Monday, July 11, 2011

Photo of Gunung Korbu
Gunung Korbu merupakan sebuah gunung yang terdapat di Perak Darul Ridzuan, Malaysia. Gunung Korbu mempunyai ketinggian setinggi 2,183 meter.

Gunung Korbu mempunyai kawasan hutan Dipterokarp Bukit, hutan Dipterokarp Atas, hutan Montane dan Hutan Ericaceous atau hutan gunung.
Cara Pendakian
http://img153.imageshack.us/img153/7917/puncakgkorbudllde1.jpg
Dari Ipoh menuju ke Tanjung Rambutan. Di situ ada perkampungan orang Asli suku Semai. Mendaki ikut Sungai Kinta. Jarak dari Tanjung Rambutan ke Gunung Korbu ialah 16 km. Mulakan dari berek pasukan polis dan Jabatan Bekalan Air Kinta.
  1. Medan Kidd, Ipoh – naik bas awam ke Tanjung Rambutan
  2. Balai Polis Tanjung Rambutan – daftar nama di sana (nama, alamat, KP, tujuan, bilangan, berapa lama di puncak. Bila balik daftar sudah berjaya sampai)
  3. Kem Briged Polis Hutan Ulu Kinta – naik van. Sekarang dikenali sebagai Pasukan Gerakan Am, Ulu Kinta.
  4. Loji air, pagar intake
  5. Beberapa perkampungan orang Asli
  6. Kem Agas
  7. Kem Seroja
  8. Bukit Botak
  9. Gunung Korbu Raya
Pendaki juga boleh mendaki Gunung Korbu melalui Pos Sg Termin.
  1. Terminal Bas Ekspress Medan Gopeng
  2. Ulu Kinta Waterfall
  3. Ulu Kinta Reservation
  4. Empangan Sultan Azlan Shah
  5. Pos Sg Termin
  6. Bukit Nanas (by pass) (Kg Orang Asli Sg Termin)
  7. Dataran Pacat (Rest area)
  8. Kem 9-10 (Campsite capacity: 10 org)
  9. Termin Waterfall Camp / Kem Batu Besar (Campsite capacity: 10-15 org)
  10. Bukit Penat (by pass)
  11. Kem Seroja (Campsite capacity: 40 org)
  12. Kem TV3 (Campsite capacity: 10 org)
  13. Bukit Lagi Penat (by pass)
  14. Kem Kancil (Campsite capacity: 10-15 org) New
  15. Kem Kijang (Campsite capacity: 40 org)
  16. Last Water Point (LWP)
  17. Puncak Botak (Campsite capacity: 10 org)
  18. Puncak Chuban (Campsite capacity: 10 org)
  19. Puncak Korbu Raya
  20. Puncak Gunung Korbu (7,182 ft) (Campsite capacity: 40 org)
http://12peaks.com/12peaks/gtrans/6.JPG
Apabila tiba di puncak Gunung Korbu, pendaki boleh juga terus ke Gunung Gayong dan seterusnya ke Gunung Yong Belar kemudian turun di Cameron Highland, Pahang, ekspedisi dakian ini lebih dikenali sebagai Trans Titiwangsa. Ekspedisi tersebut mengambil masa 7 hari. Pendaki juga boleh terus ke Gunung Yong Yap, Gunung Chamah dan Gunung Ulu Sepat yang memakan masa lebih 21 hari untuk melengkapkan ekspedisi G7 di Banjaran Titiwangsa.
Dari puncak dapat dilihat Lembah Kinta, Bukit Keledang, laut Selat Melaka, pemancar di Bukit Larut, Taiping, Pulau Pinang, Gunung Gayong, Gunung Yong Belar, Gunung Berinchang di Cameron Highland. Ada stesen pemancar televisyen di Gunung Berinchang. Gunung Yong Yap di Kelantan juga jelas kelihatan.
Trek asal kini juga telah berubah wajah. Pihak pemaju telah mewujudkan satu lagi trek di sebelah atas bukit untuk pendaki ke Gunung Korbu. Namun trek yang seakan-akan trek balak ini sangat panas terik dan mengeringkan tekak.
http://lh4.ggpht.com/ykkclow/Rg-ZDweRFlI/AAAAAAAAAPg/WiGvR1dKNo8/s288/DSC00868.JPG
Sebuah trek lama Korbu yang telah ditutup kini dibuka semula oleh para pendaki tegar yang membuat tanda-tanda pada pokok untuk kemudahan pendaki di masa akan datang. Trek ini akan melalui Sungai Seno’oi (melalui perkampungan orang asli Kg Cadak & Kg Makmur), Kem Balak dan Kem Singapura. Pendaki sama sekali tidak akan melalui Kem Seroja, Kem Kijang, Puncak Botak, Gunung Raya kerana trek untuk sampai ke puncak ke puncak Korbu ialah dari sebelah belakang. Bermaksud pendaki akan melalui bukit-bukit yang lain untuk sampai ke puncak Korbu.
Setiap ekspedisi untuk mendaki gunung-gunung di Malaysia seharusnya menggunakan Guide yang berlesen dengan Malaysia Tourism Board. Bagi mendaki gunung-gunung di negeri Perak, pendaki boleh mendapatkan khidmat guide daripada Silver Outdoor Sport (S.O.S) yang berpengalaman dalam menunjuk arah di dalam hutan.

No comments:

Post a Comment