Thursday, December 15, 2011

APA ITU POKOK

Pokok merupakan tumbuhan berkayu dalam alam tumbuhan. Sesejenis tumbuhan ditakrifkan sebagai pokok sekiranya tumbuhan tersebut mempunyai akarbatangdahan, dan daun. Pokok juga mempunyai tempoh hayat yang lebih lama berbanding tanaman yang lain. Beberapa spesies pokok tumbuh sehingga ketinggian 100 meter (300 kaki) dan terdapat pokok yang mampu untuk hidup sehingga beberapa abad dan ada yang sehingga mencecah seribu tahun. Pada tahun 2005, terdapat kira-kira 400 bilion pokok di Dunia, dengan purata 61 pokok untuk setiap orang.[1]
Bahagian penting bagi sebatang pokok adalah akarbadandahanranting, dan daun. Batang pokok kebanyakannya terdiri daripada tisu penyokong xilem (xylem}, dan tisu pengangkutan floem (phloem). Sebenarnya, kayu terdiri daripada sel xilem, dan kulit kayu kebanyakannya terdiri daripada floem. Apabila sebatang pokok bertambah tua, ia membina gelang pertumbuhan (growth ring).
Gelang pertumbuhan boleh dikira bagi memastikan usia pokok terutama bagi pokok yang tumbuh di kawasan beriklim sederhana, dan digunakan untuk mengenalpasti usia dan tarikh kayu yang diambil dari pokok masa silam dengan menggunakan sains dendrokhronologi. Umbi pokok adalah pada lazimnya terbenam dalam bumi dengan itu membentuk pasak untuk biomass di permukaan tanah dan menyerap air dan garam-galian dari tanah.
Di atas permukaan tanah, batang pokok memberikan ketinggian untuk membenarkan cabang dan ranting berdaun memperolehi kelebihan berbanding tumbuhan lain untuk mendapatkan cahaya matahari. Dalam kebanyakan pokok, susunan dahan memberikan kelebihan untuk pendedahan optima daun kepada cahaya matahari. Matahari adalah penting untuk proses fotosintesis dalam penghasilan kanji bagi tumbuhan.

SISTEM BERAJA

KETUA NEGARA DAN NEGERI

Jawatan Yang di-Pertuan Agong bukanlah jawatan yang diwarisi turun temurun. Malaysia mengamalkan sistem kerajaan Raja Berperlembagaan dalam demokrasi berparlimen pada dua peringkat iaitu peringkat Persekutuan dan peringkat Negeri. Pada peringkat Persekutuan, Ketua Negara ialah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, sementara ketua kerajaan ialah Perdana Menteri. Pada peringkat negeri pula, ketua negeri dikenali dengan pelbagai nama seperti Sultan, Raja, Yang di-Pertuan Besar atau Yang Dipertua Negeri. Ketua kerajaan Negeri pula ialah Menteri Besar atau Ketua Menteri.
 
 
 
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin menandatangani Surat Sumpah Jawatan dan Ikrar Taat Setia pada Istiadat Mengangkat Sumpah memegang Jawatan Yang di-Pertuan Agong XIII pada 13 Disember 2006.
Sumber : Perpustakaan Foto, Jabatan Penerangan Malaysia


MAJLIS RAJA-RAJA

Dalam Perlembagaan Persekutuan urusan pemilihan dan perlantikan Yang di-Pertuan Agong adalah terletak pada Majlis Raja-Raja. Dalam sistem kerajaan Persekutuan yang terdapat ramai Raja, sebuah Majlis yang dinamakan Majlis Raja-Raja telah ditubuhkan mengikut Perkara 38 Perlembagaan Persekutuan sebagai tempat bagi Raja-Raja dan Yang Dipertua-Yang Dipertua Negeri bertemu dan berbincang. Dalam beberapa perkara yang tertentu, Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kerajaan supaya memperolehi nasihat daripada Majlis Raja-Raja.
NASIHAT KERAJAAN
Institusi pemerintahan beraja merupakan sumber kekuasaan dan kewibawaan, pemerintah dan kerajaan. Institusi ini merupakan sumber kekuatan rakyat dan tempat rakyat mencari perlindungan, keadilan, memberikan kesetiaan, kecintaan dan taat setia kepada negara. Di negara-negara yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen di bawah sistem kerajaan Raja berperlembagaan, kuasa rakyat terletakhak pada Parlimen yang kemudiannya meletakhakkan kuasa eksekutif kepada Jemaah Menteri. Walau bagaimanapun, setiap tindakan pihak berkuasa dilaksanakan atas nama Yang di-Pertuan Agong yang bertindak atas nasihat kerajaan.

Wednesday, December 14, 2011

DARI SENAWANG KE GUNUNG BERINCHANG ( CAMERON HIGHLANDS )

BAG GALAS SUDAH SIAP SEDIA UNTUK XPDC KALI NI.
APA LAGI..POSE LA KEJAP YA TAK..
REMY ( OTAI / DRIVER TUK TRIP KALI NI )..AKU JUST SEBAGAI PENUNJUK ARAH..ARUL KAT BELAKANG TU DGN TABLET DELL DIA..
NI ABANG LONG LAZIM ( MUKA JAMBU )..BEST GAK LAYAN MAMAT NI,MACAM2 CERITA TENTANG KISAH KERJAYA LAMPAUNYA DI CERITAKAN PADA KITORANG SEMASA OTW NI..LAWAK PUN ADE GAK..LAZIM OH LAZIM.
NI POSE JAP KAT R&R HENTIAN JEJANTAS SG.BULOH,MEMBER YG LAIN2 G CARI BENDA MAKAN.
LAZIM..OH LAZIM,BAB BERGAMBAR MEMANG DIA SUKA SANGAT.GAYA TAK BOLEH TAHAN.DAH MACAM GAYA MODEL PLUS PUN ADA GAK.
NI KAT AIR TERJUN LATA ISKANDAR,LALUAN DARI TAPAH KE RINGLET PASTI AKAN JUMPA PORT BERSANTAI YANG CUKUP NYAMAN INI.
SEMASA DI RINGLET,YAKNI DEPAN PETRONAS PETROL PUMP,AKU JUMPA LA SEBUAH KENDERAAN YANG CUKUP ANTIK NI.KAT FELDA DULU BANYAK LA KENDERAAN JENAMA LAND ROVER NI..CUBA LIHAT NO PENDAFTARAAN NYA..TAH TAHUN BILA LA "REGISTRATION NUMBER" NI..SO AKU PUN SURUH LA ARUL KLIK JAP TABLET DIA YG CANGGIH TU.
ON THE WAY NAK KE TANAH RATA,PASTI KITA AKAN JUMPA LAND ROVER ANTIK NI DI JALAN RAYA.JADI AKU FOLLOW JE 4WD NI..NAK TENGOK AKSINYA..YANG PASTINYA MEMANG "POWER" SI TUA NI.
NI WAJAH PEKAN RINGLET.
KAMI MENGHAMPIRI PEKAN TANAH RATA,DISINI BANYAK HOTEL DAN APARTMENT PENGINAPAN YANG SESUAI UNTUK DISEWA BERSAMA KELUARGA @ TEMAN.
PEKAN NI AGAK SIBUK DENGAN PELBAGAI AKTIVITI.
 SEMPAT JUGA AKU KLIK GAMBAR PEJABAT POS NI,PEKAN TANAH RATA DI ANGGAP SEPERTI NADI PENTADBIRAN BAGI SELURUH DAERAH DI CAMERON HIGHLANDS.
SEDIKIT VIEW LADANG TEH DI SEPANJANG PERJALANAN KE BERINCHANG.
DI PEKAN BERINCHANG PADA JAM 1.30 PM,HUJAN GERIMIS PADA KETIKA INI.AGAK MERISAUKAN JUGA KERANA KAMI SEMUA PERLU TERUS KE PUNCAK GUNUNG BERINCHANG UNTUK XPDC KE PUNCAK GUNUNG IRAU PADA KE ESOKAN HARI.PASTI NYA KAMI PERLUKAN REHAT YANG CUKUP DI PUNCAK GUNUNG BERINCHANG.
PERJALANAN XPDC BERMULA DARI PEKAN BERINCHANG.
KAMI TERPAKSA BERPATAH BALIK KE PEKAN BERINCHANG UNTUK MENCARI ALTERNATIF LAIN SUPAYA DAPAT KE PUNCAK GUNUNG BERINCHANG.KENDERAAN KAMI INI GAGAL MENERUSKAN PERJALANAN KERANA KEADAAN JALAN YANG AGAK MENCANAK SERTA DITAMBAH DENGAN KEROSAKAN JALAN AKIBAT HAKISAN.
APA PUN SEBELUM TURUN KAMI POSING DULU.ORAIITTT
HUJAN + KETINGGIAN = KESEJUKAN TERAMAT SANGAT.
DAPAT DILIHAT RUANG SANTAI BAGI PARA PENGUNJUNG  BERINCHANG.
SETELAH KAMI MENYEWA TEKSI DI PEKAN BERINCHANG,AKHIRNYA SAMPAI JUGA KAMI KE GUNUNG BERINCHANG.CUMA APA YANG KAMI KECEWA IALAH,KAMI TELAH DIARAHKAN OLEH PIHAK JABATAN PERHUTANAN NEGERI PAHANG CAWANGAN CAMERON HIGHLANDS AGAR TURUN SEMULA KE BAWAH.MENURUT MEREKA TIDAK ADA SESIAPA PUN YANG DIBENARKANN UNTUK BERMALAM DI PUNCAK GUNUNG BERINCHANG INI.JAM WAKTU ITU MENUNJUKAN PUKUL 7.00 MLM.JUGA MEREKA TIDAK MEMBENARKAN KAMI SEMUA ( BEBERAPA GROUP LAIN ) UNTUK MENDAKI GUNUNG IRAU.BERTAMBAH KEKECEWAAN KAMI ( HILANG MOOD DIBUATNYA ).
KAMI BERHARAP DILAIN WAKTU UNTUK KAMI KESINI SEMULA..SEKIAN

Monday, October 17, 2011

LIST OF ISLAND IN MALAYSIA

 
Pulau aman ( Aman Island ) Pulau malawali ( Malawali Island )
Pulau aur ( Aur Island ) Pulau mataking ( Mataking Island )
Pulau balambangan ( Balambangan Island ) Pulau pangkor ( Pangkor Island )
Pulau banggi ( Banggi Island ) Pulau papan ( Papan Island )
Pulau besar ( Besar Island ) Pulau payar ( Payar Island )
Pulau bidong ( Bidong Island ) Pulau pemanggil ( Pemanggil Island )
Pulau duyung ( Duyung Island ) Pulau perhentian ( Perhentian Island )
Pulau gaya ( Gaya Island ) Pulau rawa ( Rawa Island )
Pulau germia ( Germia Island ) Pulau redang ( Redang Island )
Pulau jambungan ( Jambunagn Island ) Pulau sebatik ( Sebatik Island )
Pulau jerejak ( Jerejak Island ) Pulau selingan ( Selingan Island )
Pulau kapalai ( Kapalai Island ) Pulau sibu ( Sibu Island )
Pulau kapas ( Kapas Island ) Pulau sipadan ( Sipadan Island )
Pulau ketam ( Ketam Island ) Pulau tabawan ( Tabawan Island )
Pulau kukup ( Kukup Island ) Pulau tengah ( Tengah Island )
Pulau lang tengah ( Lang Tengah Island ) Pulau tenggol ( Tenggol Island )
Pulau langkawi ( Langkawi Island ) Pulau tiga ( Tiga Island )
Pulau langkayan ( Langkayan Island )  Pulau timbun-mata ( Timbun Mata Island )
Pulau layang-layang ( Layang-layang Island ) Pulau tinggi ( Tinggi Island ) 
Pulau ligitan ( Ligitan Island ) Pulau tioman ( Tioman Island )
Pulau mabul ( Mabul Island ) Pulau upeh ( Upeh Island )

5 PULAU YANG TERCANTIK DI MALAYSIA

Tarikan pelancong di Malaysia iaitu Pulau Sipadan, Tioman, Langkawi, Redang dan Perhentian. Kelima-lima pulau ini mempunyai tarikan dan keunikannya yang tersendiri.
Pulau Sipadan
Pulau yang terletak berhampiran bandar Sampoerna, Sabah ini adalah antara pulau terindah di dunia dan popular dengan aktiviti selaman skuba. Mengikut keputusan undian umum yang dikeluarkan oleh New 7 Wonders of Nature votes commitee, Pulau Sipadan telah tersenarai antara 77 bentuk muka bumi yang ajaib dan terbaik dunia pada tahun 2009.
Foto: Perry Aragon
Pulau Tioman
Pulau Tioman yang berada di bawah pentadbiran negeri Pahang ini terletak di antara sempadan Pahang dan Johor. Pulau ini pernah tersenarai sebagai 10 pulau tercantik di dunia dan kewujudannya kini sedang dipertahankan sebagai antara syurga aktiviti selaman skuba dan gaya hidup pulau yang menyeronokkan.
Foto: Choh Wah Ye
Pulau Langkawi
Pulau bebas cukai yang terletak di negeri Kedah ini terkenal dengan mitos dan lagenda seperti Pulau Dayang Bunting, Mahsuri, Puteri Dayang Sari, Telaga Tujuh dsb. Langkawi yang mempunyai taman geologi berusia jutaan tahun kini dikenali sebagai Langkawi Geopark.
Foto: Edzone
Pulau Redang
Pulau Redang adalah pulau yang terbesar dan yang tercantik di pantai timur Malaysia. Pulau yang terletak di Terengganu ini mempunyai sejarah tersendiri semasa Perang Dunia kedua di mana dua buah bangkai kapal iaitu H.M.S Putera Wales dan H.M.S Repulse ditenggelamkan di perairan pulau ini.
Foto: Yee Yip Siang
Pulau Perhentian
Pulau Perhentian yang juga terletak di Terengganu antara pulau yang popular di kalangan pelancong tempatan dan luar negara. Pulau ini sering menjadi tumpuan penyu hijau dan Hawksbill untuk bertelur.

Monday, September 26, 2011

TEKNIK ASAS MEMEGANG RAKET UNTUK PELBAGAI PUKULAN

TEKNIK ASAS BERMAIN BADMINTON

Buat Teman.
Mata memainkan peranan dalam apa jua yang kita buat, betul tak? … memang betul tapi kearah manakah mata kita dan sejauh mana mata kita memberi tumpuan.
Ok, apa yang perlu kita perhatikan bila berdepan dengan lawan kita, tak kira dalam apa jua perlawanan.
Katakan lah anda berdepan dengan orang yang nak pukul kita, adakah kita akan pejam mata kerana takut kena belasah… memang kena belasah lah kita. Tapi kalau kita tak pejam (celik lah tu!) nak perhati kat mana, nak tengok je ke…. kena belasah juga.
Jadi apa yang perlu kita buat? Kita kena perhati pergerakan lawan kita samada dia nak tampar kita ke, nak tumbuk kita ke atau nak terajang kita.Kalau dia nak terajang kita apa yang perlu kita buat. Samada kita nak tangkis, mengelak atau tangkis dan terajang balik atau pun mengelak dan terajang balik.
Sempat ke?… kalu tak sempat kena belasah lagi… Jadi perhati dan bertindak dengan cepat.
Ok, gitu lah juga bila kita berdepan dengan lawan kita di gelanggang badminton (jauh korner tu, tadi macam nak gaduh je tiba-tiba lawan badminton pulak).
Perhatikan pergerakan lawan kita, hantaran macamana yang dia nak buat. Kebelakang ke, kedepan atau ke arah sisi kita. Bila kita dah tahu ke arah mana jadi pergerakan kita akan bersedia ke arah itu.
Macamana nak tahu pergerakan lawan kita. (nanti kalu dia acah je macamana).
Semuanya terjawab dengan kemunculan TEKNIK yang amat berkesan untuk sesiapa saja
Ok, kita selalu tonton perlawanan badminton di TV atau pun kat STADIUM. Perlawanan amatur dan profesional. Banyak perbezaan gaya permainan antara amatur dan pro.
Tapi sesiapa main pun saiz gelanggang sama je, tinggi jaring  (net) pun sama jugak. Yang bezanya reket apa yang kita guna, bulutangkis dan pakaian.
Pakai baju yang kita selesa pakai, kasut yang yang tak membantutkan pergerakan kita. Raket yang selesa digunakan mengikut genggaman tangan kita.
Sekarang kita berada di tengah gelanggang, bukan tengah kat net tu tapi tengah sebelah kita lah, sebelah lagi lawan kita.
Pegang reket dan hulurkan ke depan sejauh mana reket boleh sampai. Ok sekarang langkah setapak seluas yang boleh sambil hulur reket ke depan sejauh mana pulak yag dapat di capai. Ha.. mesti sentuh net pun dapat kan, sekarang kita balik ke posisi asal (kat tengah gelanggang belah kita) , undur setapak ke belakang dan angkat reket setinggi yang boleh. Ok, kalu bulutangkis yang datang tu atas lagi dan laju … out la tu!
Walau dari arah mana bulutangkis datang hanya setapak yang di perlukan…. anda pasti dapat kuasai gelanggang.
Macam mudah je kan. Ya! tiada sesuatu yang mudah tapi tidak mustahil untuk jadi mudah.
Dengan teknik yang berkesan dan sedikit latihan tubi akan membiasakan anda untuk menjadi jaguh …. kawasan anda hehe.. kalau nak jadi jaguh luar pun boleh, hanya dengan teknik yang sama tapi latih tubi yang berbeza dan tidak sedikit.. kena banyak kali.
Teknik ini untuk siapa saja yang ingin menjadi jaguh badminton …. peringkat mana anda yang tentukan.
Tapi mungkin juga untuk sekadar keluar peluh.. beriadah lah tu! tapi dengan sedikit teknik mungkin akan mengejutkan kawan-kawan anda..

Siapa sangka,anda yang dulunya menjadi bahan telah banyak berubah dari segi teknik permainan.
SELAMAT MENCUBA
.

Thursday, September 22, 2011

BUKIT TAMPIN,NEGERI SEMBILAN (12 SEP 2011)

DARI JAUH KU LIHAT PUNCAK BUKIT TAMPIN
NAH KAU..
XPDC PADA JAM 9.00 PAGI
NOTIS BERLUMUT
PENDAKIAN DI JALAN BERTURAP..KELIHATAN HILUX TM MENUJU KE STESEN KOMUNIKASI
WAKAF TUK RELAX
I'M WAITING U ALL..HA
BERPELUH JUA..
POSE SAJE FRENZ NI..
SENI
MACAM BATU BELAH JE..
BARU SEPARUJ JALAN FRENZ
BANK..HE
AIR DARI KOLAM TAKUNGAN..CUMA  TAK BERAPA NAK SESUAI TUK MANDI LA..
MERCU TANDA..TAPI JARAK PERJALANAN ADA SEPARUH LAGI NI.
SARANG LEBAH..JGN CUBA DIJOLOK YA..
LALUAN BERTURAP NI MASIH BARU..AGAK SELESA UNTUK AKTIVITI SANTAI DI HUJUNG MINGGU JUGA AMAT BERSIH DAN BERJAGA HUTAN SIMPAN INI.
CANTIK LANDSKAP TAMAN 'TM' NI
LAGI WAKAF YG KAMI JUMPA,AMAT SELESA.
SAMPAI JUGA..CUMA DISINI UNTUK SESI BERGAMBAR AGAK TERBATAS BERIKUTAN STESEN INI DI KAWAL OLEH TENTERA.
RELAX JAP, SEBELUM TURUN SEMULA.

JUMPA LAGI DI PENDAKIAN YG LAIN PULA.



PENDITA ZA'BA

Bangsa Melayu terhutang budi kepada Zainal Abidin bin Ahmad atau lebih dikenali dengan  panggilan Za'ba.  Beliau memberi sumbangan yang besar terhadap Bahasa Melayu dan beliau juga dikenali sebagai seorang nasionalis Melayu yang gigih. Beliau dilahirkan pada 16 September 1895 di Kampung Batu Kikir, Kuala Pilah, Negeri Sembilan.  Bapanya Ahmad bin Ibrahim adalah seorang yang alim dan warak.  Oleh itu, sejak berumur 5 tahun lagi Zainal Abidin telah diajar oleh bapanya membaca Al-Quran terus-menerus siang dan malam.  3 tahun kemudian beliau tamat mengaji Al-Quran dan mahir dalam rukun-rukun sembahyang serta beliau diajar berzanji.     Pendidikan rasminya bermula pada tahun 1907 di Sekolah Menengah Linggi, beliau turut juga belajar Bahasa Arab di sebelah petang.  Pada tahun 1910, beliau melanjutkan pelajaran di St. Paul's Institution di Seremban hingga lulus Senior Cambridge dalam tahun1915.     Za'ba mula-mula bertugas sebagai guru Bahasa Melayu di English College, Johor Bahru dalam tahun 1916.  Pada tahun ini juga, beliau bertugas sebagai guru Bahasa Melayu dan penterjemah di Maktab Melayu, Kuala Kangsar.  Disini beliau mula berminat dalam bidang karang-mengarang. Beliau telah menghasilkan beberapa karyanya untuk akhbar dan majalah tempatan terutamanya dalam Bahasa Inggeris.     Pada tahun 1939, Zaba bertugas di Pejabat Penerangan Singapura. Ketika itu beliau menulis buku-buku mengenai pendidikan Melayu.  Semasa zaman Jepun, Za'ba bertugas sebagai juruhebah perang dalam Bahasa Inggeris di radio Singapura.  Pada tahun 1946, Zaba bertugas pula sebagai Penterjemah Kanan Bahasa Melayu di Pejabat Pelajaran Kuala Lumpur.  Di samping ini juga, beliau banyak mengarang buku-buku untuk sekolah-sekolah Melayu.  Buku yang paling penting menjadi bahan rujukan tentang bahasa Melayu iaitu 'Pelita Bahasa Melayu'.  Beliau juga ada menterjemah kesusasteraan dalam bahasa asing yang terkenal ke dalam Bahasa Melayu.  Za'ba juga menerbitkan buku Ilmu Mengarang Melayu yang menjadi buku teks bagi sekolah-sekolah selepas Perang Dunia Kedua.  Beliau juga telah menulis rencana dalam Journal Of Malayan Branch Royal Asiatic Society (JMBRAS) bagi memperkenalkan kesusuteraan dn kebudayaan Melayu kepada orang-orang asing.  Za'ba juga menulis mengenai bidang ekonomi, agama dan sikap Melayu.  Dalam bidang ini, beliau menyentuh mengenai kemiskinan dan cara-cara mengatasi masalah ekonomi orang Melayu.  Buku-buku yang dihasilkan ialah 'Falsafah Takdir Penggal Satu' yang telah mendapat tentangan dan 'Pendapat Perbahasan Ulama Berkenaan Dengan Kada' dan Kadar' yang telah diharamkan di Perak. Pada tahun 1947, beliau dihantar ke London sebagai Pensyarah di Universiti London.  Sekembalinya dari London pada tahun 1953, beliau telah dilantik menjadi Pensyarah di Universiti Singapura (Bahagian Melayu) merangkap Ketua Jabatan Pengajian Melayu di Universiti tersebut.  Beliau telah mengambil ujian Ijazah Kesarjanaan dari Universiti London dalam tahun 1953 ketika berusia 58 tahun.  Beliau berjaya mendapat Ijazah kelas dua. Antara tahun 1951 dan tahun 1955, Singapura.  Artikal-artikal yang ditulisnya adalah mengenai bahasa dan agama.   Za'ba terlalu cermat dan teliti terutamanya yang berkaitan dengan bahasa. Menurut teman-teman rapatnya, kebanyakan surat-surat yang mereka kirimkan kepadanya selalu dikembalikan dengan pembetulan-pembetulan yang dibuatnya di dalam surat tersebut.     Memandangkan jasa-jasa Za'ba dalam bidang bahasa dan persuratan Melayu beliau telah dianugerahkan gelaran 'Pendeta' pada tahun 1956, iaitu sewaktu diadakan Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu di Johor Bahru.  Dalam tahun 1959, Za'ba telah dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Persuratan oleh Universiti Malaya sebagai membalas jasa dan baktinya kepada bahasa dan persuratan Melayu yang tidak ada tolok bandingannya.  Pada tahun 1962, Za'ba telah menerima satu lagi penganugerahan, iaitu Bintang Panglima Mangku Negara oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong Malaysia yang bergelar Datok dan kemudiannya Tan Sri.     23 Jun 1973 merupakan Hari Konvensyen pertama Unversiti Kebangsaan Malaysia dan perlantikan Tun Razak sebagai Canselor pertama Universiti Kebangsaan Malaysia.  Di sini sekali lagi Zaba dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Persuratan.  Pemilihannya sebagai seorang pejuang dan pencita bahasa dan sastera Melayu oleh Universiti yang telah didirikan dengan aspirasi kebangsaan amat tepat sekali.  Ia adalah lambang dari perjuangan bahasa dan persuratan Melayu.  Malangnya Za'ba tidak dapat hadir untuk menerima ijazah tersebut kerana uzur.    Sejak meletakkan jawatan, beliau tidak lagi bergiat dalam kegiatan bahasa dan persuratan Melayu.  Akhinya, pada hari Selasa 23 Oktober 1973, beliau telah kembali ke rahmatullah dengan meninggalkan jasa dan baktinya yang tidak ternilai.

Wednesday, August 24, 2011

Penyakit TIBI

TIBI ialah sejenis penyakit yang merbahaya yang boleh membawa maut jika tidak mendapat rawatan sempurna. Disebabkan oleh bacteria TIBI (Tubercle Bacilli) dan hanya boleh dilihat dengan mikroskop. Bakteria ini biasanya menjangkiti paru-paru dan boleh menyerang organ-organ lain seperti selaput otak, tulang, kelenjar leher, buah pinggang, kulit dan lain-lain.
Bagaimana TIBI Merebak ?
Bakteria TIBI disebarkan melalui udara. Pesakit TIBI yang menderita akan mengeluarkan berjuta-juta bacteria TIBI terawang-awang di udara seketika apabila bersin atau batuk. Individu yang menyedut udara tercemar ini mempunyai peluang dijangkiti bacteria TIBI. Biasanya pesakit TIBI boleh menyebarkan bacteria TIBI kepada individu yang berhubung rapat dengannya.
Tanda-Tanda TIBI
  • Batuk yang berterusan lebih dari 2 minggu
  • Kahak yang mungkin mengandungi darah
  • Demam dan berpeluh di sebelah petang dan malam
  • Susut berat badan dan hlang selera makan
  • Mengalami sakit dada apabila batuk atau semasa menarik nafas panjang
  • Mudah menjadi letih
Cara Mengesan Penyakit TIBI
Jika anda mengalami batuk yang berterusan atau tanda-tanda yang disebutkan tadi hendaklah :-
  1. mendapatkan pemeriksaan doktor
  2. melakukan pemeriksaan kahak untuk mengenalpasti bakteria TIBI
  3. menjalani pemeriksaan x-ray dada
Rawatan
Penyakit TIBI mengambil masa 6 bulan di bawah penyeliaan anggota-anggota kesihatan yang dilantik.
  • 2 bulan pertama dengan 4 jenis ubat diambil setiap hari
  • 4 bulan berikutnya dengan 2 atau 3 jenis ubat yang diambil 2 kali seminggu
Pencegahan
  • Bayi-bayi yang baru dilahirkan mestilah diberikan suntikan BCG. Dapatkan suntikan dos ke 2 sekiranya tiada bekas parut dna pada umur 12 tahun.
  • Sekiranya batuk yang berterusan lebih daripada 2 minggu, segeralah berjumpa doktor
  • Kontek iaitu ahli keluarga atau sesiapa sahaja yang tinggal sebumbung dengan pengidap TIBI dalam tempoh yang lama hendaklah datang membuat pemeriksaan di klinik atau di hospital kerajaan

Monday, August 22, 2011

RESEPI SATAY AYAM

RESEPI : SATAY AYAM MADU.
2 kg. daging ayam (pilih yang bahagian dada).
2 inci kunyit hidup.
1 inci halia.
1 inci lengkuas.
3 btg. serai. dipotong halus.
1 sudu besar serbuk jintan manis.
2 inci kunyit hidup.
3 sudu besar madu.
1 sudu kecil serbuk rempah (coriender powder).
sedikit serbuk kayu manis.
2 sudu minyak masak.
8 biji bawang kecil (shalot) di cincang kiub.
2 sudu besar kacang tanah.
Garam secukup rasa.
CARA-CARA:
1. Potong isi ayam berbentuk kiub, sais mudah untuk cucuk. Jgn terlalu besar dan terlalu kecil. Masa bakar satay itu bermasalah. Isi ayam yang telah dipotong kiub isikan dalam penapis untuk buang air yang berlebihan.
2. Kisar kacang tanah, halia, lengkuas, serai dan kunyit hidup dalam berkeadaan pes. Ambil sebuah bekas dan masukkan isi ayam bersama bahan-bahan yang telah kisar bersama dengan Madu, serbuk jintan manis, serbuk kulit kayu manis, bawang yang dicincang dan 2 sudu minyak masak. Gaulkan semua bahan ini bersama dengan isi ayam.  Sejukan dalam bahagian pembekuan dalam separa beku. Keluarkan dan masukkan kembali di peti sejuk di ruang dingin. Peram selama sekurang-kurangnya 4 jam atau semalaman.
3. Keluarkan isi yang telah peram mulakan cucuk di lidi satay. Lidi satay perlu direndam selama 10 minit sebelum lakukan kerja-kerja cucuk. Cucuk isi ayam cuma 3/4 bahagian lidi. Selepas isi ayam telah cucuk , tekan sedikit dengan  ibu jari dan jari penunjuk untuk  leperkan sedikit isi ayam supaya senang di masak. Sekiranya anda gunakan grill letrik, bentuk kiub lebih menarik dan tiada masalah untuk di grill. Kalau bakar secara tradisional perlu leperkan sedikit untuk cepat masak sebelum hangus.
4. Pembakaran satay perlu beri perhatian kepada lidi yang tidak berisi ayam. Api atau bahang panas tidak boleh disasarkan pada batang lidi dibahagian ini. Oleh kerana isi ayam cepat kering apabila dikenankan bahang api arang, maka minyak perlu disapukan dengan sebatang serai yang telah dijadikan seperti berus (cuma ketuk bahagian pedu serai memadai). semasa menyapu minyak awasi penyambaran api kepada isi ayam dan satay anda boleh hangus hitam. Bagi mengelakan keadaan ini cepat terbalikan satay anda.
5. sekiranya anda ingin menjimat arang kayu, isikan separuh bahagian dengan pasir kering dalam bekas pembakar satay. Sekiranya satay anda telah masak, kurangkan bahang api dengan tepikan bara arang kayu di bekas pembakar satay. Bara api kayu perlu mengipas selalu. Anda boleh juga gunakan Kipas meja untuk tujuan ini. Untuk mencantikan pembakaran isi ayam..peringkat akhir pembakaran, titiskan  sedikit minyak masak kedalam bara api menerusi berus serai anda. Satay anda akan seperti di grill.
PENYEDIAAN KUAH KACANG:
BAHAN-BAHAN.
250gm kacang tanah (serbuk) siap.
3 batang serai dipotong halus.
1/2 biji bawang besar.
1 inci halia.
3 ulas bawang putih.
3 sudu besar udang kering (direndam).
3 sudu besar cili giling.
1 cawan air asam jawa.
1 sudu besar gula pasir.
Garam secukup rasa.
4 sudu besar minyak masak.
CARA-CARA:
1. Kisar dengan sedikit air; serai, bawang, halia, bawang putih dan udang kering.
2. Masukkan minyak masak dan panaskan. Tumiskan bahan kisaran sehingga naik wangi, masukkan cili giling tumis hingga garing.
3. Masukkan serbuk kacang tanah kacau sebati. Masukkan air asam dan 1 cawan air. Masukkan gula dan garam secukup rasa.
4. Didihkan kuah sehingga pecah minyak. Kalau ingin tambah kepekatan boleh masukkan 1 sudu tepung jagung yang telah dicairkan. Kacau sehingga sebati. Kuah anda telah sedia.
Nota:
Kalau ingin nasi himpit mudah, beli saja yang tersedia jual. Sekiranya anda ingin buat sendiri, ambil sehelai bag plastik bersaiz 5 X 9. Jadikan empat bahagian sama rata. Isikan satu dari empat bahagian itu dengan beras. Hujung bag plastik itu mesti dikepitkan atau di staple rapat. Tebuk beg plastik dengan lidi satay di seluruh bahagian supaya air boleh meresap semasa masak. Masukkan dalam periok nasi dan rebus sehingga masak. Apabila telah masak, basuh dengan air dan sejukkan.

Sunday, August 7, 2011

PENYEDIAAN DIRI KE HUTAN

Kalau boleh buat solat sunat musafir terlebih dahulu,sebelum meneruskan perjalanan ke hutan.
NIATNYA:

(Usyalli Sunnatan Safari rakaataini lilLahi Taala)

Kemudian sediakan bekalan makanan secukupnya,jika perjalanan 40 hingga 50km selama 7-8 hari bawalah beras 2 hingga 3 kilogram seorang, pastikan bekalan beras mencukupi, kalau ada stove gas memasak lebih baik, pakai stove yang sistem injap sebab tabung gasnya boleh dicabut dari stove bila nak disimpan ketika meneruskan perjalanan meredah hutan.jika buleh cuba baca al Qur’an masa rehat di hutan, Buleh baca Surah Yaasiin, serta al Mulk.
Bawalah Global Positioning System , GPS, peta topo skala 1:50000. bawa kompas, jika berkemampuan bawa telephone setelit, penting jika ditengah hutan jika berlaku kemalangan senang hubungi helicopter pihak keselamatan.
Pakai kasut jungle boot kain hijau tapak getah yang cap goldez, jenis ini adalah yang baik sebab tapaknya lembut. jika boleh mesti tahu berenang, kerana ada ketika terpaksa seberang sungai yang berarus laju yang banyak terdapat dalam hutan negara ini. perlu tahu ekologi hutan.
Tahu nama pokok yang mahal nilainya seperti pokok Chengal , Meranti, Keruing, Nyatoh, Damar minyak, ramin dan sebagainya, supaya tidak dimusnahkan.
Herbanya pula tentulah Tongkat Ali dan herba Kacip Fatimah. jika jumpa kayu gaharu, jangan tebuk isi nya jika belum matang kerana cuma membazir. Mengikut akta perhutanan tak boleh ambil kayu gaharu. harga gaharu sekilo buleh cecah RM 15,000 hingga RM 20,000 di pasaran Timur Tengah untuk buat minyak athar.
Semasa di hutan jangan bercakap celupar, Di hutan bukan kita sahaja ada di dalamnya makhluk Jin dan hantu syaitan pun banyak. Langit dan Bumi tidak pernah berpisah, Di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung.
Tujuan kita mengenal pokok dihutan seperti Chengal, meranti damar minyak, kerana khuatir kita tertebang pokok yang bernilai tinggi ini jika ianya membesar nanti.jika buleh kita kurangkan menebang pokok masa berada dalam hutan.
Di ketika malam, jika boleh sediakan unggun api, supaya khemah kita tidak didatangi haiwan buas. Banyakkan berdoa ketika dalam hutan yang melibatkan perjalan sehingga 7 hari yang jaraknya lebih kurang 35 kilometer. Setiap kali memulakan perjalanan, ketua pasukan ekuklah berdoa, minta selamat dalam perjalan. Bangun pagi solat Subuh, selepas serapan pagi pada pukul 9 pagi eluklah mulakanlah kembali perjalanan.
Lihat peta topo skala 1:50000 setiap kali nak mulakan perjalan, pandu arah, tentukan bearing arah nak tuju.Lihat GPS untuk tahu gred reference kedudukan kita sebenar dan tandakan di atas peta topo, seeluknya menggunakan Peta Genuine.
Sungai, bukit serta tanda di atas peta perlu diamati selalu, bila sudah bergerak dalam 3 kilometer eluklah disemak semula kedudukan kita dibumi dan di atas peta. Biasa perkiraan berjalan di hutan, adalah bergantung kepada bentuk muka bumi, samada beralun atau mendatar, atau mendaki bukit.jika mendatar kita buleh capai 16 kilometer sehari perjalanan. Jika naik bukit turun bukit, mungkin kita hanya dapat capai 2 hingga 3 kilometer sahaja sehari perjalanan bermula pukul 9 pagi hingga 5 petang.
wasalam

HIDUP DI HUTAN

Membina Perlindungan

Yang utama dalam Ikhtiar Hidup di hutan ialah membina sebuah perlindungan atau dangau untuk tempat tidur serta berteduh dari hujan. Membina dangau mengambil masa lebih kurang selama 3 jam. Yang penting ialah mengumpul bahan binaan seperti kayu atau buluh serta daun dan akar atau rotan yang boleh dikutip diatas tanah atau dipotong dari pokok-pokok yang terdapat dikawasan berhampiran.

Setelah bahan-bahan tersebut dikumpul, 4 batang kayu panjang dipacak diatas tanah dengan secukup kejapnya menjadi satu struktur 6 kaki tinggi, 7 kaki panjang dan 4 kaki lebar. Kemudiannya stuktur ini kira-kira pada ketinggian 3 kaki dari tanah diikat dengan rotan kepada 4 batang kayu atau buluh untuk di lapik dengan beberapa batang kayu kecil sebagai lantai.

Batang kayu tambahan dipakai bagi memperkuatkan lantai. Seterusnya daun-daun lebar diikat disebelah atas dangau sebagai bumbung.

Dangau yang siap memberi semangat kepada penghuninya untuk hidup. Sekurang-kurangnya ia memberi perlindungan dari cuaca buruk dan biasanya binatang hutan akan berelak dari kawasan tersebut. Lebih-lebih lagi jika api dipasang ditepinya

Mencari Air dan Makanan

Walaupun hutan merupakan satu kawasan yang mengelirukan bagi seseorang yang tersesat didalamnya, ia mempunyai berbagai pokok-pokok dan tumbuhan serta makanan yang boleh menyelamatkan nasib simalang. Pertamanya hutan sentiasa mempunyai sumbar air untuk minum. Banyak sungai-sungai kecil yang terdapat di hutan. Kadang-kadang terdapat air terjun di lereng-lereng bukit yang airnya bersih untuk di minum.

Air sungai yang keroh pula boleh juga di minum selepas di tapis dengan pasir dan batu. Untuk lebih selamat air boleh dimasak bagi menghapus bakteria yang berbahaya.
Untuk makan, hutan sebenarnya mempunyai berbagai bahan yang boleh mengisi perut yang lapar.

Umpamanya di sungai kecil pun ada banyak ikan yang boleh ditangkap dengan mengguna berbagai cara mudah. Bubu boleh dibuat dari buluh dan diikat dengan rotan. Kemudian bubu ini diletak di saloran air yang biasa dilalui ikan.

Untuk menentukan ikan akan mengikut arus ke dalam bubu, permukaan bahagian anak sungai berkenaan boleh ditambak dengan tanah atau batu supaya arus airnya disalorkan melalui kawasan yang dikenakan bubu. Cara demikian boleh menghasilkan banyak ikan terperangkap didalam bubu.

Selain dari ikan, terdapat berbagai tumbuhan di hutan yang boleh dimakan. Rebung umpamanya mudah didapati di rumpun-rumpun buluh. Malahan nasib seseorang yang hilang akan berubah jika ia menemui pokok buluh di hutan. Batang buluh berguna untuk membuat tiang dan lantai dangau. Daunnya boleh disusun dan diselit di bahagian atas dangau sebagai bumbung dan rebungnya boleh dimasak atau pun dimakan sebagai ulam.

Pokok pisang dan pokok ubi juga banyak terdapat di hutan. Kadang-kadang kalau nasib baik mungkin terjumpa pokok buah cempedak atau langsat dan durian. Walaupun pisang, ubi, cempedak, langsat dan durian hutan tidak bagitu sedap seperti yang ditanam di kampong, makanan ini sangat perlu untuk hidup.

Tempat yang mudah mencari sumbar makanan di hutan ialah di
kawasan tebing sungai. Biasanya pokok seperti nipah, bayas, rotan, pegaga, terung belanda, senduduk, teratai dan lain-lain tumbuh dikawasan tepi air. Semuanya yang disebut diatas boleh dimakan.

Batang bayas pula boleh ditebang dan umbutnya sangat sedap dimakan. Sebatang umbut bayas dengan ukuran 4 kaki panjang boleh menjadi bekalan makanan untuk 2 atau 3 orang beberapa hari.

Menyedia Api

Dari sudut ikhtiar hidup di hutan, api dianggap paling pentng. Oleh itu seseorang yang memasuki hutan sudah tentu membawa macis atau petik api. Api boleh dinyalakan dengan membakar ranting-ranting kecil serta daun kering yang diatur dalam bentuk tepee atau piramid setinggi 1 atau 2 kaki.

Apabila ranting ini menyala dengan baik, Ranting-ranting yang lebih besar dimasukkan supaya apinya akan menjadi lebih kuat. Seterusnya batang-batang kayusebesar paha ditambah kepada api yang membara sehinggalah ia menjadi cukup besar untuk berbagai guna. Sekiranya seseorang itu tidak mempunyai macis atau pemetik api, tidak bermana ia tidak boleh berusaha membuat api.

Malahan ada berbagai cara bagi membuat api. Masyarakat dizaman silam memang mengguna berbagai cara untuk mendapat api. Antaranya ialah dengan menggesek batu untuk menghasilkan percikan api yang kemudiannya di tangkap oleh daun kering menjadi bara. Bara itu ditiup sehingga ia menyala menjadi api.

Ada juga api dihasilkan dengan menggunakan 2 jenis kayu. Satu kayu lembut yang dijadikan dulang dan satu kayu keras yang dipakai sebagai pengguris. Dihujung kayu dulang itu dibuat satu lubang untuk mengumpul habuk kayu akibat penggurisan bertubi-tubi keatas dulang oleh kayu keras.

Apabila kayu pengguris itu digeselkan tidak berhenti-henti haba panas akan dirasai diikuti dengan asap yang keluar dari bakaran bara habuk kayu yang terperangkap dalam lubang dulang. Bara yang panas itu dipindah ke atas daun-daun dan ranting-ranting kering yang telah disediakan. Apabila ditiup bara itu akan menyala dan apinya boleh diguna untuk masak.

Memasak

Memasak tanpa periuk atau kuali boleh dibuat dalam keadaan terdesak. Batang buluh boleh dijadikan alat memasak seperti yang digunakan oleh masyarakat Melayu membuat lemang. Umpamanya ikan yang ditangkap dengan bubu boleh dibalut dengan daun dan dimasukkan kedalam buluh yang disediakan.

Seterusnya air secukupnya dimasukkan ke dalam buluh. Kemudiannya buluh itu disandarkan ketepi api untuk memasakkan ikan. Setelah masak, buluh itu dibelah untuk mendapat ikan dan kuahnya.

Sayur juga boleh direbus dalam buluh sebelum dimakan.
Mungkin kalau tidak sabar menunggu masakan dalam buluh, ikan boleh dipanggang diatas bara api dengan menggunakan buluh sebagai pengapit ikan. Ubi juga boleh dibakar diatas bara api sebelum dimakan.

Menunggu Bantuan

Dengan adanya tempat perlindungan dan bahan makanan maka besar kemungkinan orang yang hilang itu dapat bertahan seberapa lama mungkin sebelum tiba anggota mencari dan menyelamat untuk menamatkan penderitaan yang dihadapinya.

Mencari Jalan Keluar

Sekiranya pihak yang hilang itu lebih daripada satu orang dan berkemampuan untuk mencari jalan keluar dan mendapat bantuan, maka mereka harus merancangnya dengan cara teratur. Pilih 2 orang yang cergas diantara mereka untuk menuju kearah perkampungan manusia diluar hutan.

Jika ada anak sungai berdekatan, maka sebuah rakit boleh dibina dengan menggunakan buluh-buluh atau kayu yang dikumpul. Rakit itu dibawa ke sungai dan dinaiki oleh 2 orang yang dipilih untuk mencari pertolongan. Mereka juga diberi bekalan makanan supaya tidak kelaparan.