Monday, August 22, 2011

RESEPI SATAY AYAM

RESEPI : SATAY AYAM MADU.
2 kg. daging ayam (pilih yang bahagian dada).
2 inci kunyit hidup.
1 inci halia.
1 inci lengkuas.
3 btg. serai. dipotong halus.
1 sudu besar serbuk jintan manis.
2 inci kunyit hidup.
3 sudu besar madu.
1 sudu kecil serbuk rempah (coriender powder).
sedikit serbuk kayu manis.
2 sudu minyak masak.
8 biji bawang kecil (shalot) di cincang kiub.
2 sudu besar kacang tanah.
Garam secukup rasa.
CARA-CARA:
1. Potong isi ayam berbentuk kiub, sais mudah untuk cucuk. Jgn terlalu besar dan terlalu kecil. Masa bakar satay itu bermasalah. Isi ayam yang telah dipotong kiub isikan dalam penapis untuk buang air yang berlebihan.
2. Kisar kacang tanah, halia, lengkuas, serai dan kunyit hidup dalam berkeadaan pes. Ambil sebuah bekas dan masukkan isi ayam bersama bahan-bahan yang telah kisar bersama dengan Madu, serbuk jintan manis, serbuk kulit kayu manis, bawang yang dicincang dan 2 sudu minyak masak. Gaulkan semua bahan ini bersama dengan isi ayam.  Sejukan dalam bahagian pembekuan dalam separa beku. Keluarkan dan masukkan kembali di peti sejuk di ruang dingin. Peram selama sekurang-kurangnya 4 jam atau semalaman.
3. Keluarkan isi yang telah peram mulakan cucuk di lidi satay. Lidi satay perlu direndam selama 10 minit sebelum lakukan kerja-kerja cucuk. Cucuk isi ayam cuma 3/4 bahagian lidi. Selepas isi ayam telah cucuk , tekan sedikit dengan  ibu jari dan jari penunjuk untuk  leperkan sedikit isi ayam supaya senang di masak. Sekiranya anda gunakan grill letrik, bentuk kiub lebih menarik dan tiada masalah untuk di grill. Kalau bakar secara tradisional perlu leperkan sedikit untuk cepat masak sebelum hangus.
4. Pembakaran satay perlu beri perhatian kepada lidi yang tidak berisi ayam. Api atau bahang panas tidak boleh disasarkan pada batang lidi dibahagian ini. Oleh kerana isi ayam cepat kering apabila dikenankan bahang api arang, maka minyak perlu disapukan dengan sebatang serai yang telah dijadikan seperti berus (cuma ketuk bahagian pedu serai memadai). semasa menyapu minyak awasi penyambaran api kepada isi ayam dan satay anda boleh hangus hitam. Bagi mengelakan keadaan ini cepat terbalikan satay anda.
5. sekiranya anda ingin menjimat arang kayu, isikan separuh bahagian dengan pasir kering dalam bekas pembakar satay. Sekiranya satay anda telah masak, kurangkan bahang api dengan tepikan bara arang kayu di bekas pembakar satay. Bara api kayu perlu mengipas selalu. Anda boleh juga gunakan Kipas meja untuk tujuan ini. Untuk mencantikan pembakaran isi ayam..peringkat akhir pembakaran, titiskan  sedikit minyak masak kedalam bara api menerusi berus serai anda. Satay anda akan seperti di grill.
PENYEDIAAN KUAH KACANG:
BAHAN-BAHAN.
250gm kacang tanah (serbuk) siap.
3 batang serai dipotong halus.
1/2 biji bawang besar.
1 inci halia.
3 ulas bawang putih.
3 sudu besar udang kering (direndam).
3 sudu besar cili giling.
1 cawan air asam jawa.
1 sudu besar gula pasir.
Garam secukup rasa.
4 sudu besar minyak masak.
CARA-CARA:
1. Kisar dengan sedikit air; serai, bawang, halia, bawang putih dan udang kering.
2. Masukkan minyak masak dan panaskan. Tumiskan bahan kisaran sehingga naik wangi, masukkan cili giling tumis hingga garing.
3. Masukkan serbuk kacang tanah kacau sebati. Masukkan air asam dan 1 cawan air. Masukkan gula dan garam secukup rasa.
4. Didihkan kuah sehingga pecah minyak. Kalau ingin tambah kepekatan boleh masukkan 1 sudu tepung jagung yang telah dicairkan. Kacau sehingga sebati. Kuah anda telah sedia.
Nota:
Kalau ingin nasi himpit mudah, beli saja yang tersedia jual. Sekiranya anda ingin buat sendiri, ambil sehelai bag plastik bersaiz 5 X 9. Jadikan empat bahagian sama rata. Isikan satu dari empat bahagian itu dengan beras. Hujung bag plastik itu mesti dikepitkan atau di staple rapat. Tebuk beg plastik dengan lidi satay di seluruh bahagian supaya air boleh meresap semasa masak. Masukkan dalam periok nasi dan rebus sehingga masak. Apabila telah masak, basuh dengan air dan sejukkan.

No comments:

Post a Comment