Monday, July 11, 2011

GUNUNG HANTU BESAR

Khidmat 4 X 4 amat diperlukan,kalau nak jalan kaki takut tak larat.Guna 4 X 4 pun memakan masa 1 jam perjalanan dari kg.chennah ke pejabat jabatan hutan.So kena la keluar modal sikit..Kalau nak murah boleh contact saya,saya rekemen member saya.

 4 X 4 hanya akan hantar sampai pejabat hutan saja sebab jalan ni dah runtuh separuh jalan.So kena la berjalan kaki.Jika tidak kita dah jimat masa,kerana 4 X 4 katanya boleh sampai ke lata kijang.

So dalam  nak memulakan perjalanan kita diberi 2 pilihan,samada nak mengikut lata kijang atau terus ke kem sg kering.Kedua-dua jalan berbukit dan memenatkan.Ada orang aewaktu pergi nak ikut lata kijang,manakala sewaktu balik tak perlu ikut lagi lata kijang.Moralnya anda akan tahu kedua-dua trek.

View lata kijang memang indah,betapa besar ciptaan tuhan dengan air terjunnya.


Diseberang ada tangga untuk teruskan semula perjalanan.Ada  360 anak tangga yang perlu dipanjat untuk sampai ke trek laluan semula.Cuma terk ini macam kurang orang gunakan.

Anda akan sampai kepersimpangan ini,jadi bolehlah rehatkan badan sebentar setelah penat lalui pendakian.Untuk sampai kesini dari jabatan hutan melalui lata kijang mengambil masa 3jam perjalanan.

Kem ni dinamakan dengan 3 nama: i) kem simpang 2     ii) kem sg.kering   iii)kem hantu air


Dari kem sg.kering nak ke kem orkid ni mengambil masa 1jam 40minit.So kalau nk tido kem sg.kering pun digalakan.Cuma mengambil masa 3jam 30minit untuk kepuncak.Kalu tido disini punca airnya jauh.Perlu turun kebawah gaung untuk dapatkan punca air.



 Trek dari kem orkid kepuncak agak sederhana.Cuma dalam 200 meter nak sampai puncak anda akan jumpa simpang untuk ke gunung sebelah,iaitu gunung bongkok (mengikut kata penduduk kg.chennah).gunung bongkoko adalah gununu batu kapur.Trek tu hanya digunakan oleh orang asli saja.

100 meter nak sampai puncak treknya berlumut,Amat unik trek ni,suhunya yang dingin amat menyamankan.Rasanya sesiapa yang melaluinya harus menikmati keindahannya.

Terdapat batu sempadan di puncak.

Beirutnya telah tumbang dimamah usia.

Ini lah tanda aras ketinggian yang ada,sebagai bukti kita dipuncak (1462 m )

2 comments:

  1. salam...boleh sya dpt kn contact no utk khidmat 4x4 x?0104242800 no fon sya.
    -farhan

    ReplyDelete
  2. wasalam..Bro deal ngan bro ni..dia organiser kat area kg,chennah tu..nama nya nua kenaboi..ni saya bg link FB dia..http://www.facebook.com/nuakenaboi?ref=ts&fref=ts

    ReplyDelete