topik nie banyak kali timbul tapi untuk menjawab soalan, proceed saja la ye.
tapi  soalan agak umum tanpa bagitau untuk trip yang macam mana dan berapa  lama. jadi, jawapan umum dan ringkas ialah: barang yang ringan dan tidak  pejal dimasukkan dulu (bahagian bawah), barang yang berat dan mampat  tapi tidak terlalu pejal (masih boleh adjust cth: air atau minyak dalam  botol plastik/container, beras) susun di pertengahan beg dan dekat  dengan tulang belakang, tin dan barang pejal dan berat di pertengahan  dan jauh dari tulang belakang, barang yang berat tapi longgar disusun di  bahagian atas (susunan berat ini juga bertindak menekan dan memampatkan  struktur beg jadi beg semakin lama semakin solid dan bahagian ringan  tadi akan berperanan sebagai pengapung berat). snack/jajan boleh la  diselit untuk mampatkan bahagian atas tadi. gadjet, headlamp atau baju  hujan letak la di kompartmen atas dan poket/kompartmen tepi beg.
nak packing memang ada sistem.
bergantung  kepada jenis beg atau skala ekspedisi, setting memang berbeza tapi  masih ada persamaan iaitu sistem asas: berat dan tekanan beban mesti  disusun dekat dengan tulang/bahagian belakang badan. ini membolehkan  komponen beg yang bekerja sebagai satu sistem (setiap brand ada  sistem/teknologi berlainan) akan bertindak mengalihkan tekanan beban itu  ke pusat pengumpulan stress (titik graviti) di bahagian tengah badan  iaitu pusat/pinggang. bila tekanan berat beban (load stress) berada di  paksi, sistem beg bekerja dengan lancar. beg pun seimbang dan "sebadan"  dengan step atau movement. kita akan rasa berat beban (stress) pada  pusat (perut) sahaja dan bukan pada bahu sebab ada hip belt. bukan macam  beg sekolah yang hanya ada strap bahu. setiap tali/strap dan adjustable  lock ada peranan dan sukatannya. jadi rujuk buku manual tahap mana  sesuai untuk saiz badan kita atau cuba set bila beg tu dah load dengan  full capacity (atau hampir). jangan set sewaktu beg kosong.
kalau  dah beli haversack, harga mahal sikit kan. semestinya ada reason kenapa  beg tu mahal. semuanya sebab kos R&D pada sistem pada beg. jadi  optimakan sistem yang ada dengan dapatkan setting serasi. load stress  setting yang betul akan mengelakkan/minimakan sakit atau lenguh di  bahagian utama iaitu bahu, pangkal peha dan tulang belakang. jangan  ambil mudah dengan arahan pada manual book atau distributor. badan nak  pakai seumur hidup jadi jangan jahanamkannya dengan ambil mudah beberapa  perkara kecil.
pusat graviti muatan perlu match dgn pusat graviti badan, jadi posture  badan dan imbangan semasa berjalan tidak dipengaruhi oleh beban..back  system juga perlu sesuai dgn badan, bole diejas2 supaya ia sepadan dgn  torso dan shape badan..rasanya aqu tak perlu terangkan pasal torso,  illiac crest atau c7 sbb infonya mudah dpt kt google..terus ke basic  prosedur susun barang je la.. 
Jika utk basic prosedur bagi  setting utk mendaki, aqu setuju kalo barang yg berat perlu rapat ke  torso dan berada lebih atas dr illiac crest. Bahagian bawah (searas  illiac crest) diisi dgn barang ringan spt pakaian supaya tiada bebanan  berlebihan yg memaksa pusat graviti terarah terlalu ke belakang. Untuk  bahagian atas beg, elakkan meletakkan barang yg berat melebihi dari aras  tulang c7 supaya pusat graviti badan tidak terarah terlalu kekiri atau  kanan semasa mendaki.
Semasa menurun pula, cuma pastikan barang2  yg diletak diaras c7, diletakkan sedikit bawah ke belakang, ini supaya  agihan berat beg tidak mendesak pusat graviti terlalu terarah ke depan  semasa menurun. Ini penting supaya momentum ketika menurun tidak  menghasilkan inersia yg terlalu besar yg akan menekan rawan lutut untuk  megimbangi pergerakan. kebiasaannya, aqu akan buatnya simple..gunakan  bladder cam biasa ketika mendaki tapi letakkannya kebelakang ketika  turun..tp mau kena ada dry bag la dlm beg in case bladder tu teraccident  plak..atau kalo aqu tak guna bladder, aqu akan guna botol platypus utk  jd balancing..botol mineral pon bole tp jgn kasi ada udara la dlm, sbb  kalo bergoncang tak guna gak..
itu basic penyusunan brg utk  mendaki..tp kalo utk trekking/hiking, penyusunan akan berubah tetapi  konsep titik graviti utk balancing tu sama gak la..kemudian perlu amik  kira jenis2 barang dan nk letak kt mana plak..poncho pon ada terangkan  kt atas..susun atur utk barang2 penting dan tak penting pon perlu amik  kira..psk/fak seeloknya letak kt tempat yg mudah capai..headlamp dan  mcm2 lg la..   
utk peringkat yg lebih tinggi, kaedah penyusunan  barang bukan hanya semudah kaedah berat didepan,ringan dibelakang lg  dah..ini bergantung apa beg yang dipikul dan sistem apa yang menyokong  kekuatan beg tu..atau bahasa mudahnya penyusunan brg utk sistem bioflex  pd beg c7 berbeza dr sistem AFS pd baltoro, Load Transfer Disk pd  naos..kaji structure beg, sbb kebanyakan beg ada method tersendiri utk  menyesarkan agihan berat pd pusat graviti..strength, material dan bentuk  memberi impak yg berbeza bila dipadankan dgn posture badan..kang bila  aqu citer cakap eksen plak, tp bila dah rasa berbagai jenama beg kt  dunia ni, mungkin pendekatan aqu sikit berbeza..aqu suka sistem beg tp  bukan brand loyal la..aqu tak suka beg yg replika2 nih sbb mata aqu  tetap perati tak sama ngan yg ori..sbb natijah daripada penyusunan  barang yg tidak betul ditambah plak dgn menggunakan beg yg tidak ikut  specs pengeluar, kita akan lebih terseksa semasa memikul.
No comments:
Post a Comment