ini mempunyai peluang dijangkiti bacteria TIBI. Biasanya pesakit TIBI boleh menyebarkan bacteria TIBI kepada individu yang berhubung rapat dengannya.
Tanda-Tanda TIBI
  • Batuk yang berterusan lebih dari 2 minggu
  • Kahak yang mungkin mengandungi darah
  • Demam dan berpeluh di sebelah petang dan malam
  • Susut berat badan dan hlang selera makan
  • Mengalami sakit dada apabila batuk atau semasa menarik nafas panjang
  • Mudah menjadi letih
Cara Mengesan Penyakit TIBI
Jika anda mengalami batuk yang berterusan atau tanda-tanda yang disebutkan tadi hendaklah :-
  1. mendapatkan pemeriksaan doktor
  2. melakukan pemeriksaan kahak untuk mengenalpasti bakteria TIBI
  3. menjalani pemeriksaan x-ray dada
Rawatan
Penyakit TIBI mengambil masa 6 bulan di bawah penyeliaan anggota-anggota kesihatan yang dilantik.
  • 2 bulan pertama dengan 4 jenis ubat diambil setiap hari
  • 4 bulan berikutnya dengan 2 atau 3 jenis ubat yang diambil 2 kali seminggu
Pencegahan
  • Bayi-bayi yang baru dilahirkan mestilah diberikan suntikan BCG. Dapatkan suntikan dos ke 2 sekiranya tiada bekas parut dna pada umur 12 tahun.
  • Sekiranya batuk yang berterusan lebih daripada 2 minggu, segeralah berjumpa doktor
  • Kontek iaitu ahli keluarga atau sesiapa sahaja yang tinggal sebumbung dengan pengidap TIBI dalam tempoh yang lama hendaklah datang membuat pemeriksaan di klinik atau di hospital kerajaan

Monday, August 22, 2011

RESEPI SATAY AYAM

RESEPI : SATAY AYAM MADU.
2 kg. daging ayam (pilih yang bahagian dada).
2 inci kunyit hidup.
1 inci halia.
1 inci lengkuas.
3 btg. serai. dipotong halus.
1 sudu besar serbuk jintan manis.
2 inci kunyit hidup.
3 sudu besar madu.
1 sudu kecil serbuk rempah (coriender powder).
sedikit serbuk kayu manis.
2 sudu minyak masak.
8 biji bawang kecil (shalot) di cincang kiub.
2 sudu besar kacang tanah.
Garam secukup rasa.
CARA-CARA:
1. Potong isi ayam berbentuk kiub, sais mudah untuk cucuk. Jgn terlalu besar dan terlalu kecil. Masa bakar satay itu bermasalah. Isi ayam yang telah dipotong kiub isikan dalam penapis untuk buang air yang berlebihan.
2. Kisar kacang tanah, halia, lengkuas, serai dan kunyit hidup dalam berkeadaan pes. Ambil sebuah bekas dan masukkan isi ayam bersama bahan-bahan yang telah kisar bersama dengan Madu, serbuk jintan manis, serbuk kulit kayu manis, bawang yang dicincang dan 2 sudu minyak masak. Gaulkan semua bahan ini bersama dengan isi ayam.  Sejukan dalam bahagian pembekuan dalam separa beku. Keluarkan dan masukkan kembali di peti sejuk di ruang dingin. Peram selama sekurang-kurangnya 4 jam atau semalaman.
3. Keluarkan isi yang telah peram mulakan cucuk di lidi satay. Lidi satay perlu direndam selama 10 minit sebelum lakukan kerja-kerja cucuk. Cucuk isi ayam cuma 3/4 bahagian lidi. Selepas isi ayam telah cucuk , tekan sedikit dengan  ibu jari dan jari penunjuk untuk  leperkan sedikit isi ayam supaya senang di masak. Sekiranya anda gunakan grill letrik, bentuk kiub lebih menarik dan tiada masalah untuk di grill. Kalau bakar secara tradisional perlu leperkan sedikit untuk cepat masak sebelum hangus.
4. Pembakaran satay perlu beri perhatian kepada lidi yang tidak berisi ayam. Api atau bahang panas tidak boleh disasarkan pada batang lidi dibahagian ini. Oleh kerana isi ayam cepat kering apabila dikenankan bahang api arang, maka minyak perlu disapukan dengan sebatang serai yang telah dijadikan seperti berus (cuma ketuk bahagian pedu serai memadai). semasa menyapu minyak awasi penyambaran api kepada isi ayam dan satay anda boleh hangus hitam. Bagi mengelakan keadaan ini cepat terbalikan satay anda.
5. sekiranya anda ingin menjimat arang kayu, isikan separuh bahagian dengan pasir kering dalam bekas pembakar satay. Sekiranya satay anda telah masak, kurangkan bahang api dengan tepikan bara arang kayu di bekas pembakar satay. Bara api kayu perlu mengipas selalu. Anda boleh juga gunakan Kipas meja untuk tujuan ini. Untuk mencantikan pembakaran isi ayam..peringkat akhir pembakaran, titiskan  sedikit minyak masak kedalam bara api menerusi berus serai anda. Satay anda akan seperti di grill.
PENYEDIAAN KUAH KACANG:
BAHAN-BAHAN.
250gm kacang tanah (serbuk) siap.
3 batang serai dipotong halus.
1/2 biji bawang besar.
1 inci halia.
3 ulas bawang putih.
3 sudu besar udang kering (direndam).
3 sudu besar cili giling.
1 cawan air asam jawa.
1 sudu besar gula pasir.
Garam secukup rasa.
4 sudu besar minyak masak.
CARA-CARA:
1. Kisar dengan sedikit air; serai, bawang, halia, bawang putih dan udang kering.
2. Masukkan minyak masak dan panaskan. Tumiskan bahan kisaran sehingga naik wangi, masukkan cili giling tumis hingga garing.
3. Masukkan serbuk kacang tanah kacau sebati. Masukkan air asam dan 1 cawan air. Masukkan gula dan garam secukup rasa.
4. Didihkan kuah sehingga pecah minyak. Kalau ingin tambah kepekatan boleh masukkan 1 sudu tepung jagung yang telah dicairkan. Kacau sehingga sebati. Kuah anda telah sedia.
Nota:
Kalau ingin nasi himpit mudah, beli saja yang tersedia jual. Sekiranya anda ingin buat sendiri, ambil sehelai bag plastik bersaiz 5 X 9. Jadikan empat bahagian sama rata. Isikan satu dari empat bahagian itu dengan beras. Hujung bag plastik itu mesti dikepitkan atau di staple rapat. Tebuk beg plastik dengan lidi satay di seluruh bahagian supaya air boleh meresap semasa masak. Masukkan dalam periok nasi dan rebus sehingga masak. Apabila telah masak, basuh dengan air dan sejukkan.

Sunday, August 7, 2011

PENYEDIAAN DIRI KE HUTAN

Kalau boleh buat solat sunat musafir terlebih dahulu,sebelum meneruskan perjalanan ke hutan.
NIATNYA:

(Usyalli Sunnatan Safari rakaataini lilLahi Taala)

Kemudian sediakan bekalan makanan secukupnya,jika perjalanan 40 hingga 50km selama 7-8 hari bawalah beras 2 hingga 3 kilogram seorang, pastikan bekalan beras mencukupi, kalau ada stove gas memasak lebih baik, pakai stove yang sistem injap sebab tabung gasnya boleh dicabut dari stove bila nak disimpan ketika meneruskan perjalanan meredah hutan.jika buleh cuba baca al Qur’an masa rehat di hutan, Buleh baca Surah Yaasiin, serta al Mulk.
Bawalah Global Positioning System , GPS, peta topo skala 1:50000. bawa kompas, jika berkemampuan bawa telephone setelit, penting jika ditengah hutan jika berlaku kemalangan senang hubungi helicopter pihak keselamatan.
Pakai kasut jungle boot kain hijau tapak getah yang cap goldez, jenis ini adalah yang baik sebab tapaknya lembut. jika boleh mesti tahu berenang, kerana ada ketika terpaksa seberang sungai yang berarus laju yang banyak terdapat dalam hutan negara ini. perlu tahu ekologi hutan.
Tahu nama pokok yang mahal nilainya seperti pokok Chengal , Meranti, Keruing, Nyatoh, Damar minyak, ramin dan sebagainya, supaya tidak dimusnahkan.
Herbanya pula tentulah Tongkat Ali dan herba Kacip Fatimah. jika jumpa kayu gaharu, jangan tebuk isi nya jika belum matang kerana cuma membazir. Mengikut akta perhutanan tak boleh ambil kayu gaharu. harga gaharu sekilo buleh cecah RM 15,000 hingga RM 20,000 di pasaran Timur Tengah untuk buat minyak athar.
Semasa di hutan jangan bercakap celupar, Di hutan bukan kita sahaja ada di dalamnya makhluk Jin dan hantu syaitan pun banyak. Langit dan Bumi tidak pernah berpisah, Di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung.
Tujuan kita mengenal pokok dihutan seperti Chengal, meranti damar minyak, kerana khuatir kita tertebang pokok yang bernilai tinggi ini jika ianya membesar nanti.jika buleh kita kurangkan menebang pokok masa berada dalam hutan.
Di ketika malam, jika boleh sediakan unggun api, supaya khemah kita tidak didatangi haiwan buas. Banyakkan berdoa ketika dalam hutan yang melibatkan perjalan sehingga 7 hari yang jaraknya lebih kurang 35 kilometer. Setiap kali memulakan perjalanan, ketua pasukan ekuklah berdoa, minta selamat dalam perjalan. Bangun pagi solat Subuh, selepas serapan pagi pada pukul 9 pagi eluklah mulakanlah kembali perjalanan.
Lihat peta topo skala 1:50000 setiap kali nak mulakan perjalan, pandu arah, tentukan bearing arah nak tuju.Lihat GPS untuk tahu gred reference kedudukan kita sebenar dan tandakan di atas peta topo, seeluknya menggunakan Peta Genuine.
Sungai, bukit serta tanda di atas peta perlu diamati selalu, bila sudah bergerak dalam 3 kilometer eluklah disemak semula kedudukan kita dibumi dan di atas peta. Biasa perkiraan berjalan di hutan, adalah bergantung kepada bentuk muka bumi, samada beralun atau mendatar, atau mendaki bukit.jika mendatar kita buleh capai 16 kilometer sehari perjalanan. Jika naik bukit turun bukit, mungkin kita hanya dapat capai 2 hingga 3 kilometer sahaja sehari perjalanan bermula pukul 9 pagi hingga 5 petang.
wasalam

HIDUP DI HUTAN

Membina Perlindungan

Yang utama dalam Ikhtiar Hidup di hutan ialah membina sebuah perlindungan atau dangau untuk tempat tidur serta berteduh dari hujan. Membina dangau mengambil masa lebih kurang selama 3 jam. Yang penting ialah mengumpul bahan binaan seperti kayu atau buluh serta daun dan akar atau rotan yang boleh dikutip diatas tanah atau dipotong dari pokok-pokok yang terdapat dikawasan berhampiran.

Setelah bahan-bahan tersebut dikumpul, 4 batang kayu panjang dipacak diatas tanah dengan secukup kejapnya menjadi satu struktur 6 kaki tinggi, 7 kaki panjang dan 4 kaki lebar. Kemudiannya stuktur ini kira-kira pada ketinggian 3 kaki dari tanah diikat dengan rotan kepada 4 batang kayu atau buluh untuk di lapik dengan beberapa batang kayu kecil sebagai lantai.

Batang kayu tambahan dipakai bagi memperkuatkan lantai. Seterusnya daun-daun lebar diikat disebelah atas dangau sebagai bumbung.

Dangau yang siap memberi semangat kepada penghuninya untuk hidup. Sekurang-kurangnya ia memberi perlindungan dari cuaca buruk dan biasanya binatang hutan akan berelak dari kawasan tersebut. Lebih-lebih lagi jika api dipasang ditepinya

Mencari Air dan Makanan

Walaupun hutan merupakan satu kawasan yang mengelirukan bagi seseorang yang tersesat didalamnya, ia mempunyai berbagai pokok-pokok dan tumbuhan serta makanan yang boleh menyelamatkan nasib simalang. Pertamanya hutan sentiasa mempunyai sumbar air untuk minum. Banyak sungai-sungai kecil yang terdapat di hutan. Kadang-kadang terdapat air terjun di lereng-lereng bukit yang airnya bersih untuk di minum.

Air sungai yang keroh pula boleh juga di minum selepas di tapis dengan pasir dan batu. Untuk lebih selamat air boleh dimasak bagi menghapus bakteria yang berbahaya.
Untuk makan, hutan sebenarnya mempunyai berbagai bahan yang boleh mengisi perut yang lapar.

Umpamanya di sungai kecil pun ada banyak ikan yang boleh ditangkap dengan mengguna berbagai cara mudah. Bubu boleh dibuat dari buluh dan diikat dengan rotan. Kemudian bubu ini diletak di saloran air yang biasa dilalui ikan.

Untuk menentukan ikan akan mengikut arus ke dalam bubu, permukaan bahagian anak sungai berkenaan boleh ditambak dengan tanah atau batu supaya arus airnya disalorkan melalui kawasan yang dikenakan bubu. Cara demikian boleh menghasilkan banyak ikan terperangkap didalam bubu.

Selain dari ikan, terdapat berbagai tumbuhan di hutan yang boleh dimakan. Rebung umpamanya mudah didapati di rumpun-rumpun buluh. Malahan nasib seseorang yang hilang akan berubah jika ia menemui pokok buluh di hutan. Batang buluh berguna untuk membuat tiang dan lantai dangau. Daunnya boleh disusun dan diselit di bahagian atas dangau sebagai bumbung dan rebungnya boleh dimasak atau pun dimakan sebagai ulam.

Pokok pisang dan pokok ubi juga banyak terdapat di hutan. Kadang-kadang kalau nasib baik mungkin terjumpa pokok buah cempedak atau langsat dan durian. Walaupun pisang, ubi, cempedak, langsat dan durian hutan tidak bagitu sedap seperti yang ditanam di kampong, makanan ini sangat perlu untuk hidup.

Tempat yang mudah mencari sumbar makanan di hutan ialah di
kawasan tebing sungai. Biasanya pokok seperti nipah, bayas, rotan, pegaga, terung belanda, senduduk, teratai dan lain-lain tumbuh dikawasan tepi air. Semuanya yang disebut diatas boleh dimakan.

Batang bayas pula boleh ditebang dan umbutnya sangat sedap dimakan. Sebatang umbut bayas dengan ukuran 4 kaki panjang boleh menjadi bekalan makanan untuk 2 atau 3 orang beberapa hari.

Menyedia Api

Dari sudut ikhtiar hidup di hutan, api dianggap paling pentng. Oleh itu seseorang yang memasuki hutan sudah tentu membawa macis atau petik api. Api boleh dinyalakan dengan membakar ranting-ranting kecil serta daun kering yang diatur dalam bentuk tepee atau piramid setinggi 1 atau 2 kaki.

Apabila ranting ini menyala dengan baik, Ranting-ranting yang lebih besar dimasukkan supaya apinya akan menjadi lebih kuat. Seterusnya batang-batang kayusebesar paha ditambah kepada api yang membara sehinggalah ia menjadi cukup besar untuk berbagai guna. Sekiranya seseorang itu tidak mempunyai macis atau pemetik api, tidak bermana ia tidak boleh berusaha membuat api.

Malahan ada berbagai cara bagi membuat api. Masyarakat dizaman silam memang mengguna berbagai cara untuk mendapat api. Antaranya ialah dengan menggesek batu untuk menghasilkan percikan api yang kemudiannya di tangkap oleh daun kering menjadi bara. Bara itu ditiup sehingga ia menyala menjadi api.

Ada juga api dihasilkan dengan menggunakan 2 jenis kayu. Satu kayu lembut yang dijadikan dulang dan satu kayu keras yang dipakai sebagai pengguris. Dihujung kayu dulang itu dibuat satu lubang untuk mengumpul habuk kayu akibat penggurisan bertubi-tubi keatas dulang oleh kayu keras.

Apabila kayu pengguris itu digeselkan tidak berhenti-henti haba panas akan dirasai diikuti dengan asap yang keluar dari bakaran bara habuk kayu yang terperangkap dalam lubang dulang. Bara yang panas itu dipindah ke atas daun-daun dan ranting-ranting kering yang telah disediakan. Apabila ditiup bara itu akan menyala dan apinya boleh diguna untuk masak.

Memasak

Memasak tanpa periuk atau kuali boleh dibuat dalam keadaan terdesak. Batang buluh boleh dijadikan alat memasak seperti yang digunakan oleh masyarakat Melayu membuat lemang. Umpamanya ikan yang ditangkap dengan bubu boleh dibalut dengan daun dan dimasukkan kedalam buluh yang disediakan.

Seterusnya air secukupnya dimasukkan ke dalam buluh. Kemudiannya buluh itu disandarkan ketepi api untuk memasakkan ikan. Setelah masak, buluh itu dibelah untuk mendapat ikan dan kuahnya.

Sayur juga boleh direbus dalam buluh sebelum dimakan.
Mungkin kalau tidak sabar menunggu masakan dalam buluh, ikan boleh dipanggang diatas bara api dengan menggunakan buluh sebagai pengapit ikan. Ubi juga boleh dibakar diatas bara api sebelum dimakan.

Menunggu Bantuan

Dengan adanya tempat perlindungan dan bahan makanan maka besar kemungkinan orang yang hilang itu dapat bertahan seberapa lama mungkin sebelum tiba anggota mencari dan menyelamat untuk menamatkan penderitaan yang dihadapinya.

Mencari Jalan Keluar

Sekiranya pihak yang hilang itu lebih daripada satu orang dan berkemampuan untuk mencari jalan keluar dan mendapat bantuan, maka mereka harus merancangnya dengan cara teratur. Pilih 2 orang yang cergas diantara mereka untuk menuju kearah perkampungan manusia diluar hutan.

Jika ada anak sungai berdekatan, maka sebuah rakit boleh dibina dengan menggunakan buluh-buluh atau kayu yang dikumpul. Rakit itu dibawa ke sungai dan dinaiki oleh 2 orang yang dipilih untuk mencari pertolongan. Mereka juga diberi bekalan makanan supaya tidak kelaparan.

IKHTIAR HIDUP DI HUTAN

Ikhtiar Hidup Di Hutan adalah satu ilmu yang sangat berguna bagi sesiapa yang minat aktiviti kembara di kawasan perhutanan tropika seperti di negara kita ini.
 
Ilmunya mudah dipelajari. Yang penting ialah semangat untuk hidup dalam menghadapi berbagai masalah dan cabaran. Biasanya dengan semangat yang kental, berbagai masalah dapat diatasi, termasuk berikhtiar mencari jalan keluar dengan selamat. Namun begitu tidak ada jaminan bahawa semua ikhtiar hidup pasti akan berjaya. Tetapi sekurang-kurangnya kita mesti cuba seberapa daya kearah kejayaan.
 
Kita perlu ketahui bahawa didalam hutan bukanlah seperti di pekan atau di kampung dimana berbagai barangan dan bahan sentiasa boleh dibeli untuk makan atau diguna bagi keselesaan hidup. Jadinya setiap orang yang minat mengembara ke hutan harus membuat persiapan yang mencukupi. Dengan kata lain beliau perlu membawa pakaian yang sesuai dan peralatan serta makanan yang mencukupi bagi tempoh kembaraannya.
 
Bekalan dan peralatan yang patut dibawa untuk kembara di hutan ialah:
 
. Khemah, beg tidur dan tikar getah
. Macis, pemetik api, parang, lampu picit serta bateri
. Peta, kompas
. Beras, kopi, teh, gula, garam, minyak masak
. Ikan kering, cili kering, bawang, kunyit, rempah dsbnya
. Periok, pinggan dan sudu plastik serta pisau dapur
. Makanan ringan seperti Mi sedia atau biskut kering
. Sepasang baju dan seluar panjang, topi serta kasut dan stoking
. Sepasang baju dan seluar ganti serta sehelai sarong
. Ubat dan alatan pertolongan cemas serta peralatan dandanan

Peralatan Ikhtiar Hidup
 
Persediaan diatas amat sempurna untuk ke hutan. Tetapi biasanya bagi seseorang yang hilang di hutan, peralatan tersebut jarang sekali dibawa bersama sebab terlalu berat atau tidak dirancang untuk tinggal lama di hutan.
Oleh itu selain pakaian, peralatan yang harus dibawa adalah seperti berikut:
 
. Macis, pemetik api dan parang
. Lampu picit dan bateri
. Ubat pertolongan cemas wisel dan peralatan dandanan
. Hammock (buaian) dan ponco
. Kain jarang (untuk tutup muka dan badan sewaktu tidur)
. Sarong tangan
 
Hammock diikat di pokok dan jadikan buaian untuk tidur. Ponco diguna sebagai bumbung untuk megelak dari hujan. Kain jarang dipakai sebagai selimut dan sarong tangan bagi mengelak dari gigitan nyamuk.
 
Peralatan Terpenting
 
Jika senarai peralatan diatas tidak juga dibawa, maka yang paling terpenting dibawa ialah:
 
. Macis atau petik api
. Parang
 
Tanpa kedua barangan diatas, ikhtiar hidup masih lagi dilakukan. Tetapi ia bertambah sukar. Sebabnya api penting dalam usaha ikhtiar hidup. Bagitu juga parang yang sangat berguna menebang dan memotong kayu untuk membuat tempat perlindungan atau memotong buluh untuk alat memasak.
 
Membina Perlindungan
 
Yang utama dalam Ikhtiar Hidup di hutan ialah membina sebuah perlindungan atau dangau untuk tempat tidur serta berteduh dari hujan.
Membina dangau mengambil masa lebih kurang selama 3 jam. Yang penting ialah mengumpul bahan binaan seperti kayu atau
buluh serta daun dan akar atau rotan yang boleh dikutip diatas
tanah atau dipotong dari pokok-pokok yang terdapat dikawasan berhampiran.
Setelah bahan-bahan tersebut dikumpul, 4 batang kayu panjang dipacak diatas tanah dengan secukup kejapnya menjadi satu struktur 6 kaki tinggi, 7 kaki panjang dan 4 kaki lebar. Kemudiannya stuktur ini kira-kira pada ketinggian 3 kaki dari tanah diikat dengan rotan kepada 4 batang kayu atau buluh untuk di lapik dengan beberapa batang kayu kecil sebagai lantai. Batang kayu tambahan dipakai bagi memperkuatkan lantai. Seterusnya daun-daun lebar diikat disebelah atas dangau sebagai bumbung.
Dangau yang siap memberi semangat kepada penghuninya untuk hidup. Sekurang-kurangnya ia memberi perlindungan dari cuaca buruk dan biasanya binatang hutan akan berelak dari kawasan tersebut. Lebih-lebih lagi jika api dipasang ditepinya
 
Mencari Air dan Makanan

Walaupun hutan merupakan satu kawasan yang mengelirukan bagi seseorang yang tersesat didalamnya, ia mempunyai berbagai pokok-pokok dan tumbuhan serta makanan yang boleh menyelamatkan nasib simalang. Pertamanya hutan sentiasa mempunyai sumbar air untuk minum. Banyak sungai-sungai kecil yang terdapat di hutan. Kadang-kadang terdapat air terjun di lereng-lereng bukit yang airnya bersih untuk di minum.

Air sungai yang keroh pula boleh juga di minum selepas di tapis dengan pasir dan batu. Untuk lebih selamat air boleh dimasak bagi menghapus bakteria yang berbahaya.
Untuk makan, hutan sebenarnya mempunyai berbagai bahan yang boleh mengisi perut yang lapar. Umpamanya di sungai kecil pun ada banyak ikan yang boleh ditangkap dengan mengguna berbagai cara mudah. Bubu boleh dibuat dari buluh dan diikat dengan rotan. Kemudian bubu ini diletak di saloran air yang biasa dilalui ikan. Untuk menentukan ikan akan mengikut arus ke dalam bubu, permukaan bahagian anak sungai berkenaan boleh
ditambak dengan tanah atau batu supaya arus airnya disalorkanmelalui kawasan yang dikenakan bubu. Cara demikian boleh menghasilkan banyak ikan terperangkap didalam bubu.
 
Selain dari ikan, terdapat berbagai tumbuhan di hutan yang boleh dimakan. Rebung umpamanya mudah didapati di rumpun-rumpun buluh. Malahan nasib seseorang yang hilang akan berubah jika ia menemui pokok buluh di hutan. Batang buluh berguna untuk membuat tiang dan lantai dangau. Daunnya boleh disusun dan diselit di bahagian atas dangau sebagai bumbung dan rebungnya boleh dimasak atau pun dimakan sebagai ulam.
Pokok pisang dan pokok ubi juga banyak terdapat di hutan. Kadang-kadang kalau nasib baik mungkin terjumpa pokok buah cempedak atau langsat dan durian. Walaupun pisang, ubi, cempedak, langsat dan durian hutan tidak bagitu sedap seperti yang ditanam di kampong, makanan ini sangat perlu untuk hidup.
 
Tempat yang mudah mencari sumbar makanan di hutan ialah di
kawasan tebing sungai. Biasanya pokok seperti nipah, bayas, rotan, pegaga, terung belanda, senduduk, teratai dan lain-lain tumbuh dikawasan tepi air. Semuanya yang disebut diatas boleh dimakan. Batang bayas pula boleh ditebang dan umbutnya sangat sedap dimakan. Sebatang umbut bayas dengan ukuran 4 kaki panjang boleh menjadi bekalan makanan untuk 2 atau 3 orang beberapa hari.

Menyedia Api

Dari sudut ikhtiar hidup di hutan, api dianggap paling pentng. Oleh itu seseorang yang memasuki hutan sudah tentu membawa macis atau petik api.
Api boleh dinyalakan dengan membakar ranting-ranting kecil serta daun kering yang diatur dalam bentuk tepee atau piramid setinggi 1 atau 2 kaki. Apabila ranting ini menyala dengan baik,
Ranting-ranting yang lebih besar dimasukkan supaya apinya akan menjadi lebih kuat.
Seterusnya batang-batang kayusebesar paha ditambah kepada api yang membara sehinggalah ia menjadi cukup besar untuk berbagai guna. Sekiranya seseorang itu tidak mempunyai macis atau pemetik api, tidak bermana ia tidak boleh berusaha membuat api. Malahan ada berbagai cara bagi membuat api. Masyarakat dizaman silam memang mengguna berbagai cara untuk mendapat api.
Antaranya ialah dengan menggesek batu untuk menghasilkan percikan api yang kemudiannya di tangkap oleh daun kering menjadi bara. Bara itu ditiup sehingga ia menyala menjadi api.
 
Ada juga api dihasilkan dengan menggunakan 2 jenis kayu. Satu kayu lembut yang dijadikan dulang dan satu kayu keras yang dipakai sebagai pengguris. Dihujung kayu dulang itu dibuat satu lubang untuk mengumpul habuk kayu akibat penggurisan bertubi-tubi keatas dulang oleh kayu keras. Apabila kayu pengguris itu digeselkan tidak berhenti-henti haba panas akan dirasai diikuti dengan asap yang keluar dari bakaran bara habuk kayu yang terperangkap dalam lubang dulang. Bara yang panas itu dipindah keatas daun-daun dan ranting-ranting kering yang telah disediakan. Apabila ditiup bara itu akan menyala dan apinya boleh diguna untuk masak.
 
Memasak
 
Memasak tanpa periuk atau kuali boleh dibuat dalam keadaan terdesak. Batang buluh boleh dijadikan alat memasak seperti yang digunakan oleh masyarakat Melayu membuat lemang. Umpamanya ikan yang ditangkap dengan bubu boleh dibalut dengan daun dan dimasukkan kedalam buluh yang disediakan. Seterusnya air secukupnya dimasukkan ke dalam buluh. Kemudiannya buluh itu disandarkan ketepi api untuk memasakkan ikan. Setelah masak, buluh itu dibelah untuk mendapat ikan dan kuahnya.

Sayur juga boleh direbus dalam buluh sebelum dimakan.
Mungkin kalau tidak sabar menunggu masakan dalam buluh, ikan boleh dipanggang diatas bara api dengan menggunakan buluh sebagai pengapit ikan.
Ubi juga boleh dibakar diatas bara api sebelum dimakan.

Menunggu Bantuan
 
Dengan adanya tempat perlindungan dan bahan makanan maka besar kemungkinan orang yang hilang itu dapat bertahan seberapa lama mungkin sebelum tiba anggota mencari dan menyelamat untuk menamatkan penderitaan yang dihadapinya.
Mencari Jalan Keluar

Sekiranya pihak yang hilang itu lebih daripada satu orang dan berkemampuan untuk mencari jalan keluar dan mendapat bantuan, maka mereka harus merancangnya dengan cara teratur. Pilih 2 orang yang cergas diantara mereka untuk menuju kearah perkampungan manusia diluar hutan. Jika ada anak sungai berdekatan, maka sebuah rakit boleh dibina dengan menggunakan buluh-buluh atau kayu yang dikumpul. Rakit itu dibawa ke sungai dan dinaiki oleh 2 orang yang dipilih untuk mencari pertolongan. Mereka juga diberi bekalan makanan supaya tidak kelaparan.

selamat mencuba....